Isnin, 3 September 2012

SATU, DUA, TIGA, EMPAT




Satu
Mari bersatu
Menuju negara bermutu
Buangkan pimpinan kematu

Dua
Ingatlah batu dua
Bererti ingatlah kubur
Janganlah bersikap takbur
Biarpun anak bangsa lebur

Tiga
Dengan iman jagalah keluarga
Ke majlis ilmu bawalah keluarga
Terangkan kebaikan Buku Jingga
Kebajikan rakyat terjaga

Empat
Tahniah Lailatul Qadar dapat
Kecuali katak katak lompat
Mantan orang nombor dua pun terpikat
Inginkan pangkat
Mempelajari tassauf tak sempat
Sanggup diperalat
Oleh golongan pakar mengelat
Macam ikan lupakan pukat
Bila digoreng baru sedar
Dunia ini hanya tipu daya yang mengasyikkan
Termakan dengan janji janji
Asalkan rakan rakan lama dikeji

Orang tua makan kanji
Makan bersama di waktu petang
Orang munafiq pandai berjanji
Kali ini jatuh terlentang

One, two, three, four,
Satu, dua, tiga, empat,
Kali ini UMNO tumpor,
Putrajaya, Pakatan Insyaallah dapat

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Sept2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan