Khamis, 26 April 2012

PANTUN MANFAAT ILMU



Tinggi bukit Gunung Baiduri
   Tempat bertanam nyiur kelapa
Ilmu agama perlu dicari
   Bila ditulis taklah lupa

Kapal pecah di pintu kuala
   Orang bergalah di dalam perahu
Buat yang wajib berpahala
   Daripada mengaji mudahlah tahu

Tanam mempelam di tepi parit
   Tepi parit tanah rata
Kehidupan orang kampung perit
   Kesan menyokong pimpinan pendusta

Burung bersarang di pokok dedap
   Berulang makan di Pulau Angsa
Makan kurma memang sedap
   Terutama bila berbuka puasa

Pergi ke kebun petik kuinin
   Bawa ke rumah baru dimakan
Berpuasalah sunat hari isnin
   Baru makna ilmu diamalkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan