Jumaat, 6 April 2012

PANTUN GELOMBANG PERUBAHAN

wind of change


Lancang kuning lancang pusaka
   Nampak dari Tanjung Puan
Tolak pimpinan bermuka-muka
   Terima yang bawa kebenaran

Mangkok jorong pinggan jorong
   Jorong berisi buah jati
Pandangan munafik selalunya serong
   Ingin juga ke syurga bila mati

Orang mengail di Lubuk Batu
   Dapat seekor ikan gelama
Betul aqidah asas bersatu
   Bila berpolitik terasnya agama

Tetak buluh panjang sepuluh
   Mari jolok sarang penyengat
Gerombolan perkauman sedang mengeluh
   Kebangkitan rakyat susah disekat

Ada padi adalah beras
   Bertanak nasi periuk tembaga
Gelombang perubahan terlalu deras
   Tertarik kepada Buku Jingga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAwal1433/Apr2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan