Rabu, 30 April 2014

BUATLAH 3 PERKARA: ZIKIR, SYUKUR & FIKIR

Badiuzzaman Said Nursi

Semasa berada di dunia buatlah kerja-kerja mulia yang mendatangkan pahala
Gunakan akal dikepala
Tolak pemimpin gila
Sanggup tipu rakyat kerana kuasa
Lupa Allah maha kuasa
Lupa mati esok atau lusa
Dalam kubur Ataturk diseksa
Dari kerajaan Uthamaniah dapat kuasa
Dirombaknya budaya iman kepada Barat durjana
Mulai tahun 1924 aktiviti agama di porak-perandakannya
Dari Barat dapat cahaya , cahaya membawa dosa
Ataturk terus bermaharajalela
Tapi menanti di depan Ulama yang berusaha
Badiuzzaman Said Nursi namanya
Risalah An-Nur jadi modalnya
Ajarannya diterima rakyat jelata
Ke mana-mana Said Nursi pergi dakwah islam berkembang
Kerajaan sekular terus bimbang
Banduan-banduan di penjara mulai sembahyang
Diajarkan oleh Said Nursi yang dipenjarakan berkali-kali
Dia tidak lemah semangat dia ada 3 perkara yang dibuatnya
Kemana-mana saja dia berada
Berzikir, Bersyukur, Berfikir
Dari zikir, dari syukur, dari fikir
Datang kekuatan dalaman
Berteraskan iman
Murid-muridnya menjadi teman
Murid-muridnya mengedarkan Risalah An-Nur
Risalah An-Nur membawa kebaikan kepada bangsa dan Negara
Itulah Turki
Risalah An-Nur membimbing ke arah iman yang hakiki tanpa mencetuskan sebarang keburukkan
Ini yang dikembangkan oleh Badiuzzaman Said Nursi
Hingga akhir hayat Said Nursi hidup seorang diri
Tiada sempat beristeri
Keredhaan Allah saja dicari
Bertapak semula Islam di Turki
Sekularisme kenal Ataturk yang mati
Syabas Badiuzzaman Said Nursi
Namamu dikenang hingga ke hari ini.


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Selasa, 29 April 2014

PELAJARI DARI SEMUT




Semut itu mengajar kita erti kerjasama dalam satu pasukan atau organisasi. Apabila mendapat makanan, semut-semut itu tidak pernah memakan sendirian. Dia mengajak kawan-kawannya lalu membawa makanan yang ditemui itu ke sarang.”
Berbeza dengan manusia sekarang sesama ahlipun ada serang-menyerang
Ada yang pilih pimpinan temberang
Maklumlah mudah dapat wang
Lihat dalam pemilihan sekarang
Media sosial dijadikan tempat menyerang
Diupah Blogger yang tak sembahyang
Buka semua tembelang
Nasib parti jadi malang
Terbang tinggi seekor helang
Mencari mangsa di atas bukit
MH370 semacam-macam hilang
Hati-hati keluarga bertambah sakit
Kebaikan pemimpin selalu diungkit
Beri rakyat sedikit
Projek mega kroni himpit
Dalam kubur tanah menghimpit
Tolak Hudud mencari penyakit
Didesak Brunei hingga tersepit
Perlaksanaan Hudud terpaksa ditangguhkan dulu
Desakan Barat bertalu-talu
Akhirnya Brunei Darussalam terpaksa mengalah
Perjuangan semut tak pernah kalah
Setiakawannya sentiasa terserlah
Semuanya kehendak Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1435/Apr2014




Ahad, 27 April 2014

ZINA


Perempuan ada tarikan kepada lelaki
Adam a.s lelaki pertama
Siti Hawa isteri setia
Dari kedua-dua ini lahirlah
Generasi manusia berbagai bangsa
Bertutur pula berbagai bahasa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada
di dalam kerugian termasuk perzinaan
Perhubungan intim
Lelaki dan perempuan
Tanpa kebenaran wali berkenaan
Tanpa ijabkabul
Inilah zina
Perbuatan yang hina
Berlaku zina di mana-mana
Di Timur Barat
Di utara Selatan
Disebabkan budaya syaitan
Dibiarkan kebebasan
Pergaulan bebas
Dibiarkan budaya kuning
Ibubapa kepalapun pening
Kesan Dunia tanpa sempadan
Dari Iblis ambil teladan
Dari Blue Film
DiMelayukan Filem Lucah
Kehormatan wanitapun pecah
Disebabkan pimpinan tak beramanah
Menolak Sunnah
Di dunia dah musnah
Di akhirat semuanya punah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
j'Akhir1435/Apr2014



Sabtu, 26 April 2014

MEMUTUSKAN HUBUNGAN KELUARGA


Dari suami isteri wujudlah keluarga
Ada emak dan bapa mertua
Bila beranak besarlah keluarga
Bila anak berkahwin bertambah besarlah keluarga
Kekuatannya
Tentulah agama
Tentu yang diredhai Allah
Hantar anak ke sekolah
Mulai peringkat pra-sekolah
Meningkat ke sekolah rendah
Aurat jangan terdedah
Jangan ambil dadah
Pengedar dadah dapat faedah
Bahaya kepada keluarga terdedah
Ikatan keluargapun pecah
Dengan cara ini putuslah hubungan keluarga
Putus hubungan boleh berlaku
Dari perbezaan pahaman politik
Mungkin yang satu berfahaman asobiyah
Disebelah yang lain mengikuti Sunnah
Gagal diselesai melalui dakwah
Mungkin disebabkan unsur rasuah
Yang lagi satu bermaruah
Putus hubungan ini perlu
Dilihat dari sudut agama
Nabi s.a.w berjuang untuk kebaikan ummah
Abu Jahal untuk Ketuanan Arab
Di peperangan Badar Abu Jahal terputus kepala
Putus hubungan yang berpahala
Oleh itu carilah pahala
Walaupun memutuskan keluarga itu dosa besar
Tapi kebenaran mengatasi kebatilan
Di depan anda ada jalan
Pilih yang membawa ke syurga



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Jumaat, 25 April 2014

MAIN JUDI


Apabila terjumpa perkataan
Main judi
Kita teringat
Genting Highlands
Tempatnya di atas bukit
Di negeri Pahang Darul Makmur
Cuacanya nyaman
Dijauhi oleh orang-orang beriman
Didekati orang-orang keduniaan
Dari pelbagai keturunan
Ingin keseronokan
Dimulai dengan sedikit pertaruhan
Inilah perjudian
Bertambah banyak di zaman moden
Mendatangkan hasil kepada kerajaan
Digunakan untuk perbelanjaan dan pembangunan
Dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan
Lesen-lesen judi terus diberikan
Kepada rakan-rakan yang rapat dengan kerajaan
Direstui rakyat bawahan
Didirikan kedai-kedai judi di pekan-pekan
Terkenal 4D dan Sports Toto
Ada di Jelapang
Ada di pekan Chemor
Ada cabutan 3 kali seminggu
Yang untung hanya tauke-tauke judi
Yang untung yang diberi lesen menjual nombor
Masyhurlah judi tikam ekor
Dosa besar dibawa ke dalam kubur
Semuanya lebur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Khamis, 24 April 2014

MEMAKAN YANG HARAM


Selagi manusia bernyawa
Selagi itulah perlu makan
Menyehatkan badan
Dari Nabi s.a.w ambil teladan
Cintakan Allah diutamakan
Suka pada wangi-wangian
Suka juga pada perempuan
Solatpun penyejuk mata
Tindakan kita
Patut juga ada sama cita-cita
Cara halal cari harta
Cara halal kumpul harta
Bela nasib rakyat jelata
Dengan memerintah secara adil
Rakyat dan pemerintah bantu membantu
Matlamatnya hanya satu
Mahu kehidupan rakyat bermutu
Mahu kos kehidupan dikurangkan
Harta haram tidak dimakan
Dalam paya berenang ikan
Ada haruan ada sepat
Kerja haram elok diceritakan
Pahala mudah kita dapat
Ini tindakan yang tepat
Ini disuruh oleh syariat
Digalakkan kita banyak berselawat
Perlu diingat
Memakan yang haram adalah maksiat
Bila dijauhi oleh umat
Dunia selamat
Akhiratpun selamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Rabu, 23 April 2014

SIHIR


Sihir bertujuan menyusahkan orang lain
Sihir bertujuan memporakperandakan kehidupan orang lain
Kehidupan rakan rakan
Kehidupan keluarga
Kehidupan masyarakat
Supaya jauh dari berkat
Supaya hilang perasaan muafakat
Timbul perasaan syak wasangka
Berlaku suasana bermasam muka
Terbukalah pintu neraka
Aurat wanita terus terbuka
Dapat oksigen kata puak anti hadith
Belum bernikah dah hamil anak-anak gadis
Bergaul bebas punca utama
Jahil pula ajaran agama
Gunakan sihir hendak masyhurkan nama
Beli beg tangan ternama
Dari pasaraya terbesar dunia
Harrods di London
Marks & Spencer di London
Makan aiskrim di Monte Carlo
Bila berjumpa hanya ucapkan hello
Bila ucapkan salam dianggap tak umphh
Mungkin hilang keberkesanan ilmu sihir
Rugi bila nyawa berakhir
Mati tanpa taubat
Tolak separuh kalimah shahadat
Inilah Karl Marx punya hajat
Disihirnya masyarakat
Dengan dasar lupakan akhirat
Dipegang Kassim Ahmad
Sehingga nyawa tamat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Selasa, 22 April 2014

HARI JADI YANG DIPERINGATI

Pada mulanya harijadi saya
Disambut pada 12 April 2014
Bersamaan 12 Jamadilakhir 1435 Hijrah
Tapi hari ini 22 April 2014
Disertai enam orang lagi ahli
Kuliah Dhuha
Yang telah ditubuhkan pada tahun 2007
Pertama kali diraikan secara rasmi
Oleh rakan-rakan kuliah Dhuha
Di Masjid Panglima Kinta Ipoh
Bila tarikh jamuan hendak diadakan
Timbul cadangan memasukkan semua rakan-rakan
Berumur 75 tahun ke atas diraikan bersama sama
Ini tanda eloknya bekerjasama
Ucapan kami di majlis harijadi ini
Semoga kita diberkati dan dilindungi Allah
Semoga kawan kawan yang lain juga
Berada dalam keadaan sihat
Sehingga mencapai umur seperti kami Warga Intan
Murid-murid bimbingan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Bertambah enam orang lagi
Dapat diraikan bersama dengan mesra
Hajjah Aishah binti Tamrin
Seorang muslimah yang tawaduk sekali
Ingin menimba ilmu sebagai bekalan mati

Ikan sepat ikan keli
Mudah membiak dalam sawah
Hidup di dunia hanya sekali
Libatkan diri dalam dakwah

Hajjah Halimah binti Haji Husin
Baru menyertai kuliah Dhuha
Teruslah berusaha
Semoga menjadi muslimah bertaqwa

Hajjah Sariah binti Md Nor
Isteri setia Haji Hanafiah
Suami isteri yang istiqamah
Semoga dirahmati Allah

 Ambil wudhu dari kolah
Kolah diperbuat dari simen
Mari ikut sunnah Rasulallah
Nasib di akhirat akan terjamin

Haji Abdul Aziz bin Lat
Bersama isteri ikut kuliah Dhuha
Kumpulan awal yang istiqamah
Semoga kehidupannya dirahmati Allah

Kanak-kanak pergi ke sekolah
Menaiki bas serta berbasikal
Sabar bila menghadapi masalah
Kepada Allah sentiasa bertawakkal

Haji Mohd Belia @ Baliya bin Haji Abu Kassim
Seorang pesara yang berpengalaman
Dalam kehidupan perlu berteman
Carilah Muslimah yang beriman

Harum bunga dalam taman
Bunga ros bunga tanjung
Negara perlu pimpinan beriman
Ulama berakhlak kita sanjung
Bersama isteri datang ke kuliah Dhuha
Haji Abdul Wahab bin Yahya
Keberkesanan kuliah Dhuha cukup percaya

Berenang ikan dalam paya
Berbagai jenis ikan darat
Dengan iman mudah berjaya
Baik di dunia dan akhirat

Ke semua bertujuh ini
Dikelaskan sebagai warga warga intan
Atau Angkatan Ranum
Angkatan yang masih sihat
Serta panjang umur
Semoga yang lain di kelas ini
Sampai umur ke tahap kami
Terima kasih dari kami
Kepada Ustaz Wan Ahmad Termizi
Menganjurkan jamuan pagi ini
Seorang ulama yang berani
Doakannya dia sihat walafiat
Dapat menghasilkan buku buku rujukan
Untuk kemajuan dakwah Islamiyyah
Semoga terus kekal berdakwah
Dengan iman dan istiqamah

Burung pipit terbang sekawan
Turun ke sawah makan padi
Terima kasih Ustaz Wan
Melalui dakwah menabur budi






HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014



Sabtu, 19 April 2014

IKUT NASIHAT YANG BAIK


“Amal yang paling utama adalah solat pada awal waktunya”
Manusia dijadikan Allah sebaik-baik kejadian
Bila gunakan akal fikiran
Bila buat suruhan
Bila jauhi tegahan
Asasnya pula ilmu pengetahuan
Sumber asalnya Al-Quran
Penuh dengan pengajaran
Abu Lahab pun hairan
Namanya ada dalam Al-Quran
Di Badar Abu Jahal dikorbankan
Ditangan Abdullah Mas’ud
Kehidupannya zuhud
Redha apa yang ada
Patut kita ikut sama
Berjuang untuk agama
Dalam jemaah bersama sama
Solat lima waktu di awal waktunya
Asas untuk berjaya
Berjaya
Melaksanakan tuntutan aku janji dalam solat
”Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah tuhan semesta alam”
Inilah kewajiban umat Islam
Laksanakanlah siang dan malam
Dengannya kebudayaan Barat akan tenggelam
Seperti kapal Titanik di lautan dalam
Fikirlah dengan mendalam




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014

Jumaat, 18 April 2014

PELUANG TERBUKA DI PAGI JUMAAT


”Solat yang paling utama di sisi Allah adalah solat Subuh
pada hari Jumaat dalam jemaah”
Solat itu tiang agama
Mari bangunkan bersama-sama
Eratkan kerjasama
Diantara rakyat jelata
Dari Hadis banyak cerita
Kelebihan solat berjemaah
Lepas itu dengar kuliah
Lepas itu dengar ceramah
Kelebihan pimpinan beramanah
Menyediakan rumah dalam tanah
Belajar tauhid; tassauf dan Fekah
Beramal hanya kerana Allah
Boleh menyelesaikan banyak masalah
Kanak-kanak pergi ke sekolah
Berjalan kaki berbatu batu
Kerana inflasi rakyat bermasalah
Diatasi dengan ekonomi jitu
Dalam kebajikan elok bersatu
Solat berjemaah setiap waktu
Dengar bacaan Imam yang bermutu
Maklumat asal hanya satu
Kerana Allah Yang Esa
Mohon segera bertukar kuasa
Supaya hidup rakyat bahagia
Tanpa syak dan curiga
Betul aqidah menanti syurga
Sujud sajadah di Subuh
Pagi Jumaat saja
Rebutlah peluang yang ada
Modal kita hanya nyawa
Ke akhirat pahala dibawa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014


Rabu, 16 April 2014

JALAN PERPADUAN MEMANG ADA

“Apabila datang kepadamu orang mulia daripada suatu kaum, maka muliakanlah dia”
Manusia mulia kerana janji
Janji ditepati
Sediakan bekalan sebelum mati
Dengan ilmu kehidupan pun berkualiti
Bila memimpin jelas ingin berbakti
Kepada seluruh rakyat jelata
Membayar zakat bila berlebihan harta
Rakyat akan sukacita
Dengan maklumat rakyat akan buka mata
Mudah kenal pimpinan pendusta
Sibuk mengumpul harta
Dengan cara rasuah
Mudah hidup mewah
Lupa amaran Rasulullah
Penerima rasuah ke neraka
Pemberi rasuah ke neraka
Tempat paling celaka
Dijauhi orang orang mulia
Ilmu penuh di dada
Sentiasa berwaspada
Ulama akhirat dihormati juga
Membawa umat ke syurga
Bila bertemu berilah salam
Eratkan silaturrahim sesama Islam
Baru nampak keindahan Islam
Bila rakyat memuliakan orang orang mulia

Yang beriman dan bertaqwa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014



Isnin, 14 April 2014

BILA NAK BUAT

Malaysia bila lagi??

"Jika kamu masuk ke rumah,maka hendaknya memberi salam kepada dirimu.Itu sebagai kesejahteraan dari Allah yang berkat dan baik'
Manusia ada 3 keperluan asas
Pertama makanan
Kedua pakaian
Ketiga tempat tinggal dipanggil juga rumah
Keperluan bagi si bujang
Keperluan yang dah berkahwin
Tempat perkembangan zuriat
Elok yang sihat
Bahagia yang ikut syariat
Betul pila niat
Niat kerana Allah
Niat kerana Rsulullah
Ikut Quran dan Sunnah
Beri salam bila tiba di rumah
Dari jiwa yang mut'mainah
Baru dikatakan wasatiyah
Bila mendaulatkan agama Allah
Bukan yang asobiyah
Dilaungkan "wasatiyah"
Di akhirat tak berfaedah
Oleh itu ingatlah
Kehendak dua kalimah syahadah
Bila ditolak di akhirat bermasalah
Di dunia boleh bermegah-megah
Dengan berjela-jela ijazah
Ada PHD
Digelar Doktor
Tanpa tauhid jiwa jadi kotor
Urusan politik tak teratur
Nama negara tercelar
Disebabkan dasar sekular
Maksiat berkembang dengan bebasnya
"Cinta Rasul" dalam TV disiarkan
Nampak semuanya ceria
Brunei tanpa program Cinta Rasul
Melaksanakan hukum-hukum syariat
1 April 2014 tarikh keramat
Malaysia bila nak buat?


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1435/Apr2014