Khamis, 31 Mei 2012
HARAM JADAH
Haram jadah
Perkataan yang jarang-jarang
Digunakan manusia yang
Bertamadun
Biasanya keluar dari mulut
Orang yang terlalu marah
Mukanya pun marah
Kena brandi baru cerah
Kena wiski baru cerah
Kena todi baru cerah
Tapi pendengar makin menyampah
Mahu ubah
Mulai duduk bantah
28 April 2012
Berkumpul manusia
Berbagai bangsa
Di seluruh dunia
Ibunya di Kuala Lumpur
Bila kena gas pemedih mata
Ratusan ribu rakyat
Mengelupur
Jauh dari bertempur
Sebab ingat pantun
"One,two,three,four
Satu,dua,tiga,empat
melihat kuning jiwa mengelupur"
Selepas itu bertukar tempat
Warga Felda masih ingat
Ucapan yang dahsyat
Daripada manusia lupakan akhirat
Penyokongnya tinggal beberapa kerat
Daripada kroni-kroni dan suku sakat
Sebenarnya golongan lintah darat
Menzalimi rakyat
Memimpin rakyat
Memaki rakyat
"Ini kali lah" slogan keramat
Rejim penzalim akan tamat
Rejim korap akan tamat
InsyaAllah negara kita selamat
Daripada di faraid oleh golongan
"Haram jadah"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Rabu, 30 Mei 2012
KUASA PEKERJA
Manusia
Mencari kerja dengan bekerja
Kerja sendiri
Kerja dengan swasta
Kerja dengan kerajaan
Yang halal saja dimakan
Dilakukan
Yang berpengetahuan
Salahlaku golongan bangsawan
Dengan korporat tamak mereka berkawan
Gaji pekerja tetap diabaikan
Gaji minima belum dilaksanakan
Fikir hanya
Untung berlebihan
Perlu tukar pemerintahan
Ganti yang mesra pekerja
Ada pada Buku Jingga
Kebajikan rakyat dijaga
Terutama pekerja-pekerja
Di sektor awam
Di sektor swasta
Secara diam menderita
Dalam siber banyak cerita
Penyelewengan yang pegang tahta
Pecah amanah yang pegang kuasa
Boleh ubah melalui pilihanraya
Bersih 3.0 berjaya
Berbaju kuning
Perasuah-perasuah kepala pening
Roda hidup secara berpusing
Masa menyebelahi pekerja-pekerja
"Ini kali lah"
Gerombolan penyamun boleh kalah
Dengan pertolongan Allah
Boleh selesai banyak masalah
Bila BN kalah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Selasa, 29 Mei 2012
SEMUANYA LEBUR
Ingatlah
Wahai makhluk Allah
Sabarlah
Bila berhadapan masalah
Bila berhadapan pimpinan haram jadah
Hadapilah
Dengan jemaah
Yang mengikut Sunnah
Dipimpin yang beramanah
Berjiwa mut'mainah
Membenci rasuah
Menghormati kewujudan pelbagai bangsa
Ingin hanya berjasa
Membawa kebaikan kepada rakyat jelata
Daripada sirah Nabi banyak bercerita
Akhlak Nabi ialah Al-Quran
Mendengarnya hati Umar Al-Khattab tertawan
Menjadi wirawan
Khalid bin Walid seorang pahlawan
Ali bin Talib juga pahalawan
Kanak-kanak yang mula -mula beriman
Selepas Siti Khadijah
Diikuti Zaid bin Harithsah
Kemudian Abu Bakar As-Siddiq
Sahabat setia Nabi kita
Abdul Rahman bin Auf banyak harta
Laburkan wang untuk Islam
Tidak ketinggalan
Usman bin Affan
Sentiasa berkorban
Untuk agama tercinta
Daripada mulut mereka
Keluar kata-kata hikmah
Daripada Ali bin Abu Talib
"Manusia semuanya tidur di dunia.Hanya terjaga bila dalam kubur."
Terkejut beruklah pimpinan takabur
Semuanya lebur
Komisen Scorpene lebur
Projek Lembu NFC lebur
Barulah bernyanyi
"Jangan tinggalkan daku"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Isnin, 28 Mei 2012
MUFTI KEDUNIAAN
Mufti
Penasihat agama di setiap negeri
Termasuk Wilayah Persekutuan
Bila manusia dijadikan Tuhan
Pendiriannya mula keduniaan
Bercelaru
Semacam orang tak ada pelajaran
Lupa amaran
Kitab suci Al-Quran
"Mereka itu memilih keduniaan"
Lupa Shahibulsamaah
Di akhirat menanti masalah
Tentunya susah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Ahad, 27 Mei 2012
EMPAT PULUH TAHUN YANG BERMAKNA
Usaha murni
Memperjuangkan agama Allah
Mulakannya 40 tahun yang lalu
Mengembangkan ilmu
Memahami pentingnya ilmu
Memuliakan ilmu
Menjadikan kehidupan bermutu
Betul aqidah mudahlah bersatu
Menolak pimpinan kalkatu
Membawa budaya kutu
Menghisap darah
Melalui fahaman asobiyah
Biarkan golongan bangsawan hidup mewah
Biarpun mengamalkan rasuah
"Serupa darah"
Dedahkan bahaya semasa usrah
Ahli-ahli usrah pun marah
Difahami naqib yang berhemah
Dirujukkan kitab-kitab dakwah
ABIM Selangor bertuah
Dipimpin YDP-YDP yang bermaruah
Sedar beratnya amanah
Menyelamatkan ummah
Perlu jiwa mut'mainah
Perlu mencontohi Rasulullah
Di Badar musuhnya kalah
Bermodalkan
Iman dan taqwa
Berdoa dan bertawakal
Kepala Abu Jahal dipenggal
Binasa Abu Lahab yang kurang akal
Disebabkan
"Wanita, arak dan hiburan"
Beri wang ratusan ribu semasa melanggan
Di rumah tumpangan yang mahal
Sumber wang diragukan
Melalui media baru
Remaja-remaja tahu
Orang kampung pun tahu
Bahaya besar kepada negara
Perlu diselamatkan segera
Dengan ilmu di dada
Dengan ribuan lepasan Taski
Menjadi aktivis berkualiti
Menjadi ustaz-ustaz yang kuat jati diri
Menjadi ustazah-ustazah yang penyabar
Sedar untuk berubah perlukan kuasa
Mohonlah daripada Allah Yang Maha Kuasa
Dengan hati yang bersih
Dengan niat yang bersih
Tentu dengan aqidah bersih
Tentulah amalan pun bersih
Jadilah Malaysia negara bersih
Bersih...bersih...bersih
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Sabtu, 26 Mei 2012
PANTUN RAKYAT BERCERITA
Sayang laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh datuk menteri
"Haram jadah"perkataan tak senonoh
Disebabkan marah terjemar diri sendiri
Sayang pelanduk di luar pagar
Mati ditembak patah kakinya
Boleh di atasi miskin tegar
Bila Pakatan kuasai Putrajaya
Tampak api di Tanjung Tuan
Kuala Linggi bakaunya rendah
Tahalul siyasi asas perpaduan
Neraca utama betul aqidah
Tinggi-tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Beramanah pemerintah di empat negeri
Prejudis kaum dapat diubat
Sayang Sarawak sungainya sempit
Buah rengas lambung-lambungan
Kesan inflasi rakyat tersepit
Naik harga banyak barangan
Sayang Singkarak kotanya tinggi
Asam pauh dari seberang
Orang kampung berkeadaan rugi
Dapat pimpinan kaki temberang
Sayang Hanuman membelah bukit
Mencari ubat Seri Rama
Di kata haram jadah hatipun sakit
Pengucapnya kurang didikan agama
Sayang Musalmah gadis rupawan
Pandai pula menghias diri
Hati rakyat boleh ditawan
Dengan pimpinan merendah diri
Ayam rintik di tepi kota
Mencari makan di pagi hari
Pakatan Rakyat bercerita kebaikan
Bukitnya ada di empat negeri
Batu belah di kaki gunung
Tempat bermain puteri bestari
Bapak penzalim duduk termenung
Pilihanraya bersih rakyat cari
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Fahaman Asobiyah dilarang Rasulullah
Penyokongnya pula di akhirat rugi
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Semangat bersih masih segar bugar
Lapan tuntutan mestilah dilaksanakan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Jumaat, 25 Mei 2012
MAKIN DITUDUH MAKIN MANTAP
54 tahun perjalanan yang lama
Dengan Syarikat Yahudi BN bekerjasama
Dituduh BERSIH 3.0 berbagai jenama
Makin dituduh makin rakyat sokong dan percaya
Cerah jalan ke Putrajaya
Jika telus pilihanraya
Jika rakyat negara ini yang mengundi
Jika mengundi tidak berkali-kali
Gerombolan bangsawan
Boleh dikalahkan
Kata orang Sandakan
"Ini Kali Lah"
Boleh selesai masalah
Bila perompak tanah pribumi dikalahkan
Secara adil tentunya
Bersihlah pilihanraya
Mudahlah berjaya
Bagi pendokong Buku Jingga
Tawarannya
Boleh dilaksanakan
Bila memegang kusa pemerintahan
Di peringkat Persekutuan
Baru ada keadilan
Baru wujud pengasingan kuasa
Bekerjasama tiga bangsa
Melayu,India dan Cina
Boleh berbaik-baik
Boleh tolong menolong
Terbukti di Himpunan Bersih 3.0
Hari Sabtu
28 April 2012
Bantu membantu secara ikhlas
Tanpa prejudis
Tanpa prasangka
Tolak pimpinan bermuka-muka
Dakwa mereka
Di mahkamah berwibawa
Di tangan Peguam Negara yang berwibawa
Di penjara Sungai Buluh tempat rehat sementara
Sebelum ke Batu Dua
Baru sedar
Gerombolan
United Malays National Organization
Allah itu Adil
Allah itu Maha Kuasa
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Khamis, 24 Mei 2012
MUSUH SEBENAR
Musuh Melayu
Bukan Cina
Musuh Melayu
Bukan India
Musuh Melayu
Ialah bangsawan Melayu
Ialah korporat-korporat Melayu
Hidup mewah
Daripada menipu orang-orang kampung tradisi
daripada menipu warga-warga Felda
Daripada menipu warga-warga Felcra
Ini kita kena ambil kira
Terutama dosa pahala
Memusuhi manusia sesama manusia
Tanpa sebab dilarang agama
Menipu dirang agama
Bersubahat menipu undi berdosa
Menipu pilihanraya berdosa
Menjadi talibarut pengkhianat bangsa berdosa
Sampai masa
Bapak penipu pun binasa
Sampai masa
Gerombolan perkauman akan hilang kuasa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu
Berada di dalam kerugian
Rugi yang menzalimi rakyat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Rabu, 23 Mei 2012
SENTIASA DIKUASAI ISTERI
"Kuasa akan dipertahankan
walaupun tulang berkecai
dan nyawa tercabut"
Ucapan ini mudah disebut
Datang Izrail ke mana mahu cabut
Nafas pun semput
Terketar-ketarlah mulut
Nama Allah mahu disebut
Mahu ajaran agama diikut
Mahu beramal soleh
Mahu hati bersih
Mahu terima BERSIH 3.0
Mahu beriman dengan Quran
Mahu ikut Sunnah Nabi
Inilah tanda-tanda manusia munafik
Tanda penipu di siang hari
Setiap masa dikuasai isteri
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Selasa, 22 Mei 2012
TERUSKAN MENULIS
Tuhan yang menentukan....
Tulisan Salena Tay
Dalam Harakah
Bila bersih ada berkah
Duduk Bantah
Ada yang melatah
Sudah tentu yang pecah amanah
Sudah tentu yang tak beramanah
Sudah tentu yang rasuah
Dengan PRU-13 diharap mereka pun musnah
Pecah bisul keluar nanah
Warna nanah biasanya merah
Pimpinan Pakatan Rakyat beramanah
Kejayaannya kepada Allah diserah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Mei2012
Isnin, 21 Mei 2012
SEBARKAN SLOGAN KERAMAT
Menipu
Kerja jiwa orang kotor
Penipuan besar-besaran sedang diatur
Dengan kerjasama institusi awam yang korup
Dengan sokongan ULAMAK SU'
Ulamak Jahat
Buat asal duit dapat
Tunduk kepada arahan pengkhianat
Ini disedari rakyat
INI KALI LAH slogan keramat
Di Sabah ini ada tersemat
Mahu ajar perampas-perampas tanah adat
Mahu ajar perompak-perompak
Daripada kalangan ahli politik
Anak negeri yang kaya raya
Yang sebenarnya BUAYA
Rakyat tidak lagi percaya
Mahu ajar semasa pilihanraya
INI KALI LAH tentu berjaya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Ahad, 20 Mei 2012
TINDAKAN MANUSIA KOTOR
![]() |
Hati Yang Kotor dikuasai syaitan |
Orang kotor
Menolak
PEMBERSIHAN SENARAI PENGUNDI BERDAFTAR
Orang berhati kotor
Menolak
MEREFORMASIKAN UNDI POS
Orang minda kotor
Menolak
PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL
Orang nafsu kotor
Menolak
TEMPOH BERKEMPEN MINIMA 21 HARI
Orang perasaan kotor
Menolak
AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
Orang jiwa kotor
Menolak
PENGUKUHAN INSTITUSI AWAM
Orang budi kotor
Menolak
HENTIKAN RASUAH
Orang fikiran kotor
Menolak
HENTIKAN POLITIK KOTOR
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Sabtu, 19 Mei 2012
INI KALI LAH
Bila berada di Sabah
Kedengaran ucapan " Ini Kali Lah"
Bermaksud BN akan kalah
Disebabkan berleluasanya rasuah
Disebabkan pimpinan pecah amanah
Diambil secara tak bertamadun
Tanah-tanah
Kepunyaan rakyat bawahan
Dengan alasan pembangunan
Rakyat hilang kesabaran
Ditenteramkan dengan membaca Al-Quran
Modal sebenar orang beriman
Banyak pengalaman
Ditipu pihak atasan
Di peringkat kerajaan negeri
Hidup mewah anak dan isteri
Membeli belah di luar negeri
Rakyat bawahan hanya gigit jari
Daripada BERSIH 3.0 dapat solusi
Tolak korupsi
Pilih pimpinan bistari
Daripada anak negeri
Sebarkan slogan ini
Berbunyi
"Ini Kali Lah"
Kerajaan Pusat pun berubah
Kerajaan Negeri pun berubah
Semuanya
Dengan izin Allah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Jumaat, 18 Mei 2012
BILA JIWA SENTIASA KOTOR
![]() |
KOTOR, ia harus dibuang,
dihapuskan dan dibersihkan segera. |
BERSIH 3.0
Ikut serta keluarga
Tentunya penyokong Buku Jingga
Ada juga yang curiga
Daripada gerombolan
"United Malays National Organization"
Sejak 54 tahun dulu
Dikenali muka tak malu
"Apa yang bersih?"...No
Yang kotor itulah
Terus diatur
Lupa roda hidup sedang berputar
Golongan penzalim mengeletar
Melihat lautan kuning di Dataran Merdeka
Jiwa-jiwa kotor menempah neraka
Bersikap suka bermuka-muka
Hari Sabtu
Ratusan ribu rakyat bersatu
Mahu pilihanraya bersih
Pembunuh Altantuya berjiwa kotor
Lupa
"dalam setiap diri anak Adam ada seketul darah
jika darah ini kotor, jiwanya pun kotor"
Itulah hati
Hati BERSIH 3.0 suci dan murni
Turun ke KL tetap berani
Berkumpul di antaranya di Pasar Seni
Pak Samad sasterawan berani
Makin tua makin berani
Sudah berumur
77 tahun
Mahu UMNO turun
Mahu BN dibalun
Dengan PRU-13 yang bersih
Proffesor-professor kangkong
Terus menyokong
Pimpinan bangsawan yang kelentong
Peserta BERSIH 3.0 beruntung
Dapat pengalaman berguna
Pencatur politik kotor tetap hina
Dengan tipudaya negara mahu dibina
Ini jenis manusia kotor
Jenis manusia lupakan Tuhan
Jenis manusia
One,two,three,four
Dalam kubur pasti mengelupur
Berhimpun rakyat di KL
Dengan polis terpaksa bertempur
Yang pasti BN berkubur
Disebabkan pimpinan BN takabur
Jelaslah hati mereka kotor
Tidaklah hairan
"ulat bulu panjat durian
penentang BERSIH di akhirat kerugian"
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Khamis, 17 Mei 2012
DI SEKITAR KL
Hari Sabtu
28 April 2012
Berkumpul
Beramai-ramai di KL
Di sekitar
Dataran Merdeka
Di sekitar
Masjid Negara
Di sekitar
Pasar Seni
Di sekitar
KLCC
Di sekitar
Sogo
Di sekitar
Masjid Jamek
Dianggarkan
Yang hadir
Berbaju kuning
Hampir 300 ribu
Berjiwa bersih
Ditentang oleh gerembolan
Berjiwa kotor
Mahu terus PRU-13 yang kotor
Ini yang BERSIH bantah
Adakan
Duduk Bantah
Menggelupur pemerintah
Disebabkan rasuah
Disebabkan pecah amanah
Rakyat mahu ubah
Di Sabah
Slogan keramatnya "Ini Kali Lah'
Bererti bertukar
Yang berpegang kuasa di Kota Kinabalu
Tolak yang muka tak malu
Ini boleh berlaku
Kesan BERSIH 3.0
Di seluruh dunia
Bersih pada minda
Bersih pada hati
Bersih pada perbuatan
InsyaAllah berjayalah Pakatan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Rabu, 16 Mei 2012
RUGI YANG JIWA KOTOR
Bila badan bersih
Diri sendiri rasa ceria
Disuruh oleh agama
Membangunnya bersama
Dengan niat yang nyata
Untuk menyembah Allah yang mencipta
Mencipta
Manusia dengan sebaik-baik kejadian
Bila ada kekotoran
Berlakulah seperti yang dirisaukan
"Ulat bulu panjat durian
Sedap dulu sakit kemudian"
Jiwa kotor tak pernah fikirkan
Hati kotor tak pernah renungkan
Fikir hanya seks dan makan
Muqadimahnya hiburan
Hiburan secara berlebihan
Berlaku banyak kemaksiatan
Bila jiwa kotor
Perkara ini tidak dihiraukan
Bagi mereka
Kebendaan
Kewangan
Keseronokan
Suasana ini perlu dibersihkan
Dengan
Membersihkan minda
Membersihkan hati
Mengawal nafsu
Supaya jadi nafsu mut'mainah
Baru sentiasa beramanah
Mahu ikut Sunnah
Solat berjemaah
Ingatkan akujanji
Allah sentiasa dipuji
Sabar bila diuji
Bebas rasuah yang makan gaji
Beramanah penjawat-penjawat awam
Bila hukum hudud faham
Bila bebas perasaan
Syak dan waham
Mati syahid yang diidam-idamkan
Yang berjiwa kotor
Rancangan jahat diatur
Lupa Allah Maha Pengatur
Menyesal bila masuk kubur
One,two,three,four
Satu, dua, tiga ,empat
Krono-kroni berkereta besar
Orang kampung terus merempat
Dengan ini
Eloklah bertaubat
Eloklah betulkan niat
Terus beramal ibadat
Yang wajib dibuat
Buat juga yang sunat
Yang haram jangan dekat
Tinggal yang makruh pahala pun dapat
Dengan sendiri tersungkur pengkhianat-pengkhianat
Hina di dunia rugi di akhirat
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Selasa, 15 Mei 2012
NASIHAT YANG BERGUNA
Tanda cinta kepada manusia
Ada empat
Kata Imam Al-Ghazali
Seorang ulamak terkenal hebat
Isi tulisannya memikat
Boleh jadi taat
Kepada hukum-hukum Allah
Ulamak Su' yang membawa masalah
Sanggup bersengkongkol dengan perasuah-perasuah
Tentu menyesal bila masuk tanah
Rugi tak sudah-sudah
Yang empat itu
Memberi hadiah
Sedia memberi kemaafan
Suka ziarah menziarahi
Memberi bantuan di kalangan manusia
Jadikan keadaan bersih
Bila ajaran Tassauf Al-Ghazali dihayati
Nescaya hidup pun berkualiti
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Isnin, 14 Mei 2012
LIMA GOLONGAN DI MAHSYAR
Golongan pertama
Firaun
Di Mesir ramai rakyat gerun
Ikut Suka Aku @ ISA
Penuh kuasa
Kuasai legislatif
Atau Parlimen
Kuasai eksekutif
Atau kementerian-kementerian
Kuasai judikatif
Atau kehakiman
Dengan menguasai
Ketiga-tiga cabang pemerintahan
Firaun buat apa dia suka
Dia suka
"Wanita, arak dan hiburan"
Di sana sini berlaku suasana
"Ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Golongan kedua
Qarun
Orang kaya luar biasa
Seluruh ekonomi dikuasainya
Boleh buat apa saja
Nafsu syahwat dipuja
Dimusuhinya Nabi Musa
Sekarang menderita sepanjang masa
Golongan ketiga
Haman
Penjawat awam
Setaraf dengan KSN
Arahan Firaun dibuat segera
Dosa pahala belakang kira
Yang penting "Boss" suka
Sekarang menerima muqadimah neraka
Golongan keempat
Abdullah bin Ubai
Bapak munafik di Madinah
Mahu agama Islam musnah
Menjadi duri dalam daging
Kepada perjuangan Nabi di Madinah
Cita-cita jahatnya musnah
Menerima azab yang tak sudah-sudah
Golongan kelima
Nabi Muhammad s.a.w
Benar-benar Islam
Berjihad siang dan malam
Kuat ilmu kalam
Membesarkan Allah di waktu malam
Melaksanakan akujanji dengan penuh azam
Kuat azam
Allah sebagai Tuhan
Nabi Muhammad sebagai pemimpin
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Ahad, 13 Mei 2012
PERSIAPAN UNTUK AKHIRAT
sudahkah anda membuat persiapan untuk akhirat? |
Perlu ada iman
Perlu ada taqwa
Cinta kepada Allah
Pencipta segala-gala kejadian
Diterima pakai yang waras fikiran
Yang ada ilmu pengetahuan
Ilmu mengenal Allah
Ilmu tentang Sunnah
Baru hidup beramanah
Baru hidup bermaruah
Menjauhi rasuah
Manjauhi jenis-jenis kotoran
Kotor minda
Kotor hati
Jiwa mati
Lupa akan mati
Tiba-tiba mati
Dalam keadaan belum taubat
Dahsyat
Bawa dosa mengelat
Bawa dosa menipu
Bawa dosa menzalimi rakyat
Ini hanya ingat-mengingat
"Agama itu nasihat"
Disuruh umat berjihad
Jihad utama
Melawan nafsu
Dengan ikut ajaran wahyu
Inilah saja ubat orang Melayu
Mulai menuntut ilmu
Jangan jemu-jemu
Dengan ilmu
Banyakkanlah amalan
Ada ujian sepanjang jalan
Ada ranjau sepanjang jalan
Teruskan
Tunaikan akujanji
"Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku dan matiku
adalah untuk Allah, Tuhan
semesta alam"
Laksanakan hai umat Islam
Lakukan siang dan malam
Baru sedar indahnya Islam
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Sabtu, 12 Mei 2012
PANTUN MATI DALAM IMAN
'mati dalam iman' |
Sri Rama raja di tasik
Pandai tempa puan cerana
Jiwa kotor suka berbisik
Tolak Sunnah tentulah hina
Mahkota Ratna bertatah urai
Bunga tapak untuk bidadari
Selagi nyawa belum bercerai
Keredhaan Allah tetap dicari
Balai panjang sembilan tingkat
Selasih mayang elok dihimpunkan
Bila berjuang kerana pangkat
Biasanya orang bawah dikorbankan
Kirim surat kepada kekanda
Sampailah pada hari Selasa
Dengan melancong cerialah minda
Hilanglah prasangka di antara bangsa
Selasih kebun orang Belanda
Tanam oleh anak serani
Jika ada ilmu di dada
Baru menentang penzalim berani
Dewa Mandu raja sakti
Tujuh tasik boleh diharungnya
Bila iman sudah sejati
Sanggup hadapi segala bahaya
Kain hitam baru diseka
Buah keras mudah dilurutkan
Orang fasik masuk neraka
Arahan Allah suka dilamat-lamatkan
Tanam batang bawa bertumbuh
Daunnya melampai ke negeri seberang
Baik hadir di kuliah subuh
InsyaAllah hati bertambah terang
Kalau tuan ke Teluk Pandan
Masuk hutan mencari jati
Daripada Nabi ambillah teladan
Baru beriman sampai mati
Pergi ke kebun mencari buah
Dapat sebiji buah durian
Orang beriman hidup bermaruah
Sabar pula menghadapi ujian
Dari Apung ke pekan Pariaman
Sayang selasih dalam cerana
Untung berkawan orang beriman
Dengan ilmu tamadun dibina
Buluh batu di atas atap
Hendak dibuat bambu joran
Hak dan batil mesti berentap
Mestilah ikut ajaran Quran
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Jumaat, 11 Mei 2012
FAEDAH KULIAH MAGHRIB
![]() |
Para jemaah Masjid Daerah Kinabatangan, Sabah sedang khusyuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi (5Mei2012) |
Ilmu
Perlu dicari di mana-mana
Boleh di masjid
Boleh di surau
Boleh di mana-mana saja
Penting Allah saja
Dipuja
Daripada Allah semua makhluk dicipta
Gunakanlah mata
Gunakanlah telinga
Bersama-sama keluarga
Aqidah Sunnah Wal Jamaah perlu dijaga
Dengan ilmu di dada
Dengan terbuka minda
Cerah melalui membaca
Cerah melalui mengembara
Bila manusia
Mengembara
Melancong
Menceriakan pemikiran manusia
Menceriakaan manusia
Menghapuskan perasaan prasangka
Menyedari manusia ada berbagai bangsa
Tujuaan ciptaan Allah ini
Supaya berkenal-kenalan
Di anatara kaum-kaum
Dengan mengikut hukum
Tentulah
Hukum-hukum Allah
Menyelesaikan masalah
Bila mengingkari
Lupalah diri sendiri
Lupalah juga akujanji sewaktu solat
Kita berjanji
'Sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidup dan mati ku adalah untuk untuk Allah,
Tuhan semesta alam'
Inilah kewajipan umat Islam
Daripada Kuliah Maghrib
Semua ini diketahui
Dengannya semua maksiat dijauhi
Bila maksiat dijauhi
Terpeliharanlah diri
Selamatlah anak isteri
Selamatlah anak negeri
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
*telah didekamasikan selepas Kuliah Maghrib Ustaz Wan Ahmad Tarmizi di Masjid Kinabatangan,Sabah.(5Mei2012)
Khamis, 10 Mei 2012
PARTI SYAITAN
Syaitan pengasas 'ketuanan bangsa' pertama dengan merasakan keturunan mereka hebat sehingga ingkar tunduk kepada keturunan Nabi Adam.. |
Parti Syaitan
Parti keduniaan
Menolak kebenaran
Menolak Al-Quran
Menggunakan pula teori Machivelli
Matlamat menghalalkan cara
Maksiat pula di buat segera
Dosa pahala tak ambil kira
Inilah jalan-jalan
Kebendaan
Disediakan oleh Parti Syaitan
Ketuanan bangsa
Merasakan bangsanya saja yang hebat
Lupa demi masa
Manusia berada di dalam kerugian
Lupa ada hari kemudian
Lupa ada hisab
Lupa ada sirat
Lupa ada neraka
Lupa hanya yang taqwa disisi Allah
Inilah budaya Parti Syaitan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Rabu, 9 Mei 2012
BUDAYA KEPIMPINAN KOTOR
Manusia
Ada minda
Ada hati
Ada nafsu
Jadi kotor
Bila
Mindanya bertaraf kalkatu
Bila
Hatinya berpenyakit
Cinta dunia takut mati
Bila nafsunya nafsu amarah
Bila berkuasa mengamalkan rasuah
Kuasai mahkamah
Kuasai penjawat-penjawat awam
Seperti
PDRM
SPRM
SPR
Bila rakyat dapat pilihanraya tidak telus
Wujudlah
BERSIH 1.0
BERSIH 2.0
BERSIH 3.0
Sepatutnya laksanakanlah
Tuntutan BERSIH
Hanya 8 sahaja
Biar rakyat jadi raja
Undi yang menawarkan harapan
Menawarkan perpaduan kaum
Memerintah ikut hukum
Bila yang jiwa kotor
Seperti yang ada sekarang ini
Takutkan masyarakat madani
Pada 28 April 2012
Berhimpun 300,00 rakyat berani
Disebabkan provokasi
Disebabkan ledakan gas pemedih mata
Kacau bilaulah suasana seketika
Kezaliman polis rakyat cerita
Dibiarkan saja
Pimpinan yang buta mata
Yang buta hati
Perlu sangat diganti
Dengan pimpinan berkualiti
Daripada Pakatan Rakyat
Yang anti rasuah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Selasa, 8 Mei 2012
HANYA MELALUI BERSIH
Pengalaman
Di Himpunan BERSIH 3.0
Di Kuala Lumpur
Di Stesyen Masjid Jamek
Jalan Tun Perak
28 April 2012
hari sabtu
Sekitar jam 2 tengahari
Piliharaya bersih dicari
Dengan kesusahan
Ditembak gas pemedih mata
Oleh FRU
Majoriti keturunan Melayu
Mangsa pun majoriti orang Melayu
Yang majoriti ikut ajaran wahyu
Dipimpin oleh Tuan Guru
Dipimpin oleh Tok Guru
Golongan bangsawan keliru
Projek ekonomi diburu
Masa mereka dah berlalu
Masa kebenaran menunggu
Zaman keadilan yang bermutu
Betul aqidah jalan bersatu
Dengan kaum lain boleh juga bersatu
Inilah Tahalul siyasi
Ada kerjasama
Dalam kebaikan Islam
Melalui BERSIH 3.0
Boleh cita-cita ini tercapai
InsyaAllah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Isnin, 7 Mei 2012
PANTUN MISI DAKWAH KE SANDAKAN
![]() |
'klik di sini..' untuk Galeri Foto |
Dalam laut ada ikan
Ikan yu dan pari
Ikut misi dakwah ke Sandakan
Keredhaan Allah saja dicari
Ikan di laut berbagai warna
Ada putih ada merah
Ceramah Ustaz Wan membina
Segelintir kecil saja yang marah
Musim hujan padi disemai
Taruh baja cepatlah tumbuh
Di setengah tempat pendengarnya ramai
Termasuk di suatu kuliah subuh
Sebelum ke sawah biasanya makan
Pencuci mulut pisang berangan
Tumpuan dakwah ialah di Sandakan
Ada juga di daerah Kinabatangan
Makan nasi dalam talam
Dilakukan di waktu berbuka puasa
Berada di Sabah dua malam
Dakwah diadakan di sepanjang masa
Menanam padi dalam sawah
Sebelum zohor biasanya makan
Datang ke Sabah untuk berdakwah
Tumpuan utama di sekitar Sandakan
Pagi hari mengajar di sekolah
Rumit bila air bah
Slogan keramat " Ini kalilah"
Tujuannya kuasa politik berubah
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Ahad, 6 Mei 2012
PANTUN AQIDAH ASAS BERSATU
Banyak lalat
menghurung bangkai
Ada semut menggonggong gula
Politik perkauman tak terpakai
Disokong manusia separuh gila
Gantang berisi padi bukit
Singgah mari minum kopi
Sambutan rakyat bukan sedikit
Tipu undi tetap dihadapi
Kuda berlari di tanah rata
Lari dihadap Bukit Piatu
Berdolak dalik Bapak Pendusta
Politiknya pula politik
kematu
Makan tebu di luar serambi
Anak terkukur atas bumbungan
Mari ikut perjuangan Nabi
Buat suruhan tinggalkan larangan
Buah durian masak merekah
Masak dikopek perawan sari
Calon Pakatan kita pangkah
Inilah kewajipan suami dan
isteri
Putus tali ikatan manjung
Pokok cempedak condong ke
paya
Hukum Allah kita junjung
Bila Pakatan kuasai Putrajaya
Tinggi pucuk menyapu awan
Condong ke laut sebelum senja
Bila Putrajaya kita tawan
Diberi keadilan setiap
pekerja
Sayang kerakap di atas kota
Dipetik boleh secara perlahan-lahan
Bersyukur beratus-ratus peserta
Berseh Tiga mendapat kejayaan
Masak buah bacang kuini
Jatuh sebiji di atas atap
Peserta Berseh cukup berani
Dengan Polis sanggup berentap
Ayam denak pandai terbang
Singgah berkokok di pintu
istana
Lepas perhimpunan rakyat bersembang
Dapat pengalaman cukup
berguna
Waktu senja pasang pelita
Semua ayam masuk ke reban
Bila pimpinan selalu berdusta
Rakyat marhaen menjadi korban
Ikan duri di celah batu
Ikan sepat dalam sawah
Betul aqidah asas bersatu
Gunakan puisi untuk berdakwah
Gerak sampan dari seberang
Singgahlah muat serkam padi
Tugas sasterawan ialah mengarang
Memotivasi remaja untuk
berbudi
Bunga tanjung di atas kota
Harum bau sampai petang
Orang fasik pandai berkata
Hukum Hudud mereka tentang
Mahkota raja cantik sekali
Boleh ditatang sepuluh jari
Hebat tulisan Imam Ghazali
Dengan membaca kenallah diri
Ada satu penglima bukit
Pantas bertikam bagai pelasit
Kejayaan Berseh bukan sedikit
Pimpinan korup nampak
tersepit
Pukul gendang tiup serunai
Anak India mandi petang
Hak rakyat kenalah tunai
Perhimpunan BERSIH tetap
datang
Pecah buyung nama tembikar
Limau sebiji dikerat-kerat
Tujuan BERSIH menentang mungkar
Supaya lupa bangsawan keparat
Pecah buyung berisi buah
Rumput ditimbun bunga lalang
Mari laksanakan kehendak Sunnah
Nescaya di akhirat tidak
malang
Anak Dayak anak Palembang
Mari berkampung dari seberang
Nampaknya penzalim akan tumbang
BERSIH 3.0 sebagai peransang
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Sabtu, 5 Mei 2012
PANTUN INDAHNYA MASYARAKAT MAJMUK
Anak sepat
di dalam tempayan
Jadi mainan anak petani
Pakatan Rakyat ada keupayaan
Menghapuskan sistem ekonomi
kroni
Tali benang kusangka rambut
Sirih pinang dalam tepak
Tawaran Jingga rakyat sambut
Negara Berkebajikan akan
betapak
Makan sirih sekapor petang
Kapuran anak datuk penghulu
Fahaman asobiyah kita tentang
Kebaikan rakyat dibuat dulu
Buah jeruk masak berempah
Lebih bawang terasa wangi
Remaja samseng sanggup diupah
Jiwa kotor di akhirat rugi
Telepuk bagai bunga teratai
Pecah enam akan kelopaknya
Berseh Tiga himpunan santai
Diserang tapi tetap berjaya
Timba buruk diberi tali
Sambar budak bawa berlari
Dimana mana pengkhianat mudah
dibeli
Tanda tak kenal diri sendiri
Tempa kapak dengan beliung
Tetak mari nibung berduri
Dasar asobiyah jelas terpesung
Khazanah Negara berani curi
Buah bacang setangkai lebat
Lebat bunga gugur dipaya
Berseh Tiga himpunan hebat
Membolehkan Pakatan kuasai
Putrajaya
Pisang emas masak digoyang
Jatuh sebiji di dalam baldi
Semasa demonstrasi tetap sembahyang
Dilakukan oleh muda mudi
Kapal belayar dari Palembang
Angkat sauh putar kemudi
Parti perkaumamn hampir tumbang
Bawa orang luar mengundi
Raden Mas dalam perahu
Kerbau berlaga dengan kuda
Bila agama tidak tahu
Mudah terima unsur propaganda
Ada satu siburung hantu
Hinggap mari dipohon kayu
Masyarakat majmuk boleh bersatu
Bila adil pimpinan Melayu
Pantun dikarang anak Melaka
Rumput manis bergantung tali
Menipu undi kerja celaka
Penyokong BERSIH susah dibeli
Rumput manis bergantung tali
Tumbuh temu didalam hutan
Disembur gas berkali-kali
Tetap yakin dengan Pakatan
Dapat seutas sandang melati
Bunga angsana dalam jambangan
Peserta BERSIH 3.0 berkualiti
Datang walaupun banyak
halangan
Merah kesumba tepi kuali
Melati kudap di balik kota
Walaupun disembur berkali-kali
Sabar walaupun berair mata
Unggas kedidi burung kayangan
Terbang merak dari angkasa
Buatlah suruhan tinggalkan larangan
Ingat Allah Maha Esa
Anak
enggang terbang merapat
Terbang
mari ditepi kolam
Menembak gas apa dapat
Barisan Nasional akan
tenggelam
Raja hantu turun menjelma
Menjadi seekor burung nuri
Berseh Tiga usaha bersama
Keelokan negara yang dicari
Anak Cina pergi berdagang
Jual mari di tepi laut
Bila sembur suasana pun tegang
Disiplin penganjur tetap
diikut
Pisau kecil tanggal batang
Batang dua penggal tiga
Apa-apa penyelewengan tetap ditentang
Keharmonian kaum tetap dijaga
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
Langgan:
Catatan (Atom)