Sabtu, 22 Mei 2010

RAKYAT PERLU DISELAMATKAN

Orang Melayu
Dibawah tadbiran ketuanan Melayu
Didapati banyak yang layu
Budaya layu
Bahasa layu
Puncanya menolak ajaran wahyu

Orang Melayu
Dari Persekutuan Tanah Melayu
Se hingga Malaysia
Hidup mereka jadi sia-sia
Ditipu setiap masa
Digunakan media massa
Lupa terkumpul dosa

Orang Melayu
DiHulu Selangor
Walaupun dihujung umur
Maseh lupa soalan kubur
Mata mula kabur
Aqidahpun lebur
Lupa todi
Terus beri undi
Lupa Apco world wide syarikat Yahudi
Rosak akhlak muda-mudi
Yang tua miang-miang keladi
Makin tua makin menjadi

Orang Melayu
Perlu di selamatkan
Dari bahaya penipuan
Dengan iman dan istiqamah
Dengan semagat setiawan
Dalam Pakatan Rakyat
Perlu ingat
Setiap amalan bedasarkan niat
Niat untuk selamat di akhirat
Dengan amalan berterusan
Dengan penuh keikhlasan
Baik bila pegang Kerajaan Persekutuan
Baru selamat Melayu , Cina , India, Iban dan Kadazan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan