Khamis, 7 Julai 2011

BERBALAS PANTUN DI ANTARA BERSIH DAN KOTOR

BERSIH:
Orang muda bermain catur
Sambil main sambil bercerita
Takut yang jiwanya kotor
Melalui rasuah kumpul harta

KOTOR:
Waktu petang minum teh
Minum bersama rakan sekerja
Warna hitam dikatakan putih
Kata ketua ikut saja

BERSIH:
Cantiknya rupa Tun Teja
Ramai raja tertawan hati
Allah saja patut dipuja
Pimpinan Nabi saja berkualiti

KOTOR:
Kanak-kanak bermain di atas titi
Jatuh seorang dalam parit
Pemimpin kami ada kualiti
Biarpun kehidupan rakyat perit

BERSIH:
Makan roti disapu kaya
Kaya dibuat daripada tepung
Pemimpin rasuah nampak kaya
Walaupun menipu orang kampung

KOTOR:
Ahli sukan kuat berlatih
Bila dahaga minum pepsi
Sokong kami tak beralih
Walaupun negara menjalar korupsi

BERSIH:
Melimpah air dalam paya
Bila turun hujan lebat
Bersih proses dalam pilihanraya
Baru terpilih pimpinan hebat

KOTOR:
Janggut Taliban nampak lebat
Biasa makan roti capati
Kemajuan negara semakin hebat
Gaji minima tetap dinanti

BERSIH:
Makan pagi dengan roti
Sapu keju sedap rasanya
Pengurusan Putrajaya elok diganti
Setelah bersih proses pilihanraya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan