Jumaat, 1 April 2011

PANTUN BUAT-BUAT TAK FAHAM



Hujan turun empangan pecah
Berlaku banjir di kawasan berdekatan
Rakyat didedah video lucah
Direstui oleh orang-orang besar berjawatan

Setiap pagi memijak lecah
Budaya hidup penoreh getah
Berdosa menonton video lucah
Para mufti tidak membantah

Dalam lecah ada pacat
Melekat di kaki semasa bersawah
Bila aqidah sudah cacat
Hidup mewah dengan rasuah

Pagi ke sawah menanam padi
Turun hujan basahlah baju
Bila terima nasihat Yahudi
Aktiviti mungkar dianggap maju

Pakai baju pergi ke masjid
Solat berjemaah setiap waktu
Melawan mungkar perlu mujahid
Betul aqidah mudah bersatu

Daripada padi jadi beras
Boleh dibeli di pasar malam
Bila aqidah menjadi teras
Baru selamat umat Islam

Beras dimasak jadi nasi
Nasi putih nasi beriani
Video seks suatu konspirasi
Menjatuhkan Anwar yang digeruni

Dari jauh orang berdehem
Tiba-tiba lokap terbuka
Lebam mata Anwar Ibrahim
Riwayat hidupnya penuh suka duka

Pisang abu pisang nangka
Tumbuh subur di tepi sawah
Senyuman Anwar berseri muka
Membuatkan gerombolan perasuah naik marah

Dari gua keluar kelawar
Datang kucing terus dibaham
Wira sebenar ialah Anwar
Datuk "T" tak faham-faham


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Apr2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan