Ahad, 10 Jun 2012

DOA PERSEDIAAN RAMADHAN



Bila tiba bulan Rejab
Disuruh Nabi S.A.W
Kita berdoa
" Ya Allah, berkatilah hidup kami dalam
bulan Rejab dan Syaaban
serta sampai jugalah kami
sehingga menemui Ramadhan"
Dibaca dengan penuh keyakinan
Difahami maksud ayat-ayat Al-Quran
Diberitakan banyak pengajaran
Perlu ilmu pengetahuan
Perlu kesihatan badan
Daripada sirah Nabi ambil teladan
Sabar hadapi ujian
Kekurangan makanan
Bila diboikot pihak lawan
Tiga tahun dalam kesusahan
Latihan dalam perjuangan
Buatlah suruhan
Tinggalkan larangan
Berbagai jenis ujian di akhir zaman
Perlu iman
Perlu keyankinan
Perlu amalan
Berterusan
Di akhirat menerima balasan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Sabtu, 9 Jun 2012

ADAB BELAJAR



Ada lima
Pertamanya dengar
Habis kuliah
Habis ceramah
Habis tazkirah
Ingat hanya tiga minit
Lepas itu lupa
Semua yang didengar
Yang kedua
Dengar dan tulis
Gelabah iblis
Lepas tiga jam
Lupa semua yang didengar
Buat yang sia-sia saja
Yang ketiga
Dengar tulis dan baca
Boleh ingat tiga minggu sahaja
Lepas itu semuanya lupa
Orang kampung tetap papa
Yang keempat
Dengar
Tulis, baca dan faham
Boleh ingat tiga bulan
Ranjau di sepanjang jalan
Perlu buat perubahan
Tambah ilmu pengetahuan
Yang kelima
Dengar dan tulis
Baca, faham dan amal
Ingat selama tiga tahun
Semoga pengkhianat akan turun
Daripada Allah kita memohon


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Jumaat, 8 Jun 2012

BOLEH BERJAYA



Menaiki bas
Membayar tambang
Rejim diktator boleh tumbang
Kedengaran ramai bersembang
Dengan gelombang
Kuning
Hijau
Perasuah-perasuah cukup risau
Suruh samseng-samseng buat kacau
Rosakkan kereta
Pihak berwajib pejam mata
Rakyat terus bercerita
Ajar mereka
Dengan undi rahsia
Dengan izin Allah kita berjaya
Menawan Putrajaya

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Khamis, 7 Jun 2012

HIMPUNAN HIJAU



1 Jun 2012
Dari petang hingga larut malam
Hari Jumaat
Berkumpul umat
Mahu negara selamat
Daripada difaraid oleh gerombolan penjahat
Berslogankan
"Ketuanan Bangsa"
54 tahun menipu orang Melayu
Bahasa layu
Budaya layu
Ekonomi layu
Disebabkan tolak ajaran wahyu
Pincang masyarakat Melayu
Datang ke Alor Setar berpuluh-puluh ribu
Di Stadium Darul Aman
Bertemu dari pelbagai penjuru
Kebaikan saja diseru
Kebajikan saja diseru
Diterima yang berilmu
Berdakwah tak jemu-jemu
Mahu rakyat hidup bersatu
Syarat utama
Perlu kuasai Putrajaya
Bersihkan pilihanraya
Bebaskan rakyat daripada tipu daya
Oleh golongan bangsawan
Jahil Quran
Fikir hanya keduniaan
Fikir hanya kemewahan
Budaya ini perlu dikorbankan
Dengan dasar
"Negara Berkebajikan"
Buku Jingga berkemampuan
Membawa kemakmuran
Membawa kesejahteraan
Kepada masyarakat sekelian
Diharap dikabulkan Tuhan
Selamat Malaysia dengan Islam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Rabu, 6 Jun 2012

CARILAH ILMU



Carilah ilmu
Jangan jemu-jemu
Ciri pertama berguru
Ikut apa yang diseru
Tanjung Katong airnya biru
Tempat gadis mencuci mata
Pengikut jahil mudah keliru
Pemimpin mereka kaut harta
Kayaraya keluarga
Kroni-kroni begitu juga
Kayaraya daripada salahguna kuasa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu
Berada dalam kerugian
Rugi di hari kemudian
Keadaan muram
Perlu diselesaikan
Dengan
Bergaul dengan pimpinan taqwa
Ke akhirat pahala dibawa
Teruskan membaca
Bertambahlah ilmu di dada
Mudah tolak propaganda
Aktres jelita terus menggoda
Beri wang ikut kehendaknya
Biar papa asalkan bergaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Selasa, 5 Jun 2012

INGIN BERJASA



Bila golongan samseng ditaja
Buat provokasi secara sengaja
Nafsu amarahlah jadi raja
Kotorlah pilihanraya
Disedari penyokong BERSIH 3.0
Mahu selamatkan negara
Bertindak secara segera
Tuntutan hanya 8 saja
Diterima yang bersih jiwa
Diterima yang beragama
Tukar saja
Daripada yang gila kuasa
Kepada yang ingin berjasa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Isnin, 4 Jun 2012

PANTUN TUJUANNYA BAIK



Laksamana berempat di atas pentas
   Cukup berlima dengan gurunya
Bila beramanah pimpinan di atas
   Usaha kebajikan akan berjaya

Makan nasi di atas dulang
   Gulainya lazat masakan si dara
Tuntutan BERSIH jangan dihalang
   Tujuannya baik untuk negara

Pergi ke hutan mencari akar
   Sambil duduk mengesat peluh
Sistem sekular sistem mungkar
   Menumbangkannya jangan kita mengeluh

Pinang certak pinang certi
   Dihempas mari atas papan
Bila pemimpin bersih hati
   Cerahlah negara di masa hadapan

Rumah limas anjung selatan
   Bunga kemuning tumbuh di laman
Ramai mendoakan kejayaan Pakatan
   Negara makmur lagi aman

Tetak nyirih galangkan dapur
   Mari ditetak dengan dahannya
Nampaknya penzalim sedang mengelupur
   Besar kemungkinan terlepas Putrajaya

Tok Sami ke Teluk Lipat
   Kain sekodi dibawa sama
Kerajaan Pusat boleh dapat
   Dalam Pakatan eratkan kerjasama

Batang tengar dibuat rakit
   Rotan di dahan belah-belahkan
Hati warga Felda terasa sakit
   Mendengar perkataan yang dihemburkan

Kalau tahu peria pahit
   Tidak digulai dengan petola
Menumbangkan penzalim perlu mujahid
   Membantunya pula dapat pahala

Kalau tuan pergi ke Kelang
   Belikan saya semangkuk rojak
Usaha maaruf jangan dihalang
   Di atas kebenaran hendaklah berpijak

Kalau belayar ke Pulau Bekal
   Bawa seraut dua tiga
Semasa hidup gunakan akal
   Beramal soleh jalan ke syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Ahad, 3 Jun 2012

MERDEKAKAN DIRI



Mesti menyakini 4 perkara
Menuntut ilmu perlu segera
Dosa pahala ambil kira
Baru luput budaya kera
Makan, tidur dan seks
Diperhebatkan oleh Kebudayaan Barat
Kiri kanan dipasang jerat
Depan belakang diletak jerat
Ekonomi dikuasai kroni dan suku sakat
Orang kampung terus melarat
Orang Felda terus merempat
Dipermainkan gerombolan Ketuanan Bangsa
54 tahun menyalahguna kuasa
Menyalahkan pula orang-orang Cina
Mereka rajin bekerja
Ketuanan Melayu ambil komisen saja
Biarkan kemungkaran bermaharajalela
Menumbangkan puak ini dapat pahala
Melalui Buku Jingga
Mulai selamatkan keluarga
Tanpa mengira bangsa
Semua bangsa datang
Daripada Allah
Semua kaum akan balik
Kepada Allah
Semua rezeki Allah yang beri
Semua perkara baik dan buruk
Ditentukan oleh Allah
"Ini kali lah"
Mereka boleh kalah
Dengan mengikut ajaran Allah
Dengan mewarisi jiwa mut'mainah
Baru penjawat-penjawat awam tak rasuah
Pemberi dan penerima rasuah
Masuk neraka
Tolak pimpinan bermuka-muka
Depan orang Melayu mengata Cina
Depan orang Cina menghentam jemaah Islamiah
Berapi-api bila berceramah
"Melayu dalam bahaya"
"Melayu akan hilang kuasa"
Ini retorik saja
Ini gendang-gendang kosong saja
Sebenarnya
Ini tipudaya
Mahu tipu pilihanraya
Penyokong BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 mahu
Dilaksanakan 8 tuntutan
InsyaAllah berjaya Pakatan
Pembunuhan Altantuya cerita panjang
Mahkamah Perancis sedang berbincang
Siapa petualang-petualang
Siapa peminta komisen RM3 billion
Di PRU-13 rakyat balun
Penzalim dan pengkhianat akan turun
Dakwa semua lanun-lanun
Di mahkamah adil
Di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat
Malaysia akan selamat
Dengan syarat
Merdekakan diri daripada UMNO BN yang keparat
Dengan meyakini Allah sebagai penyelamat
Allahuakbar


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Sabtu, 2 Jun 2012

PIMPINAN BERJIWA SYAITAN



Nasib orang Melayu kampung
Nasib warga Felda
Nasib penghuni Felkra
Kena ambil kira
Dengan betul proses pilihanraya
Inilah tuntutan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0
Mahu kebajikan rakyat dijaga
Boleh laksanakan Buku Jingga
Membela ramai keluarga
Dengan pendidikan percuma
Dengan Melayu, India dan Cina berjasama
Membangunkan negara
Dengan dasar negara berkebajikan
54 tahun telah diporakperandakan
Oleh golongan bangsawan
Daripada sistem ekonomi kroni
Kos projek dinaikkan
Kos kehidupan terus meningkat
Orang kampung terus melarat
Harga barang terus naik
Siaran TV melalaikan
Nafsu amarah digelorakan
Kedai judi ditambahkan
Jenayah terus dilaporkan
Di dalam akhbar tempatan
Senyum syaitan
Ramai pimpinan berjiwa syaitan
Negara menuju kehancuran
Penyelamatnya hanya Al-Quran


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Jumaat, 1 Jun 2012

BOLEH DIDAKWA DI MAHKAMAH



Kata orang bestari
Manusia tahan dengan kesusahan
Ujian getir bagi cucu cicit Adam
Dengan kuasa dia berdendam
Duduk bantahpun mereka godam
Kotor hati di dalam
Yang beruniform ramai beragama Islam
Jiwa tauhid kosong di dalam
Dihulur rasuah mata pun layu
Di warisi gerombolan Melayu
Daripada parti Ketuanan Melayu
Berkuasa sejak 54 tahun yang lalu
Menipu pilihanraya tak pula malu
8 tuntutan Bersih dianggap keterlaluan
Kata orang-orang Biro Tunggu Nazak
Akan hapuslah kuasa bangsawan Melayu
Daripada tampok pemerintahan
Dalam ucapan berapi-api mereka
Di program-program Indotrinasi
Membisu pula tentang korupsi
Penjawat -penjawat awam jadi lesu lesi
Disebabkan lupa kuasa Illahi
Tapi sekarang
Majoriti rakyat dapat maklumat
Tentang kepimpinan keparat
Mengkayakan kroni dan suku sakat
Ini perlu di sekat
Dengan  menguasai kerajaan pusat
Melalui pilihanraya bersih boleh dapat
Memberi kebajikan kepada rakyat
Negara boleh selamat
Boleh didakwa di mahkamah gerombolan pengkhianat-pengkhianat
Daripada Ketuanan Melayu yang mengelat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012