Rabu, 21 Oktober 2015

PANTUN ALLAH DISEMBAH

Ikan belida dibakar bara
Buat bekal anak ke sekolah
Harta benda bersifat sementara
Yang kekal hanya Allah

Buat bekal anak ke sekolah
Biasa bagi kanak-kanak miskin
Yang kekal hanya Allah
Kuat Tauhid bertambahlah yakin

Biasa bagi kanak-kanak miskin
Dari daerah luar bandar
Kuat Tauhid bertambahlah yakin
Kehebatan Allah barulah sedar

Dari daerah luar bandar
Terutama di Sarawak dan Sabah
Kehebatan Allah barulah sedar
Lima waktu Allah disembah

Terutama di Sarawak dan Sabah
Maju berada dalam Malaysia
Lima waktu Allah disembah
Baru bererti panjang usia

Maju berada dalam Malaysia
Pencetusnya Tengku Abdul Rahman
Baru bererti panjang usia
Beramal solih berasaskan iman

Pencetusnya Tengku Abdul Rahman
Anak raja Negeri Kedah
Beramal solih berasaskan iman
Baru rambut isteri tak terdedah

Anak raja Negeri Kedah
Menjadi Perdana Menteri pertama
Baru rambut isteri tak terdedah
Kesan memahami ajaran agama

Menjadi Perdana Menteri pertama
Maju negeri-negeri diMalaya
Kesan memahami ajaran agama
Dari Al-Quran dapat cahaya

Maju negeri-negeri diMalaya
Dikenali Persekutuan Tanah Melayu
Dari Al-Quran dapat cahaya
Asasnya ialah ajaran wahyu

Dikenali Persekutuan Tanah Melayu
Kuala Lumpur sebagai ibu negara
Asasnya ialah ajaran wahyu
Perintah Allah dibuat segera

Kuala Lumpur sebagai ibu negara
Putrajaya menjadi pusat pentadbiran
Perintah Allah dibuat segera

Dari Al-Quran dapat pengajaran


HMS ABU BAKAR



Selasa, 20 Oktober 2015

PANTUN SAMA-SAMA DAPAT

Petik pegaga di pagi hari
Pucuk paku letak dipara
Ilmu pengetahuan perlu dicari
Lakukan ibadat dengan segera

Pucuk paku letak dipara
Masak gulai cili padi
Lakukan ibadat dengan segera
Boleh menyekat kejahatan Yahudi

Masak gulai cili padi
Kegemaran orang Negeri Sembilan
Boleh menyekat kejahatan Yahudi
Sunnah Nabi jadikan amalan

Kegemaran orang Negeri Sembilan
Kaum lelaki suka merantau
Sunnah Nabi jadikan amalan
Pandai bersilat dan berkuntau

Kaum lelaki suka merantau
Berasal pula dari Sumatera
Pandai bersilat dan berkuntau
Menjadi alat penyelamat negara

Berasal pula dari Sumatera
Ramai berhijrah ke Tanah Melayu
Menjadi alat penyelamat negara
Agama yang berteraskan wahyu

Ramai berhijrah ke Tanah Melayu
Ada bermustautin di Negeri Sembilan
Agama yang berteraskan wahyu
Al-Quran petunjuk sepanjang jalan

Ada bermustautin diNegeri Sembilan
Ramai juga ke Pulau Pinang
Al-Quran petunjuk sepanjang jalan
Jasa Nabi tetap dikenang

Ramai juga ke Pulau Pinang
Berkahwin dengan India Muslim
Jasa Nabi tetap dikenang
Pengikutnya banyak yang alim

Berkahwin dengan India Muslim
Dikenali sebagai keturunan mamak
Pengikutnya banyak yang alim
Ada yang bertaraf ulamak

Dikenali sebagai keturunan mamak
Termashur Doktor Mahathir Mohamed
Ada yang bertaraf ulamak
Diingat hingga hari kiamat

Termashur Doktor Mahathir Mohamed
Perdana Menteri yang ke empat
Diingat hingga hari kiamat
Kemajuan ekonomi sama-sama dapat


HMS ABU BAKAR


Isnin, 19 Oktober 2015

PANTUN MALAS MEMBACA

Bersarang rendah burung tempua
Ditiup angin terus bergoyang
Bila parti bertambah tua
Sedar kuasa akan melayang

Ditiup angin terus bergoyang
Sarang burung masih bergayut
Sedar kuasa akan melayang
Dalam penjara kekal merungut

Sarang burung masih bergayut
Makan padi hinggap disawah
Dalam penjara kekal merungut
Disabit kesalahan kerana rasuah

Makan padi hinggap disawah
Balik ke sarang waktu petang
Disabit kesalahan kerana rasuah
Membayar bunga ke atas hutang

Balik ke sarang waktu petang
Anak burung membuka mulut
Membayar bunga ke atas hutang
Pengundi kampung jarang belut

Anak burung membuka mulut
Membawa makanan ibu burung
Pengundi kampung jarang belut
Minda mereka lama terkurung

Membawa makanan ibu burung
Sehingga anak boleh terbang
Minda mereka lama terkurung
Menyebabkan penzalim susah tumbang

Sehingga anak boleh terbang
Memakan masa tidaklah lama
Menyebabkan penzalim susah tumbang
Penjawat Awam memberi kerjasama

Memakan masa tidaklah lama
Diketahui Biro Tata Negara
Penjawat Awam memberi kerjasama
Dosa hanya belakang kira

Diketahui Biro Tata Negara
Masyarakat Melayu mudah lupa
Dosa hanya belakang kira
Nasib diakhirat tentulah papa

Masyarakat Melayu mudah lupa
Ilmu agama sangat cetek
Nasib diakhirat tentulah papa
Di dunia ditipu ahli politik

Ilmu agama sangat cetek
Membaca pula cukup malas
Di dunia ditipu ahli politik
Dianggap semua tindakan ikhlas


HMS ABU BAKAR


Ahad, 18 Oktober 2015

SELAMAT HARI LAHIR KE 28 TAHUN

Hari Ahad
18 Oktober 2015
Genap umur Fazilah Masayu Binti Kalamudin 28 tahun
Kepada Allah terus memohon
Diberi:-
Kesihatan badan
Diwaraskan fikiran
Ambil segala pengajaran
Dari detik-detik kehidupan
Elok ingatkan Tuhan
Diatas segala pemberian
Ini diketahui Ayu
Menjaga kedai Maria dengan amanah
Dari pendapatan
Banyak dibelanja makanan kucing
Minatnya terhadap kucing lebih dari yang lain
Suka pula minum teh susu ais
Biasanya Ayu bertudung
Kadang-kadang terbuka juga
Mungkin tak sengaja
Allah tetap dipuja
Urusan kerja tetap dijaga
Inilah Ayu orangnya
Tiada cita-cita nak jadi kaya
Kalau ada suami elok juga
Tokeh kedai tempat bekerja senyum saja


HMS ABU BAKAR


HARIJADI KE 61 TAHUN

Hari Ahad
18 Oktober 2015
Hari lahir ke dunia Zainal Darus
Urusan dunia berjaya diurus
Seorang isteri
Lima orang anak
Lima orang cucu
Ahli sukan yang berjiwa agama
Memandu kereta dah lama
Dalam kereta suka bercakap
Memandu pula cukup cekap
Umur 61 tahun masih tegap
Ada cita-cita mulia
Tapi pencen cukup bayar bil api dan air
Bila berkawan tetap setia
Suka berbelanja rakan-rakan
Seorang yang dermawan
Ramai hati kaum hawa tertawan
Tapi hanya setakat berkawan
Inilah Zainal Darus
Seorang yang rajin dengar kuliah agama
Dalam jemaah Islamiah dia bersama
Semoga hidup lama


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 17 Oktober 2015

PANTUN TENTULAH LAYAK

Lemak belida santan kelapa
Goreng duri ulam pegaga
Dikatakan Melayu mudah lupa
Perasuah pula terlepas syurga

Goreng duri ulam pegaga
Cara memasak orang kampung
Perasuah pula terlepas syurga
Dosa mereka semacam terapung

Cara memasak orang kampung
Gulai tempoyak jadi pilihan
Dosa mereka semacam terapung
Tinggal suruhan buat tegahan

Gulai tempoyak jadi pilihan
Makan dengan sambal belacan
Tinggal suruhan buat tegahan
Banyak berlaku kerja bukan-bukan

Makan dengan sambal belacan
Keluar peluh dari muka
Banyak berlaku kerja bukan-bukan
Menanti saja azab dineraka

Keluar peluh dari muka
Dilap dengan sapu tangan
Menanti saja azab dineraka
Balasan membuat kerja larangan

Dilap dengan sapu tangan
Makan sehingga habis nasi
Balasan membuat kerja larangan
Kaya-raya dengan kerja korupsi

Makan sehingga habis nasi
Duduk termengah di tepi pintu
Kaya-raya dengan kerja korupsi
Inilah pimpinan kepala batu

Duduk termengah di tepi pintu
Ditiup angin terasa nyaman
Inilah pimpinan kepala batu
Puncanya ialah tandus iman

Ditiup angin terasa nyaman
Tiba-tiba dilaungkan azan zohor
Puncanya ialah tandus iman
Bidang politik cukup tersohor

Tiba-tiba dilaungkan azan zohor
Pergi ke masjid solat berjemaah
Bidang politik cukup tersohor
Sekali-sekali dengar ceramah

Pergi ke masjid solat berjemaah
Dapat pahala yang banyak
Sekali-sekali dengar ceramah
Menjadi pemimpin tentulah layak


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 16 Oktober 2015

21 INGATAN BERGUNA

“Bertaqwa kepada Allah”
Penyelesai masalah

“Bercakap benar”
Fikiran bersinar

“Menunaikan janji”
Allah saja dipuji
Dapat duit dari makan gaji
Tunaikanlah janji

“Melaksanakan amanah”
Dengan rasuah negara punah

“Meninggalkan sifat khianat”
Membaca jadikan minat
Dapat banyak maklumat

“Mengasihi anak yatim”
Hubungan dengan ulama akhirat intim

“Memelihara hak jiran tetangga”
Mudah ke syurga

“Menahan rasa marah”
Banyak faedah berhijrah
Kepada Allah berserah
Banyak pelajaran dari sejarah

“Berlembut ketika bercakap”
Menipu rakyat puak penzalim cekap

“Memberi ucapan salam”
Banyak faedah solat malam
Dengan zikir kuat hati didalam
Kapal penzalim akan tenggelam
“Sentiasa bersama iman”
Semasa solat hendaklah berjemaah
Pahalanya bertambah
Mendatangkan kekuatan kepada ummah

“Memperdalami ilmu-ilmu Al-Quran”
Penuh dengan pengajaran
Yang beriman mendapat kejayaan

“Cintakan akhirat”
Pelanduk lupakan jerat

“Bimbang terhadap hari perhitungan”
Buat suruhan tinggalkan larangan

“Memendekkan cita-cita”
Lakukan apa yang dikata
Dalam kubur menjadi pelita
Membawa sukacita

“Melakukan amal-amal baik”
Kesan GST harga barang-barang naik

“Jangan memaki-hamun sesama Muslim”
Jadilah seorang yang alim
Lihat saja Imam Syafie
Ilmunya berguni-guni
Menentang penzalim dia berani

“Jangan mempercayai orang yang suka bohong”
Bila memimpin selalu serong

“Mendustai orang yang benar”
Ini tanda hatinya keras
Nasib rakyat selalu diperas
Kos kehidupan meningkat
Lain kali jangan angkat
Menumbangkan mereka kena berpakat

“Menyanggah pemerintah yang adil”
Tanda jiwanya kerdil

“Melakukan kerosakan-kerosakn di muka bumi ini”
Takut pula kepada bini
Ikut ke sana sini
Rambut tededah macam Jane
Tapi bukan Nasrani
Jauh dari masyarakat madani


HMS ABU BAKAR


Khamis, 15 Oktober 2015

PANTUN RAJIN MEMBACA

Ikan keli ikan puyu
Mudah membiak dalam sawah
Mari kembalikan maruah Melayu
Semarakkan Islam melalui dakwah

Mudah membiak dalam sawah
Berbagai jenis ikan darat
Semarakkan Islam melalui dakwah
Jadi ringan perkara berat

Berbagai jenis ikan darat
Haruan, sepat dan keli
Jadi ringan perkara berat
Dengan jihad syurga dibeli

Haruan, sepat dan keli
Senang dapat dengan menjala
Dengan jihad syurga dibeli
Betul aqidah mendatangkan pahala

Senang dapat dengan menjala
Bila berlebihan boleh dijual
Betul aqidah mendatangkan pahala
Rezeki diperolehi semuanya halal

Bila berlebihan boleh dijual
Menambahkan pendapatan seisi keluarga
Rezeki diperolehi semuanya halal
Menyediakan tapak untuk ke syurga

Menambahkan pendapatan seisi keluarga
Inilah cara hidup petani
Menyediakan tapak untuk ke syurga
Mudah melalui masyarakat madani

Menyediakan tapak untuk ke syurga
Ilmu pengetahuan menjadi asasnya
Mudah melalui masyarakat madani
Kuat iman insyaallah berjaya

Ilmu pengetahuan menjadi asasnya
Beramal ikut sunnah Nabi
Kuat iman insyaallah berjaya
Walaupun syaitan menyerang bertubi-tubi

Beramal ikut sunnah Nabi
Sumber utama ialah Quran
Walaupun syaitan menyerang bertubi-tubi
Golongan beriman mendapat kejayaan

Sumber utama ialah Quran
Disuruh umat rajin membaca
Golongan beriman mendapat kejayaan
Sabar menghadapi berbagai cerca

Disuruh umat rajin membaca
Dapat maklumat yang berguna
Sabar menghadapi berbagai cerca
Generasi Quran terus dibina


HMS ABU BAKAR



Rabu, 14 Oktober 2015

1 MUHARRAM 1437 HIJRAH

Satu Muharram
Jatuh hari Rabu
Teringat pengorbanan ayah dan ibu
Berpuluh-puluh tahun yang lalu
Berdoa untuk kesejahteraan mereka tetap dilakukan selalu
Semoga Allah merahmati mereka dialam sebelah sana
Tanpa Islam orang Melayu tetap hina
Biarpun perhimpunan baju merah didatangi beribu-ribu manusia
Tanpa beramal soleh kehidupan tetap sia-sia
Oleh itu renungilah puisi saya
Temanya
“Berdakwah melalui puisi”
Wang RM2.6 bilion tetap korupsi
Walaupun perut diisi
Kehidupan tetap tanpa visi
Berubahlah diri
Lengkapkan diri dengan ilmu agama
Sedar kehidupan didunia bukanlah lama
Sesama manusia elok berkerjasama
Seperti Aus dan Khasraj
Kemudian bergelar “Al-Ansar”
Membantu golongan Muhajirin
Setelah hijrah Nabi s.a.w
Ditemani Abu Bakar As-Sidiq
Keempat-empat Khulafah Rashideen memang cerdik
Generasi Al-Quran dididik
Rom dan Parsi tumbang
Keburukan rejim rasuah ramai rakyat bersembang-sembang
Satukan jiwa-jiwa hijrah ini dengan tauhid
Dipimpin oleh betul-betul mujahid
Bercita-cita mati syahid


HMS ABU BAKAR


PANTUN TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

Ikan keli ikan puyu
Diantara berbagai ikan darat
Mantapkan Teras Pengupayaan Melayu
Menjadi bekalan di hari hairat

Diantara berbagai ikan darat
Mudah membiak dalam sawah
Menjadi bekalan di hari hairat
Mengembangkan Islam melalui dakwah

Mudah membiak dalam sawah
Termasuk sepat dan haruan
Mengembangkan Islam melalui dakwah
Sumber utamanya ialah Quran

Termasuk sepat dan haruan
Boleh dikail dengan mudah
Sumber utamanya ialah Quran
Pergi ke Mekah melalui Jeddah

Boleh dikail dengan mudah
Gunakan cacing sebagai umpan
Pergi ke Mekah melalui Jeddah
Beribadatlah untuk masa hadapan

Gunakan cacing sebagai umpan
Cara tradisional menangkap ikan
Beribadatlah untuk masa hadapan
Sunnah Nabi terus diamalkan

Cara tradisional menangkap ikan
Sumber protein untuk keluarga
Sunnah Nabi terus diamalkan
Diakhirat dibalas dengan syurga

Sumber protein untuk keluarga
Badan sihat mudah bekerja
Diakhirat dibalas dengan syurga
Beribadat untuk Allah saja

Badan sihat mudah bekerja
Wanita muda pula bersukan
Beribadat untuk Allah saja
Diakhirat bidadari jadi rakan

Wanita muda pula bersukan
Menutup aurat kelihatan anggun
Diakhirat bidadari jadi rakan
Melayan suami dengan tekun

Menutup aurat kelihatan anggun
Mewakili negara diSukan ASEAN
Melayan suami dengan tekun
Sehingga pasangan dapat kepuasan

Mewakili negara diSukan ASEAN
Diadakan di ibu negara Indonesia
Sehingga pasangan dapat kepuasan
Jadilah Teras panjang usia


HMS ABU BAKAR