Selasa, 4 Disember 2012

MELAYU DAH SEDAR

kediaman mewah



Berita
Muka depan di sebuah akhbar harian
Ramai yang hairan
Terutama yang berpelajaran
Terutama yang baca Al-Quran
Terpampang kuasa Tuhan
Terkejut Firaun
Melihat ahli-ahli sihir
Mengakui kelemahan Firaun
Firaun bukan saja hilang kuasa
Firaun juga hilang nyawa
Dibawa hanya dosa-dosa
Menzalimi rakyat jelata
Dalam Quran dicerita
Hamman pembodek utama
Qarun bersekongkol dengan Firaun
Projek mega semua disapu
Direstui ahli-ahli pengampu
Rakyat ingat peristiwa penyapu
Lepas itu
Kuasa pun berlalu
Menipu rakyat bertalu-talu
Kali ini rakyat dah tahu
Melayu dah sedar
Yang hidup mewah orang-orang besar di atas
Yang papakedana
Di mana-mana
Terus hidup hina
Terus terpedaya
Dengan slogan
Satu Malaysia
Satu hala
Mahu cari pahala
Ubah hala
Daripada B.N
Daripada Barang Naik
Kepada ABU
Asal Bukan UMNO
Ini Melayu dah sedar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Dis2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan