Sabtu, 30 Julai 2011

BAHARUDDIN AHMAD PELOPOR KITA

Allahyarham Baharuddin Ahmad, 56,yang meninggal dunia di Perhimpunan Bersih 2.0


Minum teh bersama rakyat
Sampaikan juga maklumat
Rejim zalim akan tamat
Dengan kehendak rakyat
Daripada yang bermaklumat
Tutur kata Pak Samad cukup cermat
Puisinya memikat
Maknanya tepat
Gas pemedih mata peserta Bersih dapat
Kemasukan ke bandaraya K.L disekat
Beribu-ribu memakai baju keramat
Warna kuning yang memikat
Marina Mahathir pun terpikat
Merasai gelombang BERSIH dari dekat
Bersama-sama rakyat
Hilang penat
Kepuasan hatipun dapat
Rakyat jelata boleh berpakat
Membawa berkat
Hidup bermatlamat
Pilihanraya Bersih boleh dapat
Dengan keringat
Dengan Baharuddin Ahmad menemui kiamat
Semoga syahid beliau dapat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Jul2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan