Khamis, 4 November 2010

PANTUN UNTUK KEMENANGAN DI PRK DUN GALAS

Masak udang gulai tumis,
Makan bersama seisi keluarga,
Hari penentuan hari Khamis,
Undi PAS masuk syurga.

Udang ada berbagai jenis,
Udang Harimau Udang Galah,
Saranan Asri saranan sinis,
Supaya BN kurang masalah.

Guna galah mengait rambutan,
Dapat sebiji terus dimakan
Parti secular agen syaitan,
Syarikat Yahudi dijadikan rakan.

Mengail ikan di atas titi,
Dapat pula anak kura-kura,
Karut pendapat bekas mufti,
Anwar Ibrahim disuruh bersara.

Pokok rambutan daunnya rambang,
Berbuah lebat sehingga dahan
Parti secular eloklah tumbang,
Dr. Zul calon berkebolehan.

Imam Syafie rajin menulis,
Mengarang kitab duduk di kerusi,
Merapu saranan mantan Mufti Perlis,
Disuruhnya bersara wira reformasi.

Isi air dalam gelas,
Untuk diminum pengerusi majlis,
Semoga PAS menang di Galas,
Di Luh Mahfuz harap tertulis.

Tanam ubi tanam keladi,
Tanam pula di tepi paya,
Terima kasih para pengundi,
 Membantu Dr. Zul hingga Berjaya

Dari Sungai Besar ke Tanjung Bidara,
Berjalan pula ke mukim Beranang,
Apabila selesai undi dikira,
Diisytiharkan Dr. Zulkefli menang.

Kait rambutan guna galah,
Setelah dijolok jatuh ke tanah,
Bersyukur kita kepada Allah,
Memenangkan calon yang beramanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan