Pergi ke sawah mengail ikan
Ada sepat dan puyu
Tahaluf siyasi mesti diteruskan
Ikut Islam selamatlah Melayu
Ada sepat dan puyu
Diantara jenis ikan darat
Ikut Islam selamatlah Melayu
Beramal pula untuk akhirat
Diantara jenis ikan darat
Mudah membiak dalam sawah
Beramal pula untuk akhirat
Kuat masyarakat melalui dakwah
Mudah membiak dalam sawah
Biasanya selepas menuai padi
Kuat masyarakat melalui dakwah
Senang menghadapi ancaman Yahudi
Biasanya selepas menuai padi
Sekarang pula menggunakan mesin
Senang menghadapi ancaman Yahudi
Boikot saja siaran television
Sekarang pula menggunakan mesin
Boleh disewa bila-bila masa
Boikot saja siaran television
Dari budaya Hedonis diperkasa
Boleh disewa bila-bila masa
Perlu hanya sediakan wang
Dari budaya Hedonis diperkasa
Wajah wanita terus ditayang
Perlu hanya sediakan wang
Boleh beli apa saja
Wajah wanita terus ditayang
Dapat dosa dengan sengaja
Boleh beli apa saja
Telefon bimbit berbagai jenis
Dapat dosa dengan sengaja
Sekali pandang nampak manis
Telefon bimbit berbagai jenis
Wujud kumpulan menggunakan whatsapp
Sekali pandang nampak manis
Pahala puasa ramadhan lesap
Wujud kumpulan menggunakan whatsapp
Boleh hantar berbagai cerita
Pahala puasa ramadhan lesap
Disebabkan ramai rakyat menderita
Boleh hantar berbagai cerita
Gambar berguna juga disebarkan
Disebabkan ramai rakyat menderita
Pemerintah sedemikian elok digantikan
HMS Abu Bakar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan