Isnin, 5 November 2012

NASIHAT DUA HALA




Nasihat
Dari minda yang sihat
Betul niat
Niat untuk selamat di akhirat
Nasihat juga kepada korporat-korporat
Yang selalunya keparat
Bila berbicara kerjasama politik
Dengan PR jangan getek
Nasihat juga BN
Kerjasama dengan BN
MCA anti hudud
MCA benci syariat Islam
MIC hanya diam
Penasihat kena faham
55 tahun perasaan rakyat terpendam
Kayaraya golongan bangsawan
Dari ahli politik perkauman
Dari fahaman asobiyah
Cukup saja ”wasatiyah’
Rakyat tetap susah
Kos kehidupan meningkat
Gaji minima
Jauh panggang dari api
Marah kerjasama PAS dan DAP
Pihak ketiga terus mengapi-ngapi
Tapi
Rakyat tak peduli
Rakyat mahu perubahan
Perubahan di peringkat Persekutuan
Tentulah Pakatan
Terkejut parti syaitan
Undi Pos makan tuan
Dengan kehendak Tuhan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Nov2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan