Selasa, 5 Februari 2013

SPR





Suruhanjaya Pilihan Raya
Susah nak percaya
Sedar tuntutan hanya melalui jalanraya
Disebabkan yang di atas berjiwa buaya
Mahu suku sakat kaya raya
Melalui tipu daya
Melalui penyalahguna kuasa
Ini yang Socrates kata
”Bila kuasa dipegang oleh orang yang
berketurunan rendah biasa baginya mengumpul harta”
Dikhabarkan
Di kalangan pengkaji kewangan
Hartanya
Dolar Amerika 44 billion
Hasil menyimpan
Khazanah negara
Melalui dasar penswastaan
Terlibat pegawai pegawai kerajaan
Dapat bahagian
Yang lumayan
Pihak swasta punya amalan
Merasuah penjawat-penjawat awam
Di bawah perkara 132
Perlembagaan Negara
Perlu ubah segera
Sudah tentu melalui pilihanraya
Yang berkuasa ialah SPR
Bila iman kurang
Berlaku curang
Akaun peribadi penuh dengan wang
Bila mati dalam kubur diri seorang
Terus mengerang
Munkar nakir yang serang
Seksanya tak terbilang
Malang, malang
Ahli-ahli SPR dirundung malang
Ikan pelata ikan sembilang
Dua jenis ikan laut
Menyesal manusia berjiwa jembalang
Bila melihat kedatangan malaikat maut


HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Pakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1434/Feb2013 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan