Ahad, 7 Oktober 2012

SURAU AL-JAAMAIYAH TAMAN HIBURAN



Surau
Tempat masyarakat setempat berkumpul
Bersolat
Bermesyuarat
Untuk kebajikan rakyat
Bagi hal dunia untuk akhirat
Keropok lekor mudah dikerat
Selepas direbus boleh dimakan
Gunakan tulang empat kerat
Untuk melakukan kerja kebajikan
Majlis ilmu diadakan
Diajarkan
Ilmu Tauhid
Ilmu Fekah
Ilmu Tassauf
Ilmu Hadis
Ilmu Tafsir Al-Quran
Ilmu Sejarah
Baru minda orang Melayu cerah
Baru dengan Cina tidak marah-marah
Baru membenci rasuah
Baru tolak parti asobiyah
Kanak-kanak pakai kopiah
Ikut ayah solat berjemaah
Boleh berdakwah dengan tauliah
Dilakukan semata-mata kerana Allah
Boleh selesai banyak masalah
Masalah inflasi
Disebabkan korupsi
Disebabkan globalisasi
Ubatnya
Iman dan istiqamah
Sumber Al-Quran dan As-Sunnah
Diketahui oleh jemaah Surau Al-Jaamaiyah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1433/Okt2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan