Jumaat, 7 September 2012

BILA NAMPAK JALAN




Bila Allah menunjukkan jalan
Tamrin pun nampak bulan
Terus buat perubahan
Tinggalkan parti perkauman
Parti penuh kepura puraan
Orang orang kampung terus dimangsakan
Didendangkan saja slogan
”Melayu leka hilang kuasa”
Bermaksud terlepas peluang menyalahgunakuasa
”Nanti DAP memerintah”
Bermaksud habis peluang lintah lintah
Dari parti assabiyah
Kaya raya melalui rasuah
Pencetusnya Dr Mahathir
Dari dasar penswastaan
Digula gula pegawai pegawai kerajaan
Bergaul bebas dengan tokeh tokeh Cina
Bermain golf di padang golf
Terlepas solat Asar berjemaah
Terlepas dengar kuliyyah
Terlepas hadir tazkirah
Bergeloralah nafsu amarah
Berlakulah pecah amanah
Dalam urusan rasmi
Jadilah seperti
Ulat bulu panjat durian
Sedap dulu sakit kemudian
Bila berlaku pertukaran
Di peringkat kerajaan persekutuan
Ini yang digeruni Dr Mahathir
Inilah yang akan berlaku
Ini diketahui
Tamrin Abdul Ghaffar Baba
Semoga Tamrin memperolehi pahala
Mudah jalan ke syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1433/Sept2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan