Isnin, 29 April 2013

P 185 BATU SAPI




Parlimen P185
Kerusi Batu Sapi
Dengar ucapan Hamzah berapi-api
Segala halangan sedia dihadapi
Kemenangan di P185 bukanlah mimpi
Boleh jadi  ’realiti”
Boleh jadi kenyataan
Bila pengundi-pengundi ingat Tuhan
Bila pengundi-pengundi ikut Al-Quran
Mudah tolak calon parti perkauman
BTN menabur kuman
Membenci kaum Cina semahu-mahunya
Lupa Islam tidak membenarkannya
Lupa menyokong perkauman sempit berdosa
Ini kalilah rakyat guna kuasa
Mahu P.R berkuasa
Memegang pentadbiran negara di Putrajaya
Hamzah Abdullah berupaya
Berbahas dengan bernas di Dewan Rakyat
Orang Sandakan akan bangga
Dengan kebolehan Hamzah berhujjah di Dewan Rakyat
Menyedari ini
Bila datang hari mengundi
Pangkahlah calon bersimbolkan Bulan Purnama
Anda tentu dapat pahala
Nasib rakyat di Batu Sapi akan terbela
Dibawah kerajaan P.R yang berwibawa
Bersyukur kita kepada Allah Yang Maha Esa
Memberi P.R memerintah negara tercinta


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Apr2013






Tiada ulasan:

Catat Ulasan