Rabu, 26 September 2012

PANTUN PILIH YANG BISTARI



          Anak Serani pasang lukah
                   Dapat seekor ikan haruan
          Calon Pakatan kita pangkah
                   Mudah Putrajaya kita tawan


          Kapal belayar ke Tanjung Tuan
                   Angin baik belayar pulang
          Bila Putrajaya kita tawan
                   Dakwa saja gerombolan jembalang



          Dari Johor ke bandar Palembang
                   Nampak bertentang Pulau Sentosa
          Di sana sini rakyat bersembang
                   Elok Pakatan Rakyat berkuasa


          Limau purut limau lelong
                   Masak sebiji dibelah lima
          Jelajah Bas Merdeka dihalang
                   Oleh kumpulan jahil agama


          Ikan menghempas di atas dayung
                   Sisiknya jatuh tepi kemudi
          Perjalanan perasuah terhayung-hayung
                   Tektik samseng tak menjadi


          Telur itik di daun palas
                   Pecah sebiji semasa menetas
          Kebaikan Pakatan Rakyat balas
                   Letakkan pimpinan mereka di atas


          Jika tuan pandai menulis
                   Dakwat hitam bau kasturi
          Tolak saja parti Iblis
                   Ganti Pakatan yang bistari


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012

Selasa, 25 September 2012

BERFAEDAH TUKAR KERAJAAN





Bila kita ikut Perlembagaan Persekutuan
Tanda kita ada pelajaran
Tanda kita ada pengetahuan
Perlu diingat Perlembagaan Negara
Adalah undang-undang tertinggi di dalam negara
Negara kita Negara Persekutuan
Ada Kerajaan Pusat
Ada Kerajaan Negeri-negeri
Ada kewajipan masing-masing
Bila nak kalah pilihanraya
Baru pula bising
’Padah Tukar Kerajaan”
Ucapan penuh perasaan
Ucapan berupa ugutan
Tidak pula gentar Pakatan
Tidak pula gentar orang beriman
Rakyat perlu kuatkan setiakawan
Bertindaklah ikut Perlembagaan
Lihatlah
Perkara 10 Perlembagaan
Rakyat bebas
Berpersatuan
Berucap
Berhimpun secara aman
Boleh jadi ahli PAS
Boleh jadi ahli DAP
Boleh jadi  ahli ABU
Asal Bukan UMNO
Boleh berucap
Dengan tujuan memajukan demokrasi di Malaysia
Boleh berhimpun
Ikut gelombang Hijau
Ikut gelombang Kuning
Ikut gelombang Oren
Dengan kawalselia
Institusi-institusi awam
PDRM
SPR
SPRM
Semua ini dibawah perkara 132
Perlembagaan Negara 
Ada juga Jabatan Audit Negara

Yang takut yang salah saja
Yang takut yang korup saja
Yang takut yang menyalahguna kuasa
Boleh bertukar kuasa
Setelah PRU-13
Boleh dihukum yang zalim
Boleh dihukum penyalahgunakuasa
”demi masa sesungguhnya manusia itu berada
di dalam kerugian”
Yang rasuah
Yang menipu pilihanraya
Yang memberi Mykad kepada orang asing
Bila nak kalah kepalanya pusing
Bertukar kerajaan adalah berfaedah
Kecuali yang haram jadah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012 

Isnin, 24 September 2012

PANTUN KALAHKAN PARTI SYAITAN

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)




          Ikan duri memakan kail
                   Anak belukang dicelah batu
          Menumbangkan penzalim bukan mustahil
                   Rakyat marhaen kena bersatu


          Tengah padang memencak silat
                   Gong dipukul tabuh nobat
          Bila menang cara mengelat
                   Dalam kubur pasti disebat


          Bunga dedap kembang pagi
                   Jatuh sekuntum di tepi tangga
          Sokong syaitan tentulah rugi
                   Daripada rasuah membesarkan keluarga


          Kain batik benang sutera
                   Pakaian anak orang kaya
          Tuntutan Bersih tunaikan segera
                   Mudah Pakatan tawan Putrajaya


          Helang besar di dahan kayu
                   Ulat bergulung di atas dahan
          Malang nasib orang Melayu
                   Ikut parti melawan Tuhan


          Mayang terendam di pusat tasik
                   Pusat tasik tumbuh rambutan
          Di sana sini rakyat berbisik
                   Eloklah kalah parti syaitan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Sept2012