Jumaat, 27 Januari 2012

27 JANUARI 2012



Hari Jumaat
Minggu terakhir bulan Januari
Keredhaan Allah wajib dicari
Ilmu kebenaran perlu dicari
Bawa anak dan isteri
Baru mudah muhasabah diri
Mudah hidup berdikari
Boleh bantu anak negeri
Bersedia berkhidmat pimpinan bestari
Harta halal saja dicari
Dengan titik peluh diri sendiri
Dengan jemaah taburkan budi
Baru berakhlak muda mudi
Baru lahir masyarakat berbudi
Baru merosot pengaruh Yahudi
Baru hapus kedai kedai judi
Bila rakyat tahu bahaya judi
Baru mahu ikut Sunnah Nabi
Baru sedar bahaya fahaman perkauman
Baru bermakna iman
Baru wujud perasaan kemanusiaan
Baru hapus segala penyelewengan
Buat suruhan tinggal larangan
Inilah budaya Ibadurrahman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Jan2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan