Isnin, 16 Januari 2012

GENAP UMUR 75 TAHUN HIJIRIAH




Hari ini
Hari Isnin
22 Safar 1433 Hijiriah
Bersyukur kepada Allah
Berselawat kepada Rasulullah
Umur dah bertambah
Perlu giatkan dakwah
Diri sendiri perlu berubah
Biar rejim penzalim rebah
Biar pemerintah penuh rasuah rebah
Kesan menghadap muka ke Kaabah
Kesan mendengar ceramah
Kesan hadir di majlis tazkirah
Jalan ke Putrajaya nampak cerah
Kepada Allah, jiwa raga diserah
Di Badar, tentera Quarish kalah
Dibawah pimpinan Rasulullah
Setiap saat berdoa kepada Allah
Cukuplah Allah sebagai penolong
Cukuplah Allah sebagai pelindung
Gerombolan perkauman dah condong
Awan di langit terus mendung
Hujan batu akan turun
Binasa niagawan ala Qarun
Binasa kuasawan ala Firaun
Dengan maklumat terkini kita balun
Yang kuat agama dijadikan calun
Boleh berdakwah dalam DUN
Boleh berdakwah di Parlimen
Sedarkan ahli-ahli politik penting iman
Pentingnya kebenaran
Pentingnya perpaduan
Diantara rakyat sekelian
Semua ada perasaan
Semua ingin kebaikan
Bersatu dalam kepelbagaian
Berwajah baru kerajaan Persekutuan
Bila majoriti rakyat mahu perubahan
Kabulkan doa kami wahai Tuhan
Usia terus dipanjangkan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1433/Jan2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan