22 Safar 2015
Genap umurku 79 tahun hijiriah
Terima kasih emak dan ayah
Membesarkan aku dengan susah payah
Semuanya dengan izin Allah
Menghantar aku ke sekolah
Awal-awalnya di Kampung Gajah
Dari bersekolah dikampungku
Aku belajar sekolah Inggeris di Teluk
Anson
Sekarang dipanggil Teluk Intan
Ditingkatan 6 saya belajar disekolah
S.M.I
Nama penuhnya
Saints Michael Institution
Lulus H.S.C
Bererti
Higher School Certificate
Saya masuk ke Universiti Malaya
Saya lulus B.A pada tahun 1964
Kemudian saya kerja dengan kerajaan
Jawatan akhir saya ialah
Setiausaha Dewan Negara merangkap
Timbalan Setiausaha bagi Parlimen
Saya bersara waktu umur saya 56 tahun
Sekarang umur saya mengikut tahun
masehi ialah 76 tahun
Tapi bila tiba 22 Safar tahun 1437
Hijrah
Umur saya dah 79 tahun
Kepada Allah saya memohon
Supaya mati dalam iman
Ini yang sedang saya usahakan siang
dan malam
Isnin dan Khamis saya dan isteri
puasa sunat
Setiap hari saya buat rawatan Ceragem
Dengan kesihatan yang baik saya
mengajar di 10 tempat sekitar Ipoh
Kata orang sekarang Kuliah Maghrib
Tauliah mengajar dikurniakan oleh
Sultan Perak
Dengan mengajar Sejarah Nabi s.a.w
dapatlah saya menarik hati jemaah kepada pentingnya sejarah.
Maklumlah ‘sejarah itu berulang’
Ini kata bijak bistari
Oleh itu keredhaan Allah hendaklah
dicari
Dengan cara:-
Mendengar
Menulis
Membaca
Memahami
Mengamalkan
Dengan cara ini kuatlah daya ingatan
Dengannya tersungkur syaitan
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan