Jumaat, 2 September 2011

IMBASAN RAMADHAN : PUASA SEKULAR



Sudah 54 tahun berpuasa
Seronok menyalahguna kuasa
Sentiasa
Guna media massa
Lupa "demi masa
Sesungguhnya manusia itu
berada di dalam kerugian"
Puasa bukan kerana iman
Puasa
Untuk lapar dan dahaga
Berangan-angan ke syurga
Terdedah aurat seluruh keluarga
Menjauhi majlis ilmu
Menipu bangsa tak jemu-jemu
Dia sangka orang tak tahu
Dia lupa Allah Maha Tahu
Dia lupa Izrail menunggu
Nikmat syurga diragu
Suruhan Allah buat-buat tak tahu
Jadilah iman layu
Nasib Ketuanan Melayu
Realitinya menolak wahyu
Kenyataannya begitu
Otak bertaraf kalkatu
Dalam maksiat diseru bersatu
Dibanyakkan pengundi hantu
Dia sangka rakyat tak tahu
Kosong daripada pahala
Puasa orang sekular
Puasa pimpinan sekular
Dapat dahaga dan lapar
Perlu ditukar
Perlu diubah
Dengan Negara Berkebajikan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sept2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan