Jumaat, 14 Disember 2012

NAJIS MUGHALLAZAH




Najis
Disukai Iblis
Harta negara hampir habis
Didakwa ikan bilis
Terlepas perasuah mega
Tertawan dengan Buku Jingga
Turun harga
Bersyukur keluarga
Terbentang luas syurga
Ada syurga di dunia
Itulah
Majlis-majlis ilmu
Mudah tahu
Indahnya ajaran wahyu
Penyelamat Cina dan Melayu
Penyelamat yang keliru
Rakyat Mongolia tahu
Siapa rakan tidur Altantuya
Di Malaysia
Mati secara aniaya
Terbela bila bertukar kuasa di Putrajaya
Membawa cahaya
Cahaya kebenaran
Cahaya keadilan
Berlaku perubahan
Untuk kebaikan
Kebaikan bagi rakyat sekelian
Ini dinanti-nantikan
Sejak 55 tahun dulu
Tahun 2013
Tahun penuh makna
Perasuah-perasuah semestinya hina
Menanti penjara
Di Sungai Buloh
Di Kajang
Hidup penzalim tentulah panjang
Seksa di dunia
Menanti azab saja
Di dunia sebelah sana



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Dis2012


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan