Kota Mekah
Kota Madinah
Kota Baitulmaqdis
Kota Kufah
Kota Basrah
Kota Baghdad
Kota Damsyik
Kota Istanbul
Kota Mekah
Tempat turunnya
Al-Quran
Tempat Muhammad
bin Abdullah
Dilantik oleh
Allah
Sebagai Nabi dan
Rasul
Selama 13 tahun
Dari Nabi seorang
diri
Diyakini pula
Siti Khadijah
Diyakini sepupu
nabi
Ali bin Abi Talib
Diyakini juga
Zaid bin Harithah
Seorang perempuan
Dua remaja
Secara senyap-senyap bergeraklah mereka
Abu Bakar ikut
serta
Korbankan harta
Tahan menghadapi
derita
Modalnya Al-Quran
Modalnya Iman
Modalnya
keyakinan
Datang kekuatan
Dari amalan
berterusan
Kota Madinah
Bersinar setelah
hijrah
Isteri Nabi pun
bertambah
Saudah
Aishah
Zainab bt
Khuzaimah
Raihanah
Juwairiyah
Zainab bt Jahsy
Mariyah
Al-Qibthiyah
Ummu Habibah
Shafiyyah
Maimunah
Giliran tetap
Nabi lakukan
Hanya bila sampai
giliran
Saudah diberi
kepada Aishah
Qiamullail tetap
Nabi lakukan
Selama 10 tahun
di Madinah
Ayat Al-Quran
turun mencurah-curah
Kota Baitulmaqdis
Di Palestin
Tempat Nabi
singgah
Sewaktu Israk dan
Mikraj
Kota Nabi-Nabi
dan Rasul-Rasul
Dari kalangan
Yahudi
Bertukar tangan
berkali kali
Daripada Yahudi
kepada Islam
Daripada Islam
kepada Kristian
Sekarang di
tangan Zionis Yahudi
Ramalan Nabi akan
terjadi
Kembalikan rakyat
ke masjid
Jadikan budaya
Berusaha sedaya
upaya
Kota Kufah
Di Iraq
Ibu negara
Saidina Ali
Ramai sahabat
tinggal di sini
Jadi ulama yang
berani
Kota Basrah
Cerah kerana
adanya Hassan Basri
Ulama yang zuhud
dan berani
Ramai murid murid
yang bertaqwa
Kota Baghdad
Kota Imam Al
Ghazali
Hujjatul Islam
Terkenal di Timur
dan Barat
Ikut zikir
hariannya dapat berkat
Al-Ghazali memang
berbakat
Kitab kitabnya
diterjemahkan ke berbagai bagai bahasa
Ulama yang
berjasa
Kota Damsyik
Kota Imam Nawawi
Bermazhab Syafie
Ilmunya
menggunung tinggi
Kitab kitabnya
tersebar ke banyak negeri
Ramai muridnya di
dunia ini
Kota Istanbul
Kota Jalaluddin
Al-Rumi
Pujangga yang
hebat
Menulis syair
dalam bahasa Arab dan Parsi
Terkenal di Timur
dan Barat
Badiuzzaman Said
Nursi juga
Ulama berwawasan
jauh
Berjuang bersungguh
sungguh
Hingga sekarang
Islam kembali teguh di Turki
Setelah 80 tahun
dirosakkan sekularism Kamal Attarturk
Sekarang Istanbul
bersedia menggempur Eropah
Dengan ekonomi
dan dakwah Islamiah
Dengan ulama
berganding dengan kuasawan
Dengan pemerintah
yang pro-Islam dan pro-kebajikan
Bila ingat 8 kota
ilmuan Islam ini
Jadikan Ipoh
sebagai ganti
Kembangkan kuliah
Dhuha di sana sini
Bantu juga
program mengimarahkan masjid
Lengkapkan juga
diri dengan iman dan taqwa
Jadikan jiwa kita
jiwa merdeka
Menerima apa yang
berfaedah untuk agama
Bila sebut angka
lapan
Ingatlah 8 kota ilmuan Islam
Ingatlah 8 kota ilmuan Islam
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1435/Feb2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan