Jumaat, 14 Mei 2010

DOA UNTUK KAWAN LAMA



Doa
Dikhaskan kepada sahabat lama
Ustaz Ashaari Mohamed
Kenalan dari tahun 1968
Awalnya persahabatan kami teguh
Memberi kuliah subuh
Jiwa saya jadi teguh
Bertemu di Lorong Dua
Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
Berkampung pula
Di Sungai Pencala
Semoga usaha kami berpahala
Bercukur kepala
Berserban
Berjubah
Kuatlah jemaah
Bergelar Darul Arqam
Bersakwah bersama-sama
Bermusafir bersama-sama
Untuk mengembangkan agama
Bila Arqam membesar
Ramai ahli baru menjelma
Ada yang cari nama
Rupa-rupanya saya tidak lama
Setelah 14 tahun
Saya mengundurkan diri
Meninggalkan Kampung Al-Arqam
Sungai Pencala
Terputuslah hubungan mesra
Berlaku sengketa
Di atas agama tercinta
Bila Abuya pejam mata
Saya turut berdukacita
Kebaikan Abuya akan saya cerita
Semoga dapat rahmat dari Maha Pencipta
Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan