Isnin, 30 April 2012

PANTUN SELAMATLAH DIRI

Anak Muda Teguh Bersama Kepimpinan ULAMA


Ayam bertelur dalam semak
   Datang pemburu terus terpijak
Mengajar agama tugas ulamak
   Sokong mereka tindakan bijak

Pergi memburu di siang hari
   Dapat napoh di waktu petang
Daripada ulamak ilmu dicari
   Golongan penipu kita tentang

Pagi hari keluar rumah
   Membawa senapang tujuan berburu
Ulamak adalah penyelamat ummah
   Hal-hal maaruf mereka seru

Rumah kampung atap nipah
   Tempat berteduh golongan marhaen
Ulamak su' fikirkan upah
   Gembira bila diberi komisen

Orang Asal suka berburu
   Orang Melayu suka hiburan
Sunnah Nabi elok ditiru
   Daripadanya banyak pengajaran

Tanjung Katong airnya biru
   Tempat pelancong datang berehat
Ulamak akhirat selalu menyeru
   Diterima yang minda sihat

Pegaga tumbuh di tepi pagar
   Pagar dibuat daripada buluh
Ulamak perlu penyokong tegar
   Baru golongan sekular mengeluh

Bunga tanjung putih berseri
   Harum bau di waktu pagi
Ilmu pengetahuan perlu dicari
   Baru di akhirat tidak rugi

Tanam bunga dalam taman
   Disiram air sekali sehari
Bersahabatlah dengan orang beriman
   Baru di akhirat selamatlah diri


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan