Jumaat, 8 Mac 2013

UNDI ANDA PENTING





I

Seperti titik-titik air yang kecil
bila dipisahkan menjadi seperti
melukut di tepi gantang
tapi bila dicantumkan
boleh menjadi lautan yang gagah perkasa
begitu juga lautan yang
mengandungi titik-titik kecil air
bila dihalang boleh menjadi ombak besar
itulah tsunami
kita juga boleh melakukan yang sama
bersatu kita teguh bercerai kita roboh

II

Di pilihanraya yang terdekat
undi sendirian anda besar ertinya
bersama-sama rakyat
yang berfikiran sama
dan bersatu dengan pihak-pihak lain
boleh juga menjadi tsunami
jadi semua undi-undi kita
yang dianggap seperti titik air saja
bila dikumpulkan dan dikira
boleh membawa kepada kemenangan
tukar untuk kebaikan negara
bangun dan tolak tipudaya penzalim
tolak mereka yang rendah akhlak
usahakanlah cita-cita murni kita
yakinkan keluarga dan rakan-rakan semua
dan juga penyokong-penyokong keadilan
lakukanlah kewajipan penting sebagai rakyat
di hari mengundi buktikanlah
berilah sokongan padu anda
kita ada kekuatan politik
bila anda, saya dan kamu bersatu
kembalilah Malaysia bermaruah
dengan menolak semua yang rasuah
hapuskan dasar-dasar zalim                                               
hapuskan perasaan perkauman sempit                      
dengannya jadilah Malaysia kembali permai


Terjemahan daripada poem ”Your vote counts” by Allan CF Goh oleh HMS Abu Bakar





Tiada ulasan:

Catat Ulasan