Khamis, 14 Februari 2013

PANTUN MODAL SEBENAR PAHALA





Lilit serban di atas kepala
Nampak mantap sepanjang masa
Buat suruhan dapat pahala
Menyokong penzalim pula berdosa


Ikan keli ikan sepat
Mudah membiak dalam sawah
Masa beredar begitu cepat
Untung yang minat dakwah


Besi dijemur mudah karat
Tiba hujan lupa diangkat
Beramallah untuk hari akhirat
Dengan berselawat dapat berkat


Isi air dalam baldi
Bawa ke rumah untuk minuman
Dengan ilmu mudah berbudi
Menjadi budaya orang beriman


Matahari terbit sebelah timur
Tenggelam pula sebelah barat
Beribadat selagi ada umur
Modal sebenar hari akhirat



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1434/Feb2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan