Kebajikan rakyat diutamakan |
Rumah tinggi tingkap kerawang
Anjung jarak rumah ganti
Umat Islam disuruh berjuang
Dengan iman yang sejati
Rumah besar tingkap lima
Kebun seberang tanam selasih
Dalam jemaah kita bersama
Tentulah dengan hati bersih
Cacak galah ditempuh arus
Perahu Acheh di Singora
Elok tazkirah semasa walimatulurus
Inilah dakwah secara segera
Selasih di padang saya tugalkan
Makan kambing dahan patahkan
Politik asobiyah mari korbankan
Tahalul siyasi kita laksanakan
Habis padi rumput bakar
Malam anak pulang mengaji
Jadikan Tauhid sebagai akar
Baru Allah sentiasa dipuji
Padi lingga kedua lingga
Ketiga dengan kuku balam
Terimalah tawaran Buku Jingga
Isinya sesuai dengan Islam
Dari laut singgah ke Tanjung
Nampak dari tengah laut
Nabi Muhammad hendaklah disanjung
Sunnahnya pula kita ikut
Sirih kuning di atas kota
Batang ramunia dikerat-kerat
Tolak gerombolan suka berdusta
Budaya mereka lupakan akhirat
Batang serai dalam raga
Burung terkukur atas pagar
Nasib rakyat mesti dijaga
Dengan menghapuskan miskin tegar
Sutera ini sutera gulungan
Sutera biru pembalut kaca
Buatlah suruhan tinggallah larangan
Dilakukan setelah Quran dibaca
Kerbau jantan raduk ke baruh
Singgah merentas sawah padi
Dengan zikir kuatlah roh
Mudah hadapi balaci Yahudi
Anjing menepis digaruk kucing
Tanam selasih di tepi telaga
Orang Cina menolak 'dacing'
Terima tawaran Buku Jingga
Air mawar dalam gelas
Persembah anak raja perempuan
Tawaran Pakatan tawaran ikhlas
Ini disuruh oleh Al-Quran
Bikin masjid di tanjung Tuan
Atap ijuk bertalang timah
Bila Putrajaya berjaya ditawan
Ditadbir oleh pimpinan berhemah
Layang-layang terbang rendah
Terbang ke perdu makan padi
Sokong pakatan banyak faedah
Pimpinannya berakhlak dan berbudi
Mayang pinang di atas balai
Bermain anak raja seberang
Pimpinan sekular selalu lalai
Fikiran mereka hanya wang
Sapu tangan panca pelangi
Mari dilipat muka pintu
Sokong penzalim di akhirat rugi
Menumbangkan mereka kena bersatu
Pilih pulut bercampur padi
Selasih ada di tepi telaga
Empat negeri Pakatan berbudi
Nasib rakyat tetap dijaga
Saputangan warna merah
Hilang terlipat di balik pintu
Kepada Allah kita berserah
Dengan keadilan rakyat bersatu
Dekat selasih merak melayang
Mata kucing dalam talam
Kepada umat Nabi sayang
Membawa kebenaran melalui Islam
Sapu tangan tepi beranda
Pakaian anak orang berbangsa
Janji Jingga bukan propaganda
Membuat kebajikan bila berkuasa
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan