Khamis, 6 Februari 2014

TERUSKAN MENUNTUT ILMU

Masjid Panglima Kinta, Ipoh

Hari Isnin pertama
Bulan Februari 2014
Ilmu agama terus dicari
Melalui Kuliah Dhuha
Bimbingan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Bermula pada tahun 2007
Di Masjid Aulia, Tembok
Off Jalan Kuala Kangsar
Di Pekan Ipoh
Hanya 18 orang yang yakin
Ada pasangan suami isteri
Ada pesara kerajaan
Ada pesara swasta
Dengan agama mereka cinta
Lapangkan masa
Setiap pagi Isnin
Setiap pagi Selasa
Dari pukul 8.30 pagi
Mulai solat tahiyatul masjid
Diikuti solat sunat Dhuha
Diikuti bacaan Yaasin beramai-ramai
Lama kelamaan bertambah ramai
Mencecah 100 orang
Ada dua tiga orang yang pendek umur
Yang hidup terus bersyukur
Dapat menambah ilmu pengetahuan
Dapat puasa sunat Isnin dan Khamiis
Pada setiap hari Selasa
Makan beramai-ramai
Terasa nikmat makan berjemaah
Ada pula puak yang irihati
Pengurusan Masjid Aulia bertukar tangan
Secara rompakan di siang hari
Berpindahlah Kuliah Dhuha
Ke surau Al-Ittihadiah
Di Taman Che Wan
Ada juga yang bermentaliti Abu Lahab
Benci dengan kebenaran Islam
Bertukarlah Kuliah Dhuha
Ke Masjid Panglima Kinta
Di tengah Bandaraya Ipoh
Sebuah masjid berusia lebih 100 tahun
Al-Fatihah .....dihadiahkan kepada
Pengasas yang mewakafkan masjid ini
Semoga dirahmati Allah
Pengasas dan keluarga mereka
Adapun tugas kita
Belajar
Beramal
Berdoa untuk menjadi
Ahli Syurga
Bertemankan bidadari yang jelita



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir2014/Feb2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan