Sabtu, 17 September 2011

BILA PENCEN 4



I

Bila pencen
Bebas daripada "bos" dunia
Bebas daripada "akujanji" majikan
Terima wang hujung bulan
Menyara kehidupan
Berteraskan iman
Buat suruhan
Menentang kemungkaran
Budaya orang beriman
Takut hanya pada Tuhan
Berani kerana benar
Al-Quran itu benar
Sakatulmaut itu benar
Mati itu benar
Kubur itu benar
Seksa kubur itu benar

II

Warga pesara
Kena ambil kira
Hidup di dunia hanya sementara
Akhirat itu lama
Mari bersama
Mengikuti ajaran agama
Semoga
Kita menjadi ahli syurga



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Sep2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan