Selasa, 31 Januari 2012

31 JANUARI 2012



Hari Selasa
Rakyat ingin rasa
Perubahan kuasa
Boleh laksanakan Buku Jingga
Menyediakan kebajikan bagi keluarga-keluarga
Nasib rakyat dijaga
Dengan pimpinan berjiwa mulia
Beri kebebasan media massa
Melakukan kerja secara profesional
Dikongkong oleh Barisan Nasional
Hingga yang maaruf rakyat tak kenal
Harga barang-barang terus mahal
Disebabkan pimpinan nakal
Dengan Allah tidak bertawakkal
Dengan berlebihan kuasa jadi nakal
Belanja boros
Bila membeli-belah di luar negara
Doa rakyat berubahlah segera
Tumbang penzalim rakyat pasti gembira
Perasuah-perasuah dimasukkan ke penjara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Isnin, 30 Januari 2012

CITA-CITA TERSASAR

 

Ada suatu cerita
Seorang manusia suka membangga diri
Dikagumi anak dan isteri
Ke sana ke sini memberi ceramah tentang motivasi
Tersemat di dalam hati
Hebatnya aku
Dari sekolah rendah
Ke sekolah menengah
Pencapaiannya hebat
Lebih hebat dari Hang Jebat
Bila lulus universiti
Bekerja dengan kerajaan
Ambil cuti belajar lebih tinggi
Akhirnya dapat PHD
Doktor falsafah
Agak terawal penjawat-penjawat awam memiliki
Ijazah kedoktoran
Hati kecilnya bertambah hairan
Bila ditempatkan di BTN
Syarahannya menaikkan semangat kakitangan Kerajaan
Untuk melanjutkan pelajaran
Lebih tinggi
Supaya naik gaji
Supaya mudah naik pangkat
Bila masuk politik
Dia anggap dia saja yang cerdik
Menang pilihanraya di dua tempat
Di DUN
Di  DR
Jarang-jarang ahli politik
Menang kerusi
Dewan Undangan Negeri
Dewan Rakyat
Tiba kali kedua bertanding dia kalah
Egonya terencat sedikit
Rezekinya datang sekali lagi
Menang di Kerusi Dewan undangan Negeri
Hajatnya nak jadi menteri
Di peringkat negeri
Jawatan yang ada jenama menteri
Itulah Menteri Besar
Bila ditubuhkan Kerajaan Negeri
Dia hanya jadi Exco
Egonya jadi K.O 
Mimpinya mahu jadi MB terus membara
Dia mula
Kerja-kerja bercanggah dengan dasar Kerajaan Negeri
Tindakannya
Macam cerita
Sang Kancil dengan gajah
Kedua-duanya jatuh dalam perigi buta
Disakitinya hati gajah
Kesabaran gajah sampai kemuncak
Di bumi dia tidak lagi berpijak
Gajah pun lemparkan dia keluar dari telaga buta
Ke sana ke mari dia bercerita
Bodohnya gajah
Diresapi parasit dalam jemaah
Dalam media perdana
Gambar dia bersongkok hitam
Wadah asal dia hentam
Dia tuduh wadah Islamik dah menyeleweng
Gerombolan perkauman sempit dia tak komen
Dia lupa NFC
Dia lupa pembunuhan Altantuya
Dia lupa kematian
Teoh Beng Hock
Kugan
Amirulrashid
Ahmad Sharbani
Dia hanya ingat MB
Dia lupa Abdullah Ubai
Aduhai
Di zaman internet pun ada luncai
Biarkan luncai dengan labu-labunya
Biarkan ... biarkan ... biarkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

30 JANUARI 2012



Hari Isnin
Menawan Putrajaya Pakatan Rakyat yakin
Mendapat banyak faedah golongan miskin
Mendoakan kejayaan selepas baca Yaasin
Jemaah teruskan mengamin
Zikirullah jadikan vitamin
Inilah kekuatan orang mukmin
Kuat hubungan dengan Allah
Prasait yang bawa masalah
Dari manusia tinggi sekolah
Memiliki berbagai ijazah
Hingga doktor falsafah
Mendengar ucapannya rakyat menyampah
Menyerang jemaah
Gerombolan perkauman dijangka dapat faedah
Ramai isteri rambut terdedah
Suka membeli belah
Cara yang cukup mewah
Menutup aurat bila di Mekah
Di negara sendiri jarang berjemaah
Suasana ini boleh berubah
Bila Putrajaya dipegang yang beramanah
Semoga direstui Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Ahad, 29 Januari 2012

SELAMAT HARI JADI KE 90 PAK UNGKU AZIZ



Pada 22 Januari 1922
Tarikh lahir
Seorang bayi Ungku Abdul Aziz
Di London
Di Great Britain
Di negara yang
Dikatakan pada waktu itu
"The Sun never set"
Waktu itu penjajah terlalu kuat
Jahat dan penuh tipu muslihat
Berlaku pula di negara kita hari ini
Menentangnya kena berani
Boleh melalui puisi
Boleh melalui deklamasi
Boleh melalui jalanraya
Boleh melalui pilihanraya
Bersih 3.0 menanti saja
Hak dan batil pasti bertembung
Pasti juga tumbang puak-puak pembohong
Tumbangkan juga gerombolan perasuah
Dengan pimpinan beramanah
Dengan pimpinan bermaruah
Inilah perwatakan
Profesor Diraja Ungku Aziz
Dari keturunan bangsawan
Negeri Johor
Campuran Melayu, Turki dan Inggeris
Melihat penyelewengan di sana sini hati Pak Ungku terguris
Dia membaca dan membaca
Beratus ratus buku bacaannya
Semoga di hari jadi kali ini beliau dapat cahaya
Semoga ingat Allah yang maha kaya
Semoga berubahlah pentadbiran di Putrajaya
Semoga Pak Ungku boleh melihatnya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

29 JANUARI 2012



Hari Ahad
Menumbangkan penzalim melalui jihad
Kerja bersungguh-sungguh
Jiwa mesti teguh
Dengan zikir kuatlah roh
Buat yang disuruh
Jauhi haram dan makruh
Melihat kebangkitan rakyat hati perasuah gemuruh
Macam buah nak luruh
Ke tanah pasti jatuh
Ketahanan Pakatan Rakyat bertambah utuh
Di empat negeri menjadi contoh
Pengurusan kewangan baik dan teratur
Di Kelantan
Di Kedah
Di Pulau Pinang dan Selangor
Di negeri lain terus ditegur
Tanda BN pendek umur
Kepada Allah tetap bersyukur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Sabtu, 28 Januari 2012

28 JANUARI 2012


Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia
yang diseru, ...



Hari Sabtu
Rakyat boleh bersatu
Bila pimpinan bermutu
Bila rakyat ada ilmu
Belajar agama tak jemu-jemu
Memberi salam bila bertemu
Berjabat tangan bila bertemu
Nikmat hidup bila berpandukan wahyu
Penyelamat sebenar orang Melayu
Kerja-kerja kebaikan diseru
Seperti angin menderu
Dahan jatuh ditimpa batu
Malang nasib kalkatu
Projek ekonomi diburu
Dibunuh Altantuya Sharibuu
Teringat kalimah ABU
Asal Bukan Umno
Anything But Umno
One, two, three, four,
Dalam kubur penzalim menggelupur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Jumaat, 27 Januari 2012

27 JANUARI 2012



Hari Jumaat
Minggu terakhir bulan Januari
Keredhaan Allah wajib dicari
Ilmu kebenaran perlu dicari
Bawa anak dan isteri
Baru mudah muhasabah diri
Mudah hidup berdikari
Boleh bantu anak negeri
Bersedia berkhidmat pimpinan bestari
Harta halal saja dicari
Dengan titik peluh diri sendiri
Dengan jemaah taburkan budi
Baru berakhlak muda mudi
Baru lahir masyarakat berbudi
Baru merosot pengaruh Yahudi
Baru hapus kedai kedai judi
Bila rakyat tahu bahaya judi
Baru mahu ikut Sunnah Nabi
Baru sedar bahaya fahaman perkauman
Baru bermakna iman
Baru wujud perasaan kemanusiaan
Baru hapus segala penyelewengan
Buat suruhan tinggal larangan
Inilah budaya Ibadurrahman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Khamis, 26 Januari 2012

26 JANUARI 2012



Hari Khamis
Minggu keempat
Ikan puyu ikan sepat
Putrajaya  boleh dapat
Dengan tujuan ingin berkhidmat
Mahu negara selamat
Daripada manusia bernafsu syahwat
Lupa akujanji telah dibuat
Mahu sentiasa taat
Melalui solat
Membesarkan Allah setiap saat
Membanyakkan selawat
Ke atas Nabi membawa rahmat
Selagi dunia belum kiamat
Solatku
Ibadatku
Hidupku; dan matiku adalah untuk Allah
Tuhan semesta alam
Baru beramanah umat Islam
Baru sedia solat malam
Baru membuat kebajikan siang dan malam
Baru bangkrap kelab malam
Baru aman seluruh alam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Rabu, 25 Januari 2012

25 JANUARI 2012


Hari Rabu
Satu Rabiulawal
Setiap tindakan perlu dikawal
Dengan iman dan tawakkal
Ini tanda anda berakal
Mencerca parti lama tindakan nakal
Marah nyamuk jangan kelambu dibakar
Bertindaklah seperti Abu Bakar
Di padang pasir hatinya tak terbakar
Dalam gua digigit lipan
Sakitnya mengalirkan airmata
Jatuh kepangkuan Rasulullah
Tetap tabah
Betul aqidah
Berjiwa mutma’innah
Beramanah
Sahabat karib Rasulullah
Kerja baiknya terserlah
Jiwanya kental
Berjiwa rakyat
Berbahagia di akhirat
Sebenar-benar nikmat
Perlu diceritakan kepada rakyat
Menyokong kebenaran bermanfaat
Buku Jingga juga hebat
Dilaksanakan bila kuasa Kerajaan Pusat
Oleh pimpinan berbakat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Selasa, 24 Januari 2012

VIDEO: PANTUN TOLAK PEMIMPIN HAPRAK

24 JANUARI 2012

Diciptakan manusia berbilang kaum untuk
saling kenal-mengenal


Hari Selasa
Hari kedua Tahun Baru Cina
Masyarakat madani boleh dibina
Ketuanan bangsa usaha hina
Lupa ciptaaan manusia
Allah ciptakan berbagai bangsa
Tujuan utama
Berkenal-kenal dengan lapang dada
Bila berilmu mudah kenal mengenal
Buat kerja yang halal
Budaya kaum tak perlu disoal
Pasal apa harga barang-barang mahal
Disebabkan ekonomi kronisma
Disebabkan pimpinan berjiwa asobiyah
Rela menyokong perasuah
Penjawat-penjawat Awam pecah amanah
Buat segala yang dilarang
Mengsonglapkan khazanah negara
Menipu rakyat selamba saja
Nafsu dijadikan raja
Kemajuan Barat dipuja
Di akhirat nanti azab sengsara
Mahu hidup semula
Mahu kumpul pahala
Mahu hormat budaya Cina
Maaf sudah di sebelah sana
Hina ... hina ... hina


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Isnin, 23 Januari 2012

23 JANUARI 2012



Hari Isnin
Hari kebesaran kaum Cina
Tamadun mereka lama telah dibina
Dengan darah
Dengan titik peluh
Dengan kesusahan
Dengan kesabaran
Menghadapi pelbagai cabaran
Merantau mereka ke seluruh dunia
Dulu mereka menaiki tongkang
Sekarang mereka berkereta mewah
Di empat negeri jadi pembangkang
Sifar peluang untuk rasuah
Sampai masa rakyat berubah
Yang lama cukuplah sudah
Isteri mereka aurat terdedah
Pelapis mereka penagih dadah
Kroni-kroni dapat faedah
NFC contoh klasik
Direstui ulama bodek
Jenis kurang cerdik
Kata Nabi jenis manusia bodoh
Di dunia ikut kehendak nafsu
Di akhirat inginkan syurga
Diucapkan Selamat Tahun Baru kepada kaum Cina
Semoga hidup bahagia
Semoga kerajaan baru di Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Ahad, 22 Januari 2012

22 JANUARI 2012



Hari Ahad
Setiap masa perlu berjihad
Dengan ilmu
Dengan iman
Dengan semangat setiakawan
Sesama insan
Bangun menentang kezaliman
Bangun menentang penyelewengan
Dengan buat suruhan, tinggal larangan
Dilarang memberi rasuah
Dilarang menerima rasuah
Boleh lihat besarnya rumah
Boleh lihat kehidupannya mewah
Anti tazkirah
Anti ceramah
Pro-judi
Pro-maksiat
Pro-kebudayaan barat
Digalakkan wanita dedah aurat
Terbeliak mata buaya darat
Tanjung Katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Tanpa agama kehidupan keliru
Terpersona dengan kegiatan jahat
Tumbangkan di pilihanraya terdekat
Taubat saja jalan selamat
Terima manifesto Pakatan Rakyat
Negara berkebajikan sebagai matlamat
Dunia akhirat selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Sabtu, 21 Januari 2012

21 JANUARI 2012



Hari Sabtu
Rakyat Malaysia boleh bersatu
Bila pimpinan bermutu
Bila pimpinan berilmu
Belajar tak jemu-jemu
Sihat badan makanlah jamu
Hormatilah para tetamu
Dengan senyuman selalu
Buat maksiat terasa malu
Ikut pula ulama dahulu
Tersohor
Imam Shafie
Rajin menulis
Mengarang kitab
Ilmunya boleh diharap
Benar bila berucap
Beramal ikut Sunnah Nabi
Berselawat tiap hari
Keredhaan Allah mudah dicari
Sentiasa muhasabah diri
Berubahlah anak negeri
Beramanahlah para menteri
Bila Kerajaan Pusat diganti
Oleh pimpinan berkualiti
Tak sabar-sabar rakyat menanti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Jumaat, 20 Januari 2012

20 JANUARI 2012



Hari Jumaat
Agama itu nasihat
Yang baik dibuat
Bersih niat
Mendaulatkan syariat
Sentiasa taat
Terasnya solat
Hadir Solat Jumaat
Dengar tazkirah bermanfaat
Dengar khutbah
Supaya berubah
Biar yang korup rebah
Biar yang zalim rebah
Biar yang khianat rebah
Biar Kerajaan Pusat berubah
Ditadbir pimpinan beramanah
Didakwa yang pecah amanah
Pendakwaraya beramanah
Para hakim beramanah
Bebas mahkamah
Hukum hanya yang bersalah
Ingatkan Allah
Lupakan pemikiran assobiah
Bila ikut sunnah
Kuatlah jemaah
Malaysia jadi mewah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Khamis, 19 Januari 2012

19 JANUARI 2012






Hari Khamis
Lima puluh tahun lagi Melayu mengemis
Lihat saja pelapis-pelapis
Rosak akhlak ramai gadis
Ke sana ke mari terbuka betis
Senyum Iblis
Didakwa golongan ikan bilis
Perasuah mega terlepas dari pandang
Tinggal di kondominium senang lenang
Airmata rakyat berlenang
’Melayu Celup” hidup senang lenang
Daripada rasuah kumpul wang
Golongan agamawan mahu hidup senang
Penyelewengan ahli politik membisu saja
Isu-isu kecil diperbesarkan
Ulamak jenis “carma”
Dengan perasuah sanggup bekerjasama
Mengkhianati kehendak agama
Lupa kehidupan di akhirat lama


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Rabu, 18 Januari 2012

18 JANUARI 2012



Hari Rabu
Hari-hari mendoakan ayah dan ibu
Kedua-duanya dah pergi dulu
Buat baiklah selalu
Menipu terasa malu
Ini Melayu dulu
Melayu sekarang
Pimpinan politiknya pandai temberang
Fikir hanya cari wang
Projek lembu membuka peluang
Jadi jutawan tanpa usaha
Perlu hanya kenalan politik
Perlu hanya pandai bodek
Tanda orang tak cerdik
Suka hidup mewah
Melalui rasuah
Budaya golongan tak beramanah
Negara boleh musnah
Perlu ubah
Dengan memberi maklumat terkini
Tentang kebaikan Buku Jingga
tentang kebaikan Negara Berkebajikan
Perlu hanya kuasa di peringkat persekutuan
Baru boleh bawa perubahan
Perubahan bawa keadilan
Inilah jalan
Jalan keselamatan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Selasa, 17 Januari 2012

17 JANUARI 2012

SAPU BERSIH


Hari Selasa
Minggu ketiga
Dikelilingi kesusahan jalan ke syurga
Beritahu seluruh keluarga
Dengan mengikuti perintah agama
Tinggalkan yang lama
Pengikut-pengikut ditipu setiap masa
Kononnya bangsanya Perkasa
Berterusan mengumpul dosa
Dosa memfitnah
Dosa menyokong perasuah
Menebusnya
Perlu ubah saja
Kuasai Putrajaya
Bila bersih pilihanraya
Bila semua perasuah didakwa
Dipenjara semuanya
Baru rakyat percaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Isnin, 16 Januari 2012

16 JANUARI 2012

Hari Isnin
Isnin ketiga
Memikirkan nasib keluarga
Alam sekitar penuh bahaya
Perlu cahaya
Perlu usaha sedaya upaya
Tambah ilmu melalui membaca
Gunakan masa
Hadir di majlis ilmu
Tuntut ilmu jangan jemu-jemu
Baru tahu hebatnya wahyu
Perlu dihayati orang Melayu
Tanpa wahyu
Melayu jadi layu
Tak bermakna
Retorik kosong
Ingat mayat bila diusung
Dalam kubur duduk termenung
Semasa di dunia golongan haprak disokong.



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

GENAP UMUR 75 TAHUN HIJIRIAH




Hari ini
Hari Isnin
22 Safar 1433 Hijiriah
Bersyukur kepada Allah
Berselawat kepada Rasulullah
Umur dah bertambah
Perlu giatkan dakwah
Diri sendiri perlu berubah
Biar rejim penzalim rebah
Biar pemerintah penuh rasuah rebah
Kesan menghadap muka ke Kaabah
Kesan mendengar ceramah
Kesan hadir di majlis tazkirah
Jalan ke Putrajaya nampak cerah
Kepada Allah, jiwa raga diserah
Di Badar, tentera Quarish kalah
Dibawah pimpinan Rasulullah
Setiap saat berdoa kepada Allah
Cukuplah Allah sebagai penolong
Cukuplah Allah sebagai pelindung
Gerombolan perkauman dah condong
Awan di langit terus mendung
Hujan batu akan turun
Binasa niagawan ala Qarun
Binasa kuasawan ala Firaun
Dengan maklumat terkini kita balun
Yang kuat agama dijadikan calun
Boleh berdakwah dalam DUN
Boleh berdakwah di Parlimen
Sedarkan ahli-ahli politik penting iman
Pentingnya kebenaran
Pentingnya perpaduan
Diantara rakyat sekelian
Semua ada perasaan
Semua ingin kebaikan
Bersatu dalam kepelbagaian
Berwajah baru kerajaan Persekutuan
Bila majoriti rakyat mahu perubahan
Kabulkan doa kami wahai Tuhan
Usia terus dipanjangkan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Ahad, 15 Januari 2012

15 JANUARI 2012



Hari Ahad
21 Safar 1433 Hijiriah
mari kuatkan ukhuwah
mari capai jiwa mutma’innah
memimpin dengan amanah
baru hidup bermaruah
dikehendaki Sunnah
baru harga barang-barang murah
baru rakyat senyum tak sudah-sudah
baru aurat isteri tak terdedah
baru remaja Melayu menjauhi dadah
boleh hadir dengar tazkirah
baru ilmu bertambah
baru sedar bahaya rasuah
Negara boleh musnah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Sabtu, 14 Januari 2012

14 JANUARI 2012

Hari Sabtu
Dalam PR kita bersatu
Dengan saf pimpinan bermutu
Dengan cara hidup sederhana
Semangat setiakawan yang dibina
Dengan ilmu di dada
Berbuat baik berpada pada
Tolak media propaganda
Harakah saya baca
Roket saya baca
Suara Keadilan saya baca
Gelombang reformasi dah terasa
Himpunan 901 berjaya
Hakim berwibawa
Bebaskan wira
Rakyat gembira
Semoga mengetuai Putrajaya
Selamat maju jaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Jumaat, 13 Januari 2012

SUKA BERSUMPAH




Dulu
makan kueh bahulu
sekarang menipu selalu
ini tanda muka tak malu
di atas pentas
bersumpah mempertahankan reformasi
sekarang rapat dengan gulongan korupsi
dulu minum kopi ’O ’
sekarang minum kopi 786
bila firasat nombor faham
tolak kerja-kerja haram
ambil komisyen dari pembelian kapal selam
nama saja Islam
pemikirannya rencam
natijah sumpah tak pula faham
melihat projek naik geram
lupa halal haram
suka lepaskan geram
ternyata bila Anwar dibebaskan
penasihat Yahudi hairan
mendengar penghakiman
disyukuri yang beriman
Anwar Ibrahim dibebaskan
ditentang bekas rakan-rakan
dibuat analisa yang bukan-bukan
ini tanda salah asuhan
kehendak nafsunya tak tahan-tahan
lupa dia kehendak Tuhan
disebabkan nafsu kebinatangan
tinggal suruhan buat pula larangan
disebabkan di makan sumpah keramat
pergerakan Anwar tetap cermat
dunia akhirat insyaallah selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

13 JANUARI 2012



Hari jumaat
Hari berkat
Kempen ABU tak boleh disekat
Aktivis Pakatan kena berpakat
Betulkan niat
Mahu negara selamat
Kebajikan rakyat jadi matlamat
Sesuai dengan syariat
Baik dunia dan akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Khamis, 12 Januari 2012

12 JANUARI 2012

Hari Khamis
Persediaan pelapis-pelapis mengemis
Dari kalangan ketuanan Melayu
Bila tolak wahyu
Bila boikot majlis ilmu
Menonton T.V tak jemu-jemu
Menjadi penagih dadah di taraf nombor satu
Melahirkan anak luar nikah majoriti orang Melayu
Para perasuah juga ramai Melayu
Mat Rempit juga Melayu
Pembunuh Altantuya juga Melayu
Pendek kata semuanya layu
Bila PPSMI dilaksanakan bahasa ibunda layu
Jika dibiarkan
Jadilah seperti pantun dua kerat;
One, two, three, four
Dalam kubur pasti menggelupor


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Rabu, 11 Januari 2012

11 JANUARI 2012

Hari Rabu
Rosak aqidah hati jadi kelabu
Tanpa ilmu jiwapun kelabu
Ada PHD semua orang tahu
Mengakui diri hebat pun orang tahu
Cita cita besar pun orang tahu
Melanggar disiplin jemaah orang tahu
Oleh itu
Sukar nak bersatu
Bila bertaraf otak kalkatu
Nikmat dunia diburu
Macam mirip warna biru

Tanjung Katong airnya biru,
Tempat pelancong suka berehat,
Berbaik-baiklah dengan Tuan Guru,
Dilakukan yang jiwa sihat

Makbul pula solat hajat
Seronoknya dikalangan majoriti rakyat
Wirawan terlepas dari jerat
Pakatan rakyat terus kuat
Harap-harap dapat kerajaan pusat
Membawa perubahan yang dihajat
Negara aman dan selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Selasa, 10 Januari 2012

10 JANUARI 2012

Hari Selasa
Sedar Allah maha kuasa
Mencipta masa
Mengurus masa dengan ilmu
Menuntut ilmu tak jemu jemu
Menghormati ulama dulu
Bagi kita
Tentulah Imam As- Syafie
Imam Syafie rajin menulis
Mengarang kitab di dalam rumah
Kiri kanan diserang iblis
Selamat yang berjiwa mutmainah
Termasuk hakim yang beramanah
Tolak rasuah
Tolak kuasawan tak bermaruah
Tolak ulama keduniaan
Banyak di akhir zaman
Lupa azab hari kemudian
Terfikir sebelum membuat penghakiman
Dipengaruh iman
Dikenang sepanjang zaman
Anwar Ibrahim dibebaskan
Syukur kepada tuhan
Dikabulkan doa rakyat sekalian
Dari berbagai kepercayaan
Semua mahu keadilan
Semua berslogankan
Asal Bukan Umno


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Isnin, 9 Januari 2012

9 JANUARI 2012


Hari Isnin
menanti penghakiman
bebas jika Hakim beriman
Anwar Ibrahim banyak teman
terkenal dengan senyuman
di akhirat gerombolan perkauman
dulu RPK dianggap teman
sekarang lain fahaman
disebabkan tarikan
keduniaan
tarikan kebendaan
sanggup menyerang wirawan
diberi ruang di media Perdana
manusia jenis ini
tetap hina
Agustine Paul dah ke sana
Ariffin Jaka dah ke sana
Anwar masih bernyawa
masih boleh ke Putrajaya
boleh laksanakan
Buku Jingga
membuka jalan bahagia
Bagi negara tercinta


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Ahad, 8 Januari 2012

8 JANUARI 2012


Hari Ahad
Minggu kedua
Hormatilah orang tua
Imam Shafie membuat fatwa
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah yang berwibawa
Selainnya di akhirat kecewa
Termasuk ketuanan bangsa
Termasuk penyalahgunaan kuasa
Mengumpul harta semasa
Berkuasa
Terus berdosa
Diam saja ulama su’
Ulama bodek
Ulama keduniaan
Ulama ”carma”
Cari makan
Lupa tuntutan Bersih 2.0
Lupa bom C4
Lupa tahi lembu di kondominium
Lupa di akhirat menanti hukuman
Sedar-sedar bersama-sama Hamman
Firaun dan Qarun menjadi teman
Dalam kesengsaraan
Fikir-fikirkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Sabtu, 7 Januari 2012

7 JANUARI 2012


Hari Sabtu
Betul aqidah boleh bersatu
Dengan ilmu kehidupan bermutu
Tujuan hidup hanya satu
Beribadat kepada Allah yang Maha Esa
Gunakan masa
Berzikir sepanjang masa
Elakkan dosa-dosa
Dosa syirik sangat bahaya
Bertuhankan manusia
Mengagungkan bangsa
Menganggap bangsa sendiri perkasa
Mengumpul harta dari menyalahguna kuasa
Biarlah Pakatan Rakyat berkuasa
Lihat saja di empat negeri
Ketua Audit Negara pun memuji
Bacalah
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010
Empat negeri
Pakatan Rakyat
Membelanjakan wang ikut peraturan kewangan
Buat suruhan tinggal larangan
Baik memerintah kerajaan persekutuan
Semoga diperkenankan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Jumaat, 6 Januari 2012

6 JANUARI 2012


Hari Jumaat
Hari penuh berkat
Mari bersihkan niat
Setiap amalan berdasarkan niat
Niat
Ingin jadi hamba Allah yang beriman
Jadi
Hamba Allah yang beramal soleh
Dengannya kekusutan masyarakat boleh pulih
Boleh jadi bersih
Bersih dalam pilihanraya
Mudah kuasai Putrajaya
Allah tawarkan sesiapa pun boleh berjaya
Ikut Al-Quran sahaja
Ayat 104 terbukti releven sepanjang masa
”Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”
Tawaran istimewa
Dari Allah Yang Maha Kuasa
Semoga Pakatan Rakyat berkuasa
Mudah
Buat yang maaruf
Mudah
Cegah yang munkar
Mendengarnya parti perkauman akan terbakar.
Allahuakbar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Khamis, 5 Januari 2012

5 JANUARI 2012


Hari Khamis
latihlah diri puasa sunat
bukannya penat
Sunnah Nabi kita minat
hanya betulkan niat
mahu baik masyarakat
caranya ikutlah syariat
ada 5 hukum
wajib
sunat
haram
makruh dan harus
masa itu perlu diurus
dengan sentiasa menuntut ilmu
dengan tidak jemu-jemu
cubalah makan jamu
badan boleh jadi sihat
gambar lucah jangan lihat
ini racun dari kebudayaan Barat
disuruh wanita-wanita buka aurat
ramai lelaki jadi buaya darat
berkembanglah maksiat
anak luar nikah meningkat
perlu disekat
dengan memenangkan Pakatan Rakyat
tanda jiwa anda sihat
tanda anda ada matlamat
kebaikan sejagat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Rabu, 4 Januari 2012

4 JANUARI 2012


Hari Rabu
mendoakan ayah dan ibu
setiap solat waktu
ingat akujanji
Allah saja dipuji
setiap saat diuji
dibelasah pelajar-pelajar UPSI
berdemonstrasi
di malam tahun baru masehi
segala kemungkaran dijauhi
segala maksiat dijauhi
dengan iman jadi berani
dengan mencontohi Nabi-nabi
dengan mengerjakan yang maaruf
dengan menjauhi yang mungkar
perasaan perkauman jangan dibakar
tolak saja gerombolan perkauman
orang beriman jadikan teman
orang beramanah jadikan teman
Negara boleh jadi aman
bila Pakatan Rakyat kuasai Kerajaan Persekutuan
kali ini terbuka peluang keemasan
ingat ABU
bererti
Asal Bukan UMNO
undi logo
mata
roket dan bulan
terbukalah jalan
Negara aman maamur dan mendapat
Keredhaan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Selasa, 3 Januari 2012

JIKA ANDA CERDIK




Jika anda percayakan Tuhan
jika anda yakin dengan Quran
jika anda rasa adanya Hari Kemudian
buatlah perubahan
tahun 2011 akan ditinggalkan
banyakkan bekalan
tambahkan ilmu pengetahuan
berasaskan perasaan kemanusiaan
hapuskanlah perasaan perkauman
negara ini Negara Persekutuan
undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan
asas-asas kukuh pemerintahan
buat suruhan
tinggal larangan
disetiap keadaan
dilihat Tuhan
dilihat Malaikat-malaikat yang berteburan
sedarlah kakitangan kerajaan
wang jangan diselewengkan
laporan Ketua Audit Negara
tahun 2010 jadilah rujukan
penjawat-penjawat awam patut disalahkan
tindakan disiplin patut dikenakan
elok juga dipenjarakan
elok juga ditazkirahkan
dengan ilmu pengenalan
dari Sunnah dan Al-Quran
mengandungi pelbagai pelajaran
jauhi Firaun, Qarun dan Hamman
contohilah Nabi Sulaiman
kebajikan semutpun difikirkan
Buku Jingga juga bertujuan
mahu Negara Berkebajikan
perlu pertukaran
pemerintahan
di peringkat Persekutuan
inilah harapan
rakyat sekelian
semoga dikabulkan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012


3 JANUARI 2012



Hari Selasa
begitu laju peredaran masa
dapat segerakan kuasa
rakyat mahu Pakatan Rakyat berkuasa
gerombolan perkauman sudah 54 tahun berkuasa
mengumpul harta dari penyalahgunaan kuasa
kezaliman di sana sini rakyat rasa
selalu gunakan ISA
tahanan tanpa bicara
PRU-13 peluang terbuka
perasuah-perasuah menuju Neraka
pimpinan perkauman suka bermuka-muka
guna slogan
sepanjang zaman
”Melayu akan hilang kuasa”
sebenarnya
”Melayu – celup” yang hilang kuasa
Syed Mokhtar jadi kaya raya
Mydin bebas berniaga
pekedai-pekedai kecil mati ditelannya
dasar ekonomi kroni cukup bahaya
inflasi menyusahkan rakyat jelata
rakyat ada satu senjata
undi Pakatan Rakyat ke Putrajaya
dirombak semua agensi-agensi kerajaan
buku Jingga jadi pedoman
”Kabinet mesra rakyat” diwujudkan
beramanah dan profesional
yang berkuasa di bawah Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan
Yang di Pertuan Agong dinasihat secara betul
tiga cabangn pemerintahan di beri kebebasan
menjalankan tugas
Peguam Negara beriman dan bertaqwa
KPN beriman dan beramanah
sentiasa ingat nasib dalam tanah
baru penjawat-penjawat awam beramanah
bebas dari rasuah
Ingat Allah! Ikut Quran dan Sunnah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Isnin, 2 Januari 2012

PANTUN TERBUKA SYURGA




1.         Daun angsana hijau muda
                        Batang dipanjat akar di dalam
            Buat baik berpada-pada
                        Buat jahat dilarang Islam


2.         Angin merampuh daun lalu
                        Senanduk dihinggap burung kedidi
            Bila menipu rakyat tak malu
                        Pemberi nasihatnya tentulah Yahudi


3.         Bidara mekar cempedak berbunga
                        Kelam tumbuh tegak ke udara
            Ikut Islam mudah ke syurga
                        Perintah Allah buat segera


4.         Bunga tanjung bunga cempaka
                        Meranti berbunga daun berkilat
            Orang munafik ditempatkan di neraka
                        Terhadap umat pandai mengelat


5.         Kedidi menjijak di hulu kali
                        Angsana tumbuh berbunga-bunga
            Dengan jihad syurga dibeli
                        Tidak lupa tarbiyahkan keluarga


6.         Indah pendiding mutiara biru
                        Dipakai putri gagah perkasa
            Bila projek saja diburu
                        Berani pula menyalahguna kuasa


7.       Paya seberang di hujung pasir
                        Terung timun kulitnya licin
            Salah aqidah tindakan tergelincir
                        Berjuta ringgit dibeli cincin

8.       Paya seberang ditikam batu
                        Rumah Melaka hiasan tangga
            Dengan Islam kita bersatu
                        Baru di akhirat menanti syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012


2 JANUARI 2012


Hari Isnin
melihat kebangkitan rakyat penzalim kurang yakin
gunakan makhlok putaran 360 darjah
dengan kemewahan mindanya dijajah
dengan perasuah dia cuba berhijrah
dari tegar reformasi kepada korupsi
mungkin banyak minum pepsi
menolak cabaran whiski
bila hidup di luar negeri
mula keredhaan Allah dicari
melalui muhasabah diri
mula insaf diri
perbuatan khianat menghakis kehormatan diri
dari
perjuangan jangan lari
Abdullah Ubaipun benci
melihat lembu-lembu duduk di kondominium
bau tahi saja dicium
bau kencing saja dicium
sesiapapun dihukum
bila pendakwaan kuasa tak bertepi
Agustine Paul dah tak ada lagi
Ariffin Jaka baru pergi
Izrail hanya menanti
kedatangan hakim bijak bestari
dari Mungkar Nankir tak boleh lari
baru sedarkan diri
pusingan 360 degri
tindakan merugi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Ahad, 1 Januari 2012

1 JANUARI 2012


Hari Ahad
menumbangkan rejim zalim perlu jihad
berjuang di jalan Allah
akhirnya Namrood kalah
akhirnya Firaun kalah
akhirnya Kafir Quraish kalah
kali ke 13 giliran mereka kalah
harga barang-barang naik timbul berbagai masalah
beg berat bila ke sekolah
keadaan ini perlu diubah
tolak gerombolan yang rasuah
tolak kuasawan yang pecahamanah
pileh yang beramanah
pileh yang ikut Sunnah
suka dengar tazkirah
suka dengar ceramah
membesarkan Allah
mesra dengan rakyat
membuat yang maaruf
mencegah yang mungkar
perti perkauman akan terbudar
dengan kes lembu
dengan kes beg tangan
dengan kes cincin berharga mahal
SPRM beranikah profesional
boleh bila
beriman dan istiqamah
berjanji
di satu Januari
mahu ubah diri
mahu selamatkan anak isteri
mahu selamat 13 negeri
dalam Malaysia
boleh bila kuasai Putrajaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

AZAM TAHUN 2012




Terlebih dulu
bersyukur kepada Allah s.w.t
masih bernafas dan bernyawa
mampu menegakkan kerajaan Pusat yang berwibawa
pengkhianat negara saja kecewa
para perasuah saja kecewa
penjawat-penjawat awam yang korup saja kecewa
penjahat-penjahat saja kecewa
pengampu-pengampu penzalim saja kecewa
talibarut-talibarut diktator saja kecewa
ke sana ke mari dosa-dosa dibawa
isteri-isteri boros juga kecewa
pendek kata orang jahat saja kecewa
kumpulan beriman gembira
kumpulan keadilan gembira
kumpulan seniman gembira
kumpulan budayawan gembira
kumpulan reformasi gembira
kumpulan agamawan gembira
perintah Allah buat segera
suruhan Nabi buat segera
dosa pahala ambil kira
dengan iman dan istiqamah
dengan berpandukan Quran dan Sunnah
buat suruhan jauhi segala larangan
hadir di majlis pengajian
tambahkan ilmu pengetahuan
inilah persiapan
bagi setiap individu
bagi setiap kumpulan
berbagai ujian di hadapan
Buku Jingga memberi harapan
menjanjikan kebajikan
diterima yang waras fikiran
diterima yang berwawasan jauh
diterima yang berjiwa kemanusiaan
ada pada diri
Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan
mahu pertukaran kerajaan
berteraskan keadilan
berteraskan keseksamaan
berteraskan keharmonian kaum
sedar
asal usul manusia
daripada Adam dan Hawa
bila ini disedari
bila selalu muhasabah diri
baiklah anak negeri
baiklah warga-warga Persekutuan Malaysia
berusaha
untuk kebaikan diri
untuk kebaikan anak dan isteri
untuk kebaikan jiran tetangga
untuk kebaikan seluruh keluarga
inilah azam kita
mulai 1 Januari 2012
berjuang dengan ikhlas
Allah tentu balas
dengan pertolongan kepada Pakatan Rakyat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012