Rabu, 5 Ogos 2015

LAWAN TETAP LAWAN

“Lawan
Dan lawan lagi
Dan teruskan melawan”
Ucapan semangat dari seorang kawan
Bermula dengan nafsu amarah ditawan
Dengan Islam dan Iman
Bersumberkan As-Sunnah dan Al-Quran
Penuh dengan pengajaran
Perlu hanya kesungguhan
Ikut saja perintah Tuhan
Walaupun jasad dipenjarakan
Boleh lawan melalui tulisan
Dibantu dengan banyak pembacaan
Dari sejarah banyak cerita peperangan
Contoh terbaik Peperangan Badar
Baru kafir Quraish sedar
Selepas Perjanjian Hudaibiyah Khalid Al-Walid sedar
Amru Al-'Ash juga sedar
Nabi Muhammad pemimpin yang pintar
Melihatnya musuh terketar-ketar
Masa terus berputar
Kebenaran akan mengatasi kepalsuan
Pusat kekuasaan akan ditawan
Berganti kepura-puraan dengan keadilan
Lahir masyarakat kuat perasaan kemanusiaan
Negara kita pun aman.



HMS Abu Bakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan