Rabu, 16 September 2015

PANTUN RAMAI MENYOKONG

Anak kera berasa rimas
Buah pahit disangka nangka
Pemimpin korup sekarang cemas
Rakyat tetap menaruh prasangka

Buah pahit disangka nangka
Bila dikunyah terus dibuang
Rakyat tetap menaruh prasangka
Bersih 4.0 wadah berjuang

Bila dikunyah terus dibuang
Cuba pula pokok cempedak
Bersih 4.0 wadah berjuang
Semangat reformasi terus meledak

Cuba pula pokok cempedak
Tumbuh segar ditepi hutan
Semangat reformasi terus meledak
Jadikan ukhuwah sebagai ikatan

Tumbuh segar ditepi hutan
Berbagai pokok tumbuh menghijau
Jadikan ukhuwah sebagai ikatan
Walaupun sepanjang jalan beranjau

Berbagai pokok tumbuh menghijau
Terdapat buluh di lereng bukit
Walaupun sepanjang jalan beranjau
Semangat juang tetap diungkit

Terdapat buluh dilereng bukit
Boleh digunakan berbagai tujuan
Semangat juang tetap diungkit
Sehingga Bersih mencapai kejayaan

Boleh digunakan berbagai tujuan
Diantaranya boleh membuat belat
Sehingga digunakan berbagai tujuan
Baru pilihanraya bebas mengelat

Diantaranya boleh membuat belat
Digunakan pula menangkap ikan
Baru pilihanraya bebas mengelat
Rejim zalim boleh dikalahkan

Digunakan pula menangkap ikan
Pasang belat di tepi pantai
Rejim zalim boleh dikalahkan
Berdemonstrasi dijalanraya secara santai

Pasang belat di tepi pantai
Waktu surut kutip ikan
Berdemontrasi di jalanraya secara santai
Akhir Ogos telah dibuktikan

Waktu surut kutip ikan
Boleh dijual kepada pemborong
Akhir Ogos telah dibuktikan
Beratus ribu datang menyokong


HMS ABU BAKAR



Selasa, 15 September 2015

PANTUN DOA ORANG BAWAH

Bunga raya pokok kemboja
Sama senduduk di laman jiran
Melihat kuning hati teruja
Penzalim pula berasa hairan

Sama senduduk dilaman jiran
Di atas rumput duduk bersembang
Penzalim pula berasa hairan
Takut-takut kerajaan akan tumbang

Di atas rumput duduk bersembang
1MDB jadi isu hangat
Takut-takut kerajaan akan tumbang
Tentulah rugi amat sangat

1MDB jadi isu hangat
Berbilion-bilion duit lesap
Tentulah rugi amat sangat
Rakyat hanya dapat asap

Berbilion-bilion duit lesap
Ada seorang akaunnya besar
Rakyat hanya dapat asap
Dengan GST bertambah gusar

Ada seorang akaunnya besar
Tiba-tiba ada RM2.6 bilion
Dengan GST bertambah gusar
Bila agaknya nak turun

Tiba-tiba ada RM2.6 bilion
Isteri pula kelihatan ceria
Bila agaknya nak turun
Bila kalah dalam pilihanraya

Isteri pula kelihatan ceria
Apa diminta dikabulkan suami
Bila kalah dalam pilihanraya
Baru ekonomi kronisma dibasmi

Apa diminta dikabulkan suami
Harga cincin berjuta-juta ringgit
Baru ekonomi kronisma dibasmi
Melalui demonstrasi rakyat menggigit

Harga cincin berjuta-juta ringgit
Dandan rambut pun beribu ringgit
Melalui demonstrasi rakyat menggigit
Dosa penzalim hingga ke langit

Dandan rambut pun beribu ringgit
Suka tinggal di hotel mewah
Dosa penzalim hingga ke langit
Menjatuhkannya doa orang di bawah

Suka tinggal di hotel mewah
Bila melancong ke luar negara
Menjatuhkannya doa orang dibawah
Harap-harap berlaku dengan segera


HMS ABU BAKAR


Isnin, 14 September 2015

SEMARAKKAN SLOGAN SEHATI, SEJIWA

Sehati sejiwa
Suatu tema peringkatan ulangtahun ke 58 negara kita merdeka
Rakyat kampung tetap berduka-cita
Tak ada harta
GST pula merata-rata
Beli barang tentu kena
Dari duit RM2.6 bilion kekuatan politik dibina
Menipu rakyat tetap kerja hina
Kewujudan Bersih 4.0 berguna
Menyedarkan rakyat jelata
Bahaya kepada negara
Oleh itu bertindaklah segera
Dosa pahala tetap diambil kira
Kehidupan berteraskan agama
Bukan hanya pada nama
Bukan hanya pada tema
“Sehati Sejiwa”
Dalam kubur dosa pahala dibawa
Manusia jenis Firaun kecewa
Manusia jenis Hamman kecewa
Manusia jenis Qarun kecewa
Menyedari bahaya gandingan
Firaun, Hamman dan Qarun berbahaya
Kena ubah suasana
Bersihkn setiap jiwa
Dengan semangat sehati sejiwa
Sokong pimpinan berwibawa
Dari kalangan berbagai bangsa
Teruskan usaha
Demontrasi aman
Berwarna kuning
Penguasa zalim sedang pening
Terlepas
Kelantan, Selangor dan Penang
Selepas ini
Giliran Putrajaya pula
Usaha mendapatkannya berpahala
Semarakkan ke dalam jiwa
“Sehati Sejiwa”


HMS ABU BAKAR






Ahad, 13 September 2015

PANTUN PERANAN BAHASA

Warna merah bunga ros
Tumbuh subur dalam taman
Ekonomi negara kena diurus
Dengan ilmu dan pengalaman

Tumbuh subur dalam taman
Jadi tarikan pelancong Barat
Dengan ilmu dan pengalaman
Berfaedah di dunia dan akhirat

Jadi tarikan pelancong Barat
Terdiri ramai warga Eropah
Berfaedah di dunia dan akhirat
Bila mengajar tanpa upah

Terdiri ramai warga Eropah
Boleh bertutur berbagai bahasa
Bila mengajar tanpa upah
Berkebajikan bila pegang kuasa

Boleh bertutur berbagai bahasa
Di antaranya Perancis dan Inggeris
Berkebajikan bila pegang kuasa
Sehingga hati syaitan terguris

Dia ntaranya Perancis dan Inggeris
Dua kuasa besar di Eropah
Sehingga hati syaitan terguris
Melihat maksiat terasa menyampah

Dua kuasa besar di Eropah
Menguasai banyak acara sukan
Melihat maksiat terasa menyampah
Ilmu yang ada diamalkan

Menguasai banyak acara sukan
Bola sepak dan ragbi
Ilmu yang ada diamalkan
Membaca Quran semacam hobi

Bola sepak dan ragbi
Terkenal diEngland dan Australia
Membaca Quran semacam hobi
Baru hidup manusia mulia

Terkenal diEngland dan Australia
Bahasa rasminya ialah Inggeris
Baru hidup manusia mulia
Hanya hati syaitan terguris

Bahasa rasminya ialah Inggeris
Menjadi bahasa kedua di Malaysia
Hanya hati syaitan terguris
Bila beriman ramai manusia

Menjadi bahasa kedua di Malaysia
Resit GST semuanya Inggeris
Bila beriman ramai manusia
Jualan sejadah jadilah laris


HMS ABU BAKAR





Sabtu, 12 September 2015

PANTUN DI AKHIRAT SELAMAT

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Setiap pejuang menaruh harapan
Generasi kemudian akan tahu

Buah keranji dalam perahu
Menyeberangi sungai bayar tambang
Generasi kemudian akan tahu
Rejim zalim akhirnya tumbang

Menyeberangi sungai bayar tambang
Sebelum jambatan siap dibina
Rejim zalim akhirnya tumbang
Usaha tarbiyah sangat berguna

Sebelum jambatan siap dibina
Sulit pelajar hendak ke sekolah
Usaha tarbiyah sangat berguna
Rakyat sedar kewujudan Allah

Sulit pelajar hendak ke sekolah
Beratur menaiki sampan tambang
Rakyat sedar kewujudan Allah
Banyak berzikir dari bersembang

Beratur menaiki sampan tambang
Perlu wujud sifat sabar
Banyak berzikir dari bersembang
Dengannya mudah dakwah tersebar

Perlu wujud sifat sabar
Terutama yang ingin menyeberang
Dengannya mudah dakwah tersebar
Payahlah musuh hendak menyeberang

Terutama yang ingin menyeberang
Sekolah buka sebelum lapan
Payahlah musuh hendak menyeberang
Dengan Islam menaruh harapan

Sekolah buka sebelum lapan
Berebut-rebut pelajar menaiki sampan
Dengan Islam menaruh harapan
Walaupun belajar disekolah papan

Berebut-rebut pelajar menaiki sampan
Menyedari pelajaran adalah penting
Walaupun belajar disekolah papan
Jarang sekali yang ponteng

Menyedari pelajaran adalah penting
Membaca buku dijadikan hobi
Jarang sekali yang ponteng
Walaupun godaan datang bertubi-tubi

Membaca buku dijadikan hobi
Bertambah ilmu dan maklumat
Walaupun godaan datang bertubi-tubi
Penting sekali di akhirat selamat



HMS ABU BAKAR






Jumaat, 11 September 2015

PANTUN BERUSAHA MENGGIGIT

Tanah gambut di hujung desa
Tanam halia dipagi hari
Ulama akhirat menabur jasa
Menghasilkan kitab penuh almari

Tanam halia di pagi hari
Tumbuh subur tanpa baja
Menghasilkan kitab penuh almari
Kerana Allah melakukan kerja

Tumbuh subur tanpa baja
Jenis buluh di antara contohnya
Kerana Allah melakukan kerja
Pahala banyak tanda berjaya

Jenis buluh di antara contohnya
Masak lemang sebelum Hariraya
Pahala banyak tanda berjaya
Beriman pula yang kaya-raya

Masak lemang sebelum Hariraya
Menjadi kebiasaan orang kampung
Beriman pula yang kaya-raya
Masalah kemiskinan mereka tampung

Menjadi kebiasaan orang kampung
Solat berjemaah setiap waktu
Masalah kemiskinan mereka tampung
Jadilah masyarakat disitu bersatu

Solat berjemaah setiap waktu
Dilakukan dari zaman dahulu
Jadilah masyarakat disitu bersatu
Menipu rakyat mereka malu

Dilakukan dari zaman dahulu
Bergotong royong di hari perkahwinan
Menipu rakyat mereka malu
Disinilah ulama memainkan peranan

Bergotong royong di hari perkahwinan
Dapat menjimat kos perbelanjaan
Disinilah ulama memainkan peranan
Dengan menyebarkan ilmu pengetahuan

Dapat menjimat kos perbelanjaan
Terutama nilai ringgit turun
Dengan menyebarkan ilmu pengetahuan
Sedar bahaya ekonomi Qarun

Terutama nilai ringgit turun
Punca utama banyak rasuah
Sedar bahaya ekonomi Qarun
Rakyat bawahan yang susah

Punca utama banyak rasuah
Terima hadiah berbilion ringgit
Rakyat bawahan yang susah
Bersih 4.0 berusaha menggigit


HMS ABU BAKAR





Khamis, 10 September 2015

PANTUN BERUNTUNG RAKYAT

Jambu batu di hujung desa
Disebelah kanan ulam raja
Imam Syafie banyak berjasa
Mengarang kitab senang saja

Disebelah kanan ulam raja
Makan dengan sambal belacan
Mengarang kitab senang saja
Hak cipta tidak dikenakan

Makan dengan sambal belacan
Selera naik bertambah nasi
Hak cipta tidak dikenakan
Dakwah berkembang sebagai misi

Selera naik bertambah nasi
Sehingga kenyang baru berhenti
Dakwah berkembang sebagai misi
Menjadi modal bila mati

Sehingga kenyang baru berhenti
Pinggan dibasuh serta merta
Menjadi modal bila mati
Dialam akhirat tentulah sukacita

Pinggan dibasuh serta merta
Dijemur di pangkin di luar rumah
Dialam akhirat tentulah sukacita
Semasa hidup menguatkan jemaah

Dijemur di pangkin di luar rumah
Ibu ayam sedang mengeram
Semasa hidup menguatkan jemaah
Golongan asobiyah menjadi seram

Ibu ayam sedang mengeram
Dalam reban di tepi dapur
Golongan asobiyah menjadi seram
Melihat Bersih mereka mengelupur

Dalam reban di tepi dapur
Ayam jantan mencari makanan
Melihat Bersih mereka mengelupur
Semangat reformasi memainkan peranan

Ayam jantan mencari makanan
Datang betina terus dilonjat
Semangat reformasi memainkan peranan
Menguasai Putrajaya sebagai hajat

Datang betina terus dilonjat
Setelah selesai menghilangkan diri
Menguasai Putrajaya sebagai hajat
Beramanah ahli Jemaah Menteri

Setelah selesai memghilangkan diri
Perlakuan ayam dis ebelah pagi
Beramanah ahli Jemaah Menteri
Barulah rakyat tidak rugi


HMS ABU BAKAR





Rabu, 9 September 2015

PANTUN BANYAKKAN TAUBAT

Ikan kembung ikan pari
Dua jenis ikan laut
Jangan suka tuding jari
Anak sendiri akan ikut

Dua jenis ikan laut
Mudah ditangkap dengan pukat
Anak sendiri akan ikut
Dengan ilmu kehidupan pun berkat

Mudah ditangkap dengan pukat
Menambah modal membeli kapal
Dengan ilmu kehidupan pun berkat
Kuat gigi makan epal

Menambah modal membeli kapal
Kapal nelayan dilautan dalam
Kuat gigi makan epal
Sihat badan menguatkan Islam

Kapal nelayan dilautan dalam
Tangkapan ikan juga banyak
Sihat badan menguatkan Islam
Pilih pimpinan yang layak

Tangkapan ikan juga banyak
Berminggu-minggu berada dilaut
Pilih pimpinan yang layak
Dengan rakyat hati terpaut

Berminggu-minggu berada dilaut
Anak isteri mendoakan saja
Dengan rakyat hati terpaut
Setiap masa Allah dipuja

Anak isteri mendoakan saja
Isnin Khamis puasa sunat
Setiap masa Allah dipuja
Kerja maaruf cukup berminat

Isnin Khamis puasa sunat
Qiamullail pula diwaktu malam
Kerja maaruf cukup berminat
Niat bersih menguatkan Islam

Qiamullail pula diwaktu malam
Solat subuh tetap berjemaah
Niat bersih meguatkan Islam
Sumber utama ialah sunnah

Solat subuh tetap berjemaah
Balik ke rumah sarapan pagi
Sumber utama ialah sunnah
Baru diakhirat tidak rugi

Balik ke rumah sarapan pagi
Selepas itu kerja dipejabat
Baru diakhirat tidak rugi
Mengkoreksi diri dengan bertaubat



Selasa, 8 September 2015

PANTUN ALLAH DIPUJA

Ikan setoka beli dipasar
Ikan belida si ikan duri
Bila Presiden parti tersasar
Keredhaan Allah susah dicari

Ikan belida si ikan duri
Beri makan kepada kucing
Keredhaan Allah susah dicari
Bila hati ketua runsing

Beri makan kepada kucing
Direbut oleh yang jantan
Bila hati ketua runsing
Diambil kesempatan oleh syaitan

Direbut oleh yang jantan
Kucing betina tempat mengawan
Diambil kesempatan oleh syaitan
Peserta-peserta Bersih yang melawan

Kucing betina tempat mengawan
Setahun sekali dapat anak
Peserta-peserta Bersih yang melawan
Warna kuning dipandang enak

Setahun sekali dapat anak
Pembiakan kucing agak perlahan
Warna kuning dipandang enak
Tanda rakyat ingin perubahan

Pembiakan kucing agak perlahan
Berbeza pula dengan anjing
Tanda rakyat ingin perubahan
Sedikit-sedikit sama-sama dijinjing

Berbeza pula dengan anjing
Boleh dilatih menjaga rumah
Sedikit-sedikit sama-sama dijinjing
Kesan hadir di banyak ceramah

Boleh dilatih menjaga rumah
Perlu hanya berikan makanan
Kesan hadir di banyak ceramah
Perubahan pemikiran jadi keutamaan

Perlu hanya berikan makanan
Tugas diberi akan dijalankan
Perubahan pemikiran jadi keutamaan
Baru penzalim mudah ditumbangkan

Tugas diberi akan dijalankan
Dengan memuaskan hati majikan
Baru penzalim mudah ditumbangkan
Akan wujud negara berkebajikan

Dengan memuaskan hati majikan
Hasil kerjasama kesatuan sekerja
Akan wujud negara berkebajikan
Dalam hati Allah dipuja


HMS ABU BAKAR