Isnin, 8 Jun 2015

PANTUN ILMU BERMANFAAT

Janda muda makan jamu
Jamu dibawa dari Indonesia
Melihat wanita takan jemu
Inilah keseronokan bagi manusia

Jamu dibawa dari Indonesia
Makan bercampur telur ayam
Inilah keseronokan bagi manusia
Diexplotasi oleh kerajaan Siam

Makan bercampur telur ayam
Disuruh lakukan setiap pagi
Diexplotasi oleh kerajaan Siam
Perlaku Islam saja rugi

Disuruh lakukan setiap pagi
Badan sihat sepanjang hari
Perlaku Islam saja rugi
Dosa zina mudah dicari

Badan sihat sepanjang hari
Senyum saja pengantin baru
Dosa zina mudah dicari
Lakukan segera syaitan menyeru

Senyum saja pengantin baru
Cuti sekolah ramai berkahwin
Lakukan segera syaitan menyeru
Tanpa disedari terbuka kain

Cuti sekolah ramai berkahwin
Kali ini hampir ramadhan
Tanpa disedari terbuka kain
Keseronokan saja yang dikenang

Kali ini hampir ramadhan
18 Jun mulai berpuasa
Keseronokan saja yang dikenang
Boleh lakukan jika berkuasa

18 Jun mulai berpuasa
Bertarawih umat malam pertama
Boleh lakukan jika berkuasa
Nikmatnya dirasai cara bersama

Bertarawih umat malam pertama
Kebanyakkan surau dipenuhi jemaah
Nikmatnya dirasai cara bersama
Selepas itu ada tazkirah

Kebanyakkan surau dipenuhi manusia
Terutama ditaman-taman perumahan
Selepas itu ada tazkirah
Beruntung kerana bertambah pengetahuan

Terutama ditaman-taman perumahan
Didapati meriah di bulan ramadhan
Beruntung kerana bertambah pengetahuan
Diperolehi ilmu terus diamalkan



HMS Abu Bakar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan