Khamis, 31 Julai 2014

PENGALAMAN RAMADAN 1435 H


Ramadan kali ini
Sewaktu umur 75 tahun
Sentiasa memohon
Supaya rahmat Allah turun
Supaya dosa-dosa diampun
Di masjid-masjid ramai berkumpul
Di surau-surau ramai berkumpul
Solat Isya’ berjemaah
Solat terawih berjemaah
Solat witir berjemaah
Ekonomi umat Islam tetap lemah
Dengan Cina ada puak yang marah-marah
Golongan fahaman assobiyah
Membiarkan budaya rasuah
Sedangkan perkara ini dikutuk Allah dan Rasulullah
Pahala puasa tak bertambah
Ini perlu diubah
Dengan ilmu
Dengan iman
Dengan amal soleh
Putrajaya akan beralih
Bila umat Islam yang berpuasa
Bertaraf puasa khusus
Atau puasa first class
Puasa bertaraf ”Jusa”
Hanya boleh dimimpikan saja



HMS ABU BAKAR




Rabu, 30 Julai 2014

ABDUL RAHMAN AROF DALAM KENANGAN


1 Syawal 1435 H
Abdul Rahman Arof jadi arwah
Meninggalkan 2 isteri yang bermaruah
Yang pertama orang Malaysia
Yang kedua orang Siam
Kedua-dua isteri faham
Abang Man yang kuat azam
Memajukan ekonomi keluarga siang dan malam
Berbagai kerja dibuatnya
Jadi bilal masjid
Jadi pembawa van kanak-kanak ke sekolah
Jadi Pengerusi SAR An-Nuriah
Jadi Timbalan Pengerusi Surau An-Nuriah
Jadi pengacara majlis yang berwibawa
Jadi pengurus Sri Ayu Catering yang berjaya
Setiap pagi Jumaat di Surau An-Nuriah
Menjamu jemaah
Setelah sujud sejadah
Syukur rakan-rakan jemaah
Usaha memajukan diri membawa kejayaan
Sedang sibuk menguruskan Sri Ayu Catering
Rahman tiba-tiba sakit
Dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh
Dalam keadaan koma
Kaki kirinya dipotong
Keadaan bertambah teruk
Akhirnya
Pada jam 3 petang
Hari Isnin
Satu Syawal
Abdul Rahman Arof meninggal
Al-Fatihah

HMS ABU BAKAR




Isnin, 28 Julai 2014

PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 1435 H


Makan roti berinti kaya
Makan bersama seisi keluarga
Bermaaf maafan di hari raya
Harap-harap mudah ke syurga

Makan bersama seisi keluarga
Setahun sekali balik ke rumah
Harap-harap mudah ke syurga
Dengan jiwa yang mutmainah

Setahun sekali balik ke rumah
Rasa mesra terus dibina
Dengan jiwa yang mutmainah
Di akhirat menanti sebuah istana

Rasa mesra terus dibina
Dengan iman dan istiqamah
Di akhirat menanti sebuah istana
Nikmatnya amat melimpah ruah


Dengan iman dan istiqamah
Ciri ciri orang beriman
Nikmatnya amat melimpah ruah
Bidadari jelita menjadi teman


HMS ABU BAKAR




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H


Satu Syawal
Hari gembira
Bagi yang berjaya
Bertemu malam Lailatul Qadar
Dibunuh Abu Jahal di peperangan Badar
Baru Kafir Quraish sedar
Masa dah beredar
13 tahun di Mekah
Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dizalimi
3 tahun diboikot yang menyusahkan
Nabi SAW tetap bertahan
Dengan iman dan kesabaran
Tenang menghadapi cabaran
Kekuatan datang dari Al-Quran
Penuh pengajaran
Perlu kita fikirkan
Rebutlah peluang untuk berubah
Ubahlah pemikiran kita
Infakkan harta
Betulkan perbuatan kita
Bantu rakyat yang menderita
Kos hidup terus meningkat
Jenayah terus meningkat
Rasuah bagi yang berpangkat
Lupa kubur dah dekat
Eloklah bertaubat
Betulkan tindakan kita
Tindakan utama kita
Laksanakan aku janji
”Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”
Di mana mana ditindas umat Islam
Di Gaza
Di Palestin
Di Selatan Siam
OIC hanya diam
Inilah
Ketentuan Allah
HAMAS di Palestin belum kalah
Dengan semangat Ramadhan kita teruskan perjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Sebarkan kebaikan
Melalui majlis ilmu
Belajar jangan jemu jemu
Kebenaran akan bertemu
Bersalaman bila bertemu
Di hari raya kali ini
Tanamkan semangat berani
Berani berkata
Islamlah sebenar benarnya
Selamat berhari raya


HMS ABU BAKAR

Ahad, 27 Julai 2014

29 RAMADAN 1435H


Hari Ahad
Teruskan jihad
Membebaskan umat
Dengan mendaulatkan syariat
Dengan membetulkan niat
Niat kerana Allah semata-mata
Niat kerana Nabi Muhammad SAW
Inilah kewajiban umat Islam
Berjihad siang dan malam
Berdoa siang dan malam
Supaya
Masjid Al Aqsa dibebaskan
Supaya
Zionis Yahudi ditenggelamkan
Bukan dengan sukan
Tapi dengan ilmu pengetahuan
Tapi dengan cekal amalan
Tapi dengan jemaah yang bertaqwa
Diperoleh daripada Ramadhan tahun ini
Biar lapar dan dahaga
Menanti bidadari di syurga
Dengan penuh mesra
Nikmatnya tidak terkira


HMS ABU BAKAR




Sabtu, 26 Julai 2014

28 RAMADAN 1435H


Hari Sabtu
Mahu hidup bermutu
Jadikan slogan di bawah asasnya
“Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah”
Ini adalah kehendak sunnah
Ekonominya maju membawa faedah
Penyelewengan penzalim jelas terdedah
Korupsi sana sini
Hidup mewah anak isteri
Projek mega saja dicari
Banyak komisyen diperolehi
Contoh terbaik kapal Scorpene
Berjuta-juta RM diserah kepada kroni
Nyawa Altantuya berakhir di sini
Tinggal 2 anak yang masih kecil lagi
Di akhirat perancang pembunuhan ini pasti rugi


HMS ABU BAKAR



Jumaat, 25 Julai 2014

27 RAMADAN 1435H


“Iman itu dibangun atas empat tiang iaitu yakin, sabar, jihad dan adil”
Renungilah di hari ke 27
Ramadan tahun ini
Dengan jiwa yang berani
Berani berkata benar kepada kerajaan zalim
Itu budaya orang alim
Berdakwah di mana-mana sahaja
Boleh gunakan berbagai cara
Kerja maaruf dibuat segera
Dosa pahala diambil kira
Ini jihad namanya
Hadir di majlis ilmu dapat cahaya
Terang seperti bulan purnama
Inilah peranan agama
Membawa kebaikkan kepada manusia
Tanpa perbezaan bangsa dan warna
Yang penting persaudaraan manusia mesti dibina
Di mana-mana sahaja
Allah tetap dipuja


HMS ABU BAKAR


Khamis, 24 Julai 2014

26 RAMADAN 1435H

Israel mengganas lagi..

Hari Khamis
Hari ke 26 umat Islam berpuasa
Teruskan hingga ke akhir
Dengan membanyakkan zikir
Bersungguh-sungguh bila berfikir
Tentang nasib umat Islam di Gaza
OIC hanya lihat sahaja
Di hadapannya Saudi Arabia
Simpan wang di bank-bank Yahudi
Kepada HAMAS pandang sepi
Dalam istana hanya bermimpi
Mahu bersama bidadari
Lupa di dunia pahala tak dicari
Lupa membela umat Islam di Palestin
Bagi kita di Malaysia
Kita berdoa sentiasa
Supaya Allah selamatkan umat Islam di Gaza
Ya Allah! Tolonglah mereka
Ya Allah! Selamatkanlah mereka
Kumpulan Yahudi di neraka
Layak bagi mereka


HMS ABU BAKAR


Rabu, 23 Julai 2014

25 RAMADAN 1435H


Hari Rabu
Hari Rabu terakhir puasa
Laju peredaran masa
Lupa yang menyalahgunakan kuasa
Mari kita nilai puasa kita
Daripada hari pertama
Solat terawih bersama-sama
Berjuang pula untuk agama
Dengan semangat yang bernyala-nyala
Betul aqidah mendatang pahala
Di akhirat sangat berguna
Pemimpin zalim tentulah hina
Dibawa ke kubur hanya dosa
Ruginya tidak terkira
Elok dakwah kepada mereka
Dengan puisi boleh juga
Teliti bila dibaca
Nanti datang cahaya
Cahaya menerangi jiwa
Tentulah jiwa mutmainah
Bila memimpin mesti beramanah
Selamat negara daripada musnah


HMS ABU BAKAR



Selasa, 22 Julai 2014

24 RAMADAN 1435H


Hari Selasa
Minggu keempat umat Islam berpuasa
Setiap diri boleh rasa
Peringkat mana dia berada
Peringkat satu
Peringkat puasa awam
Hadiahnya
Lapar dan dahaga
Peringkat kedua
Iaitu peringkat khusus
Puasanya lulus
Matanya dijaga
Telinganya dijaga
Lidahnya dijaga
Hatinya dijaga
Terbuka pintu syurga
Adapun peringkat ketiga
Kita tak bicara
Ini terlalu tinggi buat kita
Hanya boleh cerita
Ada pada Nabi kita
Tanamkan saja cita cita
Mahu bersama bidadari yang jelita

HMS ABU BAKAR