Khamis, 7 Mac 2013

PANTUN KASILAH KALAH





Ayam rintik di tepi kota
Mencari makan di pagi hari
Pimpinan assobiyah suka berdusta
Keuntungan projek saja dicari

Batu belah di kaki gunung
Tempat bermain puteri bistari
Suami dayus selalu termenung
Kepada bomoh rujukan isteri

Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Ini kali kasilah kalah
Rakyat lama menanggung rugi

Buah mangga jangan dihiris
Takut pisau terkena jari
Tolak saja logo keris
Pakatan ada pimpinan bistari

Buah manggis di dalam taman
Letak sebiji di atas peti
Negara boleh jadi aman
Bila parti perkauman mati

Buah pauh dalam keranjang
Dibawa dari pasar tani
Perjuangan kebenaran terlalu panjang
Mahu menegakkan masyarakat madani

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Tinggal sedikit pengikut tegar
Buku Jingga menjadi tarikan

Budak budak menyabit jerami
Jerami disabit dalam sawah
Politik perkauman boleh dibasmi
Dengan pimpinan yang bermaruah



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Mac2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan