Ahad, 13 April 2014

JALAN UNTUK BERUNTUNG


'Orang yang paling beruntung memperolehi
syafaatku pada Hari Kiamat adalah orang
yang berkata "Laa ilaaha illallah" '
Menyebutnya
Adalah sebaik-baik zikir
Mengingati Allah
Tiada Tuhan melainkan Allah
Sebutannya mudah
Dunia akhirat berfaedah
Inilah Kalimah Tayyibah
Membesarkan hanya Allah
Allah memberi manfaat
Allah memberi mudarat
MH370 belum mendarat
Menuju ke utara
Dicari pula di selatan
Di Lautan Hindi yang dalam
Tak dapat dikesan oleh kapal selam
Jauh dari Perth
Sebuah bandar di Australia
Ada yang percaya
Ramai juga tak percaya
Biasa bagi manusia
Mahu bukti nyata
Membenci dusta
Ada di desa ada di kota
Diuji oleh 3 Ta
Harta,wanita dan tahta
Tanpa iman ramai yang menderita
Boleh diatasi
Dengan menyebut banyak-banyak
"Laa ilaaha illallaah"
Tiada Tuhan melainkan Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Sabtu, 12 April 2014

GENAP UMUR 75 TAHUN

HMS ABU BAKAR

Hari Sabtu
12 April 2014
Genap umurku 75 tahun
Kepada Allah terus memohon
Supaya semua dosa diampun
Dosa kecil
Dosa besar
Dosa zahir
Dosa batin
Dosa dulu
Dosa terkemudian
Perkenankan oh! Tuhan
Waraskanlah fikiranku
Tenangkanlan jiwaku
Di depan Mu aku mengaku
Kelemahanku
Aku hidup hingga ke hari ini
Dengan izinMu jua
Denganku ucapkan terima kasih
Kepada ibubapaku
Kepada adik-beradik seibu-sebapa
Jasa0jasa mereka aku tak lupa
Ku ucapkan terima kasih juga
Kepada emak-emak saudaraku
Kepada bapa-bapa saudaraku
Kepada isteriku
Kepada guru-guru Quran ku
Kepad guru-guru agamaku
Di Kampung Gajah
Di Teluk Anson
Sekarang Teluk Intan
Musuhku ialah syaitan
Dinyatakan dalam Quran
Penuh pengajaran
Diketahui yang berilmu pengetahuan
Serta diamalkan
Segala ajaran
Buatlah suruhan
Jauhilah larangan
Kepada agama berilah sumbangan
Jika berilmu diajarkan
Jika berpengalaman terus sebarkan
Supaya berlaku perubahan
Terutama pemikiran
Terutama juga perkataan
Terutama sekali tindakan
Berteraskan Al-Quran
Benar-benar penting bila umurku di penghujung jalan
Terima kasih anak-anakku
Terima kasih juga
Kepada rakan-rakan
Yang masih bernafas
Beramallah dengan ikhlas
Hadirlah ke majlis-majlis ilmu
Belajarlah jangan jemu-jemu
Kebenaran akan bertemu
Itulah wahyu
Keredhaan Allah jadikan matlamat
Bila ini kita dapat
Inilah sebenar-benar nikmat
Dunia dan akhirat selamat
Di harijadi kali ke 75 ini
Kepada yang berkenaan
Saya mohon ampun dan maaf
Di atas segala kesilapan
Dan kesalahan ku
Semoga mati dalam iman dan Islam
Mencontohi sahabat-sahabat Nabi s.a.w.



Hj Mohamed Salleh bin Abu Bakar
HMS ABU BAKAR
12 JamadilAkhir 1435/Apr2014

Jumaat, 11 April 2014

PANTUN LEKASLAH TERKORBAN

Burung serindit terbang melayang
Hinggap sebentar di ranting mati
Bila pemimpin rakyat sayang
Tanda pemerintahannyasangat berkualiti

Di sana padi di sini padi
Padu huma dari seberang
Kepada rakyat kerajaan berbudi
Bebas dari kaerja-kerja curang

Gunung Bentan gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Kerja dakwah jangan dihalang
Sebaiknya jauhilah segala larangan

Hari panas helang berlegar
Ayam terkurung di dalam reban
Bila ramai pengikut tegar
Alamat penzalim akan terkorban


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Rabu, 9 April 2014

UBAH DARI ATAS KE BAWAH


‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan
yang ada pada diri mereka sendiri”
Ubahlah; selesaikan masalah
Ubah peringkat pimpinan dulu
Membuat maksiat hendaklah malu
Menipu rakyat hendaklah malu
Menuntut ilmu lakukan selalu
Pemimpin perlu berubah dulu
Berubah perkataan
Berubah pemikiran
Berubah tindakan
Bila ini dilakukan oleh semua orang
Luputlah politik wang
Luputlah pimpinan curang
Berubah dari sekarang
Fahaman perkauman semakin kurang
Fahaman perpaduan dirangsang
Puisi dakwah dikarang
Disebarkan melalui
Berbagai saluran
Deklamasi puisi selepas pengajian
Membawa kesedaran
Menuju perubahan
Perubahan individu
Perubahan jemaah
Melalui ceramah
Melalui tazkirah
Mengamalkan Sunnah
Lahirkan pimpinan beramanah
Selesailah masalah
Semuanya dengan izin Allah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014



Selasa, 8 April 2014

MARI BERIBADAT


“Orang yang berilmu , pada waktu diam
dipergunakannya untuk berfikir”
Ilmu ibarat cahaya
Berguna di waktu keadaan gelap
Boleh digunakan untuk
Memahami isu-isu kehidupan
Masa hadapan yang tak berkesudahan
Buatlah segala suruhan
Jauhilah semua tegahan
Ini tanda waras fikiran
Membaca Al-Quran
Memahami isi kandungan Al-Quran
Sesuai di sepanjang zaman
Inilah faedah iman
Ulama akhirat dijadikan teman
Darinya dapat panduan
Menghadapi segala cabaran
Sabar berhadapan cubaan
Ikan sepat ikan haruan
Dua jenis ikan darat
Datang cahaya dari Al-Quran
Beramal solih untuk akhirat
Menggunakan masa untuk berselawat
Di akhirat dapat syafaat
Bila lengkap ucapan syahadah
Tolak Nabi di akhirat melarat
MH 370 belum mendarat
Doa jadikan sebagai alat
Usaha bomoh usaha khurafat
Mungkin duit dapat
Muflis pula di akhirat
Orang berilmu tidak akan terjerat
Berfikir setiap saat
Betul niat 
Jadilah ibadat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Isnin, 7 April 2014

LIWAT (HOMOSEKSUAL)

Liwat perhubungan jenis
Sesama lelaki melalui
Pintu belakang atau dubur
Menanti azab kubur
Bagi pelaku dosa-dosa besar
Liwat di antara dosa besar
Berlaku disebabkan meluapnya nafsu syahawat
Melepaskannya tiada tempat
Melalui liwat mudah dapat
Ikan puyu ikan sepat
Dalam sawah mudah dijala
Kepuasan seks boleh dapat
Kerja yang tidak berpahala
Mendatangkan pula bala
Dalam Mahkamah sivil boleh didakwa
Dosa hakim ke kubur dibawa
Motif politik diketepikan saja
Musuh politik dianiaya begitu saja
Lupa Allah sebenar-benar Raja
Hukum-hukum Allah diabaikan saja
Bergaul bebas remaja-remaja
Filem lucah diedarkan juga
Iklan komersial menggairahkan pula
Naik nafsu lupa dosa pahala
Cerita liwat dah banyak diceritakan
Umat Nabi Lut a.s jaguh liwat
Sebelum terlibat; sebelum terlewat
Eloklah taubat
Sesama laki-laki jangan duduk rapat-rapat
Jagalah aurat
Ingatlah akhirat
Perlu juga ingat
”ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian”
Fikirlah tuan dan puan
Azab Neraka itu berkekalan
Semoga tarikan liwat dijauhkan
Serta dilindungi Tuhan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014



Ahad, 6 April 2014

LAKUKAN UNTUK KEBAIKAN


‘Diam membawa selamat, sopan santun membawa
kemuliaan, syukur dan ikhlas membawa tambahan rezeki’
Semua kita mahu kebaikan
Kepada diri sendiri
Kepada anak dan isteri
Kepada seluruh keluarga
Perlu hanya bekerja
Darinya datang rezeki
Di antara asasnya tentulah ilmu
Carilah jangan jemu-jemu
Dengan kemuliaan akan bertemu
Dengan cara diam setengah-tengah keadaan
Boleh membawa keselamatan
Kepada diri sendiri
Bila bersopan santun dalam pergaulan
Tentu di hadapan cerah jalan
Bersyukur pula kepada Tuhan
Ikhlas pula dalam ingatan
Terkedu syaitan
Bila betul perkataan
Bila waras fikiran
Bila betul tindakan
Rezeki bagi diri bertambah-tambahan
Buat saja suruhan
Jauhilah tegahan
Inilah jalan kejayaan
Membawa kerajaan
Di peringkat Persekutuan
Semoga diizinkan Tuhan
MH370 pula diketemukan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Sabtu, 5 April 2014

AMPUNKANLAH DOSA KAMI


“Orang yang paling utama darjatnya di sisi Allah
pada hari kiamat adalah orang-orang yang banyak
berzikir kepada Allah”
Manusia ada dua jenis
Orang cerdik; orang bodoh
Orang cerdik hidupnya untuk akhirat
Orang bodoh hidupnya untuk
Berseronok-seronok saja
Berlagak macam Raja
Mahu buat apa saja
Halal-haram belakang kira
Yang penting hati gembira
Dari dua jenis manusia
Ini terbinalah tamadun manusia
Sampai masa binasa juga
Majoriti terlepas syurga
Contoh terbaik Firaun; Namrood
Haman; Qarun
Dengan hina mereka turun
Firaun mati dalam laut
Namrood mati disebabkan seekor nyamuk
Qarun mati ditelan bumi
Mengambil iktibar dari orang-orang
seperti Firaun; Namrood; Haman dan Qarun
Eloklah kita memohon
Supaya yang bodoh turun
Digantikan dengan yang cerdik
Yang banyak berzikir
Yang banyak mengingati Allah
Yang ikut agama Allah
Yang melaksanakan aku janji
Sentiasa Allah dipuji
Berselawat ke atas Nabi
Ampunkanlah dosa kami
Ya! Rabbi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014



Jumaat, 4 April 2014

DOAKAN MEREKA


‘Sedekah yang paling utama adalah memberi minum”
Sedekah
Disuruh Allah
Disukai Rasulullah
Walaupun sebiji kurma
Walaupun seringgit saja
Bagi si penerima
Cukup berguna
Masyarakat madani perlu dibina
Dengan iman di dada
Dengan ilmu pengetahuan yang berguna
Tauhid
Tassauf dan Fekah
Baru kenal Allah
Baru kenal Rasulullah
Baru lengkap kalimah Syahadah
Usaha lain tak berfaedah
Terutama yang rambut isteri terdedah
Carilah MH 370 hingga sudah
Usahasama yang berfaedah
Di Lautan Hindi yang dalam
Bergelora siang dan malam
Doakan mereka masuk Islam




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014



Khamis, 3 April 2014

MH 370


Hari Sabtu
8 Mac, 2014
Semua 227 penumpang dan
12 orang anak kapal
Penerbangan MAS Nombor MH 370
Ceria dan gembira
Mahu pergi ke Beijing
Ibu Negeri Cina
Rupa-rupanya tak sampai cita-cita
Kapal terbang MH370
Lesap begitu saja
Gagal dikesan radar kawalan menara
Di dalam negara
Usaha mencari dilancarkan segera
Datang bantuan dari banyak negara
Dari laut Cina Selatan
Tiada kesan
Sekarang ditumpukan ke Lautan Hindi
Diam saja Negara Yahudi
Di Mesir bermaharajalela
General As-Sisi
Menyerang Ikhwanul Muslimin bertubi-tubi
Inilah kesan peminat setia Nabi
Kerja maaaruf dianggap mungkar
Kerja rampasan kuasa dianggap mulia
Ingatkan kita peristiwa 2009
Di Negeri Perak Darul Ridzuan
Usaha baik digagalkan Pusat
Disebabkan 3 ADUN khianat
Usaha maaruf terencat
Sekarang mencari pesawat hingga dapat
Dengan izin Allah MH 370 boleh dapat
Disertakan dengan selawat
Kuasa penzalim lama kelamaan akan tergugat
Berlakulah pertukaran
Di Kerajaan Pusat
Penyelewengan boleh disiasat
Pesalah-pesalah dikenakan hukuman
Baru mereka sedar kekuasaan Allah s.w.t
Baru nasib 239 orang
Dalam
MH 370 dibela
Dengan adil dan saksama
Bila berdaulat hukum-hukum agama
Rakyat tiada lagi dianiaya
Sebenar-sebenarnya Allah Maha Kaya
Yang bertaqwa insyaAllah berjaya
Begitu juga usaha mencari
MH 370 berjaya




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014