Jumaat, 4 Mei 2012

PANTUN PEMBELA RAKYAT

Kebajikan rakyat diutamakan


Rumah tinggi tingkap kerawang
   Anjung jarak rumah ganti
Umat Islam disuruh berjuang
   Dengan iman yang sejati

Rumah besar tingkap lima
   Kebun seberang tanam selasih
Dalam jemaah kita bersama
   Tentulah dengan hati bersih

Cacak galah ditempuh arus
   Perahu Acheh di Singora
Elok tazkirah semasa walimatulurus
   Inilah dakwah secara segera

Selasih di padang saya tugalkan
   Makan kambing dahan patahkan
Politik asobiyah mari korbankan
   Tahalul siyasi kita laksanakan

Habis padi rumput bakar
   Malam anak pulang mengaji
Jadikan Tauhid sebagai akar
   Baru Allah sentiasa dipuji

Padi lingga kedua lingga
   Ketiga dengan kuku balam
Terimalah tawaran Buku Jingga
   Isinya sesuai dengan Islam

Dari laut singgah ke Tanjung
   Nampak dari tengah laut
Nabi Muhammad hendaklah disanjung
   Sunnahnya pula kita ikut

Sirih kuning di atas kota
   Batang ramunia dikerat-kerat
Tolak gerombolan suka berdusta
   Budaya mereka lupakan akhirat

Batang serai dalam raga
   Burung terkukur atas pagar
Nasib rakyat mesti dijaga
   Dengan menghapuskan miskin tegar

Sutera ini sutera gulungan
   Sutera biru pembalut kaca
Buatlah suruhan tinggallah larangan
   Dilakukan setelah Quran dibaca

Kerbau jantan raduk ke baruh
   Singgah merentas sawah padi
Dengan zikir kuatlah roh
   Mudah hadapi balaci Yahudi

Anjing menepis digaruk kucing
   Tanam selasih di tepi telaga
Orang Cina menolak 'dacing'
   Terima tawaran Buku Jingga

Air mawar dalam gelas
   Persembah anak raja perempuan
Tawaran Pakatan tawaran ikhlas
   Ini disuruh oleh Al-Quran

Bikin masjid di tanjung Tuan
   Atap ijuk bertalang timah
Bila Putrajaya berjaya ditawan
   Ditadbir oleh pimpinan berhemah

Layang-layang terbang rendah
   Terbang ke perdu makan padi
Sokong pakatan banyak faedah
   Pimpinannya berakhlak dan berbudi

Mayang pinang di atas balai
Bermain anak raja seberang
Pimpinan sekular selalu lalai
Fikiran mereka hanya wang

Sapu tangan panca pelangi
   Mari dilipat muka pintu
Sokong penzalim di akhirat rugi
   Menumbangkan mereka kena bersatu

Pilih pulut bercampur padi
Selasih ada di tepi telaga
Empat negeri Pakatan berbudi
Nasib rakyat tetap dijaga

Saputangan warna merah
   Hilang terlipat di balik pintu
Kepada Allah kita berserah
   Dengan keadilan rakyat bersatu

Dekat selasih merak melayang
   Mata kucing dalam talam
Kepada umat Nabi sayang
   Membawa kebenaran melalui Islam

Sapu tangan tepi beranda
   Pakaian anak orang berbangsa
Janji Jingga bukan propaganda
   Membuat kebajikan bila berkuasa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Khamis, 3 Mei 2012

SELAMAT HARIJADI KE 27 SITI AISHAH



Pada
3 Mei 2012
Genap
Umur Siti Aishah Sheikh Ismail
27 tahun
Semoga sihat walafiat
Semoga terus berjuang
Menentang kezaliman
Dengan pertambahan ilmu
Dengan kecerahan ilmu pengetahuan
Dengan merujuk kepada Al-Quran
Daripadanya dapat pengajaran
Menanti kejayaan
Dengan izin Allah S.W.T
Dengan memperbanyakkan selawat
Bila jiwa kuat
Bila ingat akujanji sewaktu solat
Insyaallah selamat
Daripada buaya darat
Daripada manusia keparat
Dibersihkan dengan niat
Dengan iman dan istiqamah
Berteraskan aqidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Wahai Allah!
Lindungilah Siti Aishah
Mengembelingkan srikandi ke jalan
Keselamatan
Dunia dan akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Rabu, 2 Mei 2012

KOMPLOT 3 SEGI



Komplot 3 segi zaman silam
Segi pertama dalam laut Firaun tenggelam
Segi kedua rakan kroni mega
Qarun ditelan bumi
Segi ketiga pembodek terulung
Haman
Penjawat awam yang korup
Mahu gaji jusa dinaikkan
Berpuluh ribu
Di meja judi semua jadi abu
Di padang golf suka bertaruh
Melihat aktres jelita hati pun gemuruh
Sekali lalu
Berani bayar RM ratusan ribu
Diketahui Mat Sabu
Penceramah
Menggegarkan perasuah-perasuah
Gentar penjawat-penjawat awam yang rasuah
Tenaga pembeli rakyat bawah
Lemah
Disebabkan inflasi
Disebabkan korupsi
Mahu jatuhkan DSAI melalui konspirasi
Ketahanan Anwar diakui hebat
Tersenyum Hang Jebat
Takut Najib berdebat
Anwar kata
Najb boleh bawa RKP
Najib boleh bercakap 20 minit
Raja Kamaruddin Putra pun 20 minit
Debat agong ini
Terbukti Anwar Ibrahim berani
Anwar bersih hati
Kepimpinannya berkualiti
Kerusi PM hanya menanti
Sedia berbakti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Selasa, 1 Mei 2012

ULANG TAHUN KE 5 KULIAH DHUHA




Hari ini
9 Jamadilakhir 1433H
Bersamaan 1 Mei 2012
Genaplah
Madrasah Kuliah Dhuha 5 tahun
Daripada Allah kita memohon
Supaya rahmat Allah turun
Kepada
Pengikut tegar Kuliah Dhuha
Dalam iman dan istiqamah
Kepada Ustaz Wan Ahmad Tarmizi diucapkan tahniah
Bersusah payah
Mengajar agama
Kepada pesara-pesara
Kepada suri rumahtangga
Yang cintakan agama
Membantu ulamak tugas kita bersama
Menyedarkan kita kebaikan beragama
Menyebarkan ilmu agama
Cukup berguna
Tanpa ilmu dan iman Melayu hina
Ditipu oleh golongan bangsawan
Dengan slogan
"Ketuanan Melayu"
Sejak 54 tahun semuanya layu
Disebabkan meminggirkan ajaran wahyu
Tahniah Ustaz Wan yang prihatin
Di atas pandangan jauh beliau
Kita yang hadir lebih mengenali Islam
Benar slogan "Islam Untuk Semua"
Benarlah
"Agama yang diredhai Allah ialah Islam"
Kuatkanlah dengan solat malam
Usaha para munafik akan tenggelam
Seperti kapal Titanic di lautan dalam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

TAHNIAH YANG IKUT SERTA



BERSIH 3.0
Berhimpun di Kuala Lumpur
Bangsawan keduniaan mengelupur
Melihat ratusan ribu rakyat
Berbaju kuning
Bapak penyamum pening
Lari ke Kuching
PRU-13 hadapi suasana genting
Mahkamah di Paris menanti saja
Keadilan akan dibuktikan
Duit komisen terus dimakan
Lupakan Larporan Audit Negara
Rompak khazanah negara
Secara segera
Selepas PRU-13 menanti penjara
Baru sedar
Dunia ini luas
Baru sedar
Allah itu Maha Kuasa
Terima kasih
Wahai Allah
BERSIH 3.0 telah berjaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Isnin, 30 April 2012

IKUT SERTA BERSIH 3.0


Klik sini...untuk Galeri Foto seterusnya.

TUJUAN BERSIH

Manusia dicipta dengan sebail-baik kejadian oleh Tuhan yang bersifat Ar-Rahman
Awal-awal agama mengenai Tuhan
Tuhan pencipta sekelaian alam
Manusia mulia kerana ada ilmu pengetahuan
Ilmu mengenal Tuhan Yang Maha Mengetahui
Tuhan mengetahui kelemahan manusia
Manusia memerlukan Tuhan yang bersifat Maha Penyayang
Diajar manusia cara sembahyang
Daripada solat dibimbinh manusia ke jalan yang lurus dan benar
Benar dalam ucapan
Benar dalam perbuatan
Di hadapan manusia ada syaitan
Boleh kalahkan syaitan dengan berpakat
Berpakat manusia daripada berbagai keturunan
Menyerang gerombolan perkauman daripada kalangan bangsawan
Yang dapat berbagai kemudahan
Kayaraya dengan penipuan
Ini perlu dibersihkan
BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0
Usaha bersih usaha murni
Lahir manusia berani
Ratusan ribu manusia berkumpul di sekitar Kuala Lumpur
Pada hari Sabtu tanggal 28 April 2012
Bersatu dalam kepelbagaian
Inilah tujuan
BERSIH diwujudkan

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

PANTUN SELAMATLAH DIRI

Anak Muda Teguh Bersama Kepimpinan ULAMA


Ayam bertelur dalam semak
   Datang pemburu terus terpijak
Mengajar agama tugas ulamak
   Sokong mereka tindakan bijak

Pergi memburu di siang hari
   Dapat napoh di waktu petang
Daripada ulamak ilmu dicari
   Golongan penipu kita tentang

Pagi hari keluar rumah
   Membawa senapang tujuan berburu
Ulamak adalah penyelamat ummah
   Hal-hal maaruf mereka seru

Rumah kampung atap nipah
   Tempat berteduh golongan marhaen
Ulamak su' fikirkan upah
   Gembira bila diberi komisen

Orang Asal suka berburu
   Orang Melayu suka hiburan
Sunnah Nabi elok ditiru
   Daripadanya banyak pengajaran

Tanjung Katong airnya biru
   Tempat pelancong datang berehat
Ulamak akhirat selalu menyeru
   Diterima yang minda sihat

Pegaga tumbuh di tepi pagar
   Pagar dibuat daripada buluh
Ulamak perlu penyokong tegar
   Baru golongan sekular mengeluh

Bunga tanjung putih berseri
   Harum bau di waktu pagi
Ilmu pengetahuan perlu dicari
   Baru di akhirat tidak rugi

Tanam bunga dalam taman
   Disiram air sekali sehari
Bersahabatlah dengan orang beriman
   Baru di akhirat selamatlah diri


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Ahad, 29 April 2012

IKUT YANG BAIK



Sejarah akan berulang
UMNO-BN akan tumbang
Depan orang kampung pandai temberang
Jemaah Islamiah berani serang
Berseronok-seronok dengan "anak wayang"
Taburkan wang
Dengan begitu senang
Pergi ke kawasan nampak alim
Pakai ketayap putih
Solat maghrib berjemaah
Sekali sekala dengar tazkirah
Macam
Memiliki jiwa mutma'innah
Sebenarnya kaki rasuah
Suka pecah amanah
Takutkan duduk bantah
Takut tuntutan BERSIH
Takut hilang kuasa
Takut mati dalam pelukan aktres jelita
Takut mati dalam maksiat
Takut
Sambal cili padi
Menerima nasihat syarikat Yahudi
Ambil komisen daripada lesen-lesen judi
Ada kilang wiski dan brandi di luar negeri
Kayaraya daripada pengaruh bapak
22 tahun jadi P.M
Masih bernyawa
Masih bercakap macam "dia tahu semua"
Dia lupa dia sudah tua
Kubur menanti saja
Bila disoal
Mungkar Nankir
Dia akan jawab
"sudah dapat pengampunan daripada Pope John Paul"
Inilah anak didik Zionis Yahudi
Lupa ikatan tiga segi
Firaun-Haman- Qarun
Kesudahan yang hina
Oleh itu
Wahai pejuang-pejuang asobiyah
Ikutlah TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Dia seorang ahli fikir
Harap-harap tambahkan dengan zikir


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

Sabtu, 28 April 2012

PANTUN PAK SAMAD HEBAT



Pinang ini pinang junjungan
   Mari letak tepi telaga
Duduk Bantah suatu perjuangan
   Datanglah bersama keluarga

Hanyut rakit dari hulu
   Batang melintang dari kuala
Politik perkauman dah berlalu
   Menipu pilihanraya kerja gila

Keladi air tumbuh di air
   Minyak bijan di dalam cawan
Rejim zalim akan berakhir
   Bila Putrajaya Pakatan tawan

Orang berlabuh lautan dalam
   Nampak dari Kota Lama
Menentang kezaliman disuruh Islam
   BERSIH 3.0 wadah kerjasama

Ada satu unggas angkasa
   Duduk terbang segenap taman
Ketakutan jelas di pihak berkuasa
   Duduk Bantah dianggap ancaman

Tujuh tujuh tangkai padi
   Buah papaya di dalam dulang
BERSIH 3.0 ingin berbudi
   Duduk Bantah cuba dihalang

Buah berembang buah lebat
   Masak diperam dalam almari
Kepimpinan Pak samad hebat
   Mati syahid ia cari

Hilir pergi ke sungai Sagu
   Singgah menjala di bulan terang
Pilihanraya bersih rakyat tunggu
   Puisi perjuangan terus dikarang

Tioman pulau yang cantik
   Kera melompat di tepi hutan
Duduk Bantah bukanlah politik
   Hanya ketelusan harapan Pakatan

Bunga tanjung baru digubah
   Gubah anak Raja Bentan
Suasana di Malaysia akan berubah
   Bila Putrajaya dikuasai Pakatan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012

HARAPAN DI HARI DUDUK BANTAH



Hari Sabtu
28 April 2012
Datang dengan ikhlas
Duduk Bantah
Melatah-latah pemerintah
Hak rakyat mahu diratah
Gunakan berbagai helah
Risau PRU-13 mereka kalah
Bila dah ditentukan Allah
UMNO akan kalah
Bersyukur kita kepada Allah
Usaha BERSIH 3.0
Direstui Allah
MasyaAllah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Apr2012