Rabu, 31 Ogos 2011

PANTUN SELAMAT HARI RAYA 1432 H

Doa itu senjata orang mukmin


Dalam sungai berenang buaya
Waktu pagi menjemur diri
Orang mukmin tetap berjaya
Menundukkan nafsu setiap hari

Warna hijau daun pandan
Letak sehelai di tepi cermin
Sedih meninggalkan bulan Ramadhan
Inilah budaya orang mukmin

Allah bersumpah dengan masa
Manusia bersumpah dalam mahkamah
Orang sekular juga berpuasa
Jauh daripada rahmat Allah

Bergerak perlahan seekor ular
Nampak katak terus dimakan
Malang nasib puasa sekular
Kezaliman ketua tetap dipertahankan

Cencaru keluar di waktu petang
Mencari makannya di dalam laut
Pengkhianat demokrasi wajib ditentang
Tuntutan BERSIH selalu disebut

Bunga tanjung putih berseri
Luruh ke bumi di waktu pagi
Bila keredhaan Allah kita cari
Baru di akhirat tidak rugi

Tapai ubi tapai pulut
Sedap dimakan selepas berbuka
Bila pimpinan negara kalut
Nasib rakyat macam neraka

Pisang emas masak sebiji
Beri makan kepada isteri
Pemimpin zalim rakyat keji
Tumbangnya mereka selamat negeri

Lelaki muslim pakai cincin
Cincin dibuat daripada suasa
Khazanah negara disapu licin
Mengumpul harta bila berkuasa

Cincin emas cincin belian
Diguna pakai isteri kenamaan
Bila puasa tidak berkesan
Dapat lapar dan kehausan

Bunga ros warna merah
Bunga mawar warna putih
Selepas Ramadhan mari berhijrah
Tuntut ilmu jangan letih-letih

Tanam sayur di tepi paya
Tumbuh sayur berbagai jenis
Maaf bermaafan di hari raya
Disertai dengan senyuman manis



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Ogos2011

REALITI MERDEKA



I

31 Ogos 2011
Hari memperingati merdeka
Depan cermin lihat muka
Bertambah tua
Menuju Batu Dua
Majorti manusia kecewa
Majoriti berdosa
Membiarkan penyalahgunaan kuasa
Menambahkan dosa
Korupsi berleluasa
Judi berleluasa
Pembelian arak mudah saja
Cerita artis di mana-mana
Aurat artis terdedah
Kerja maksiat jadi mudah
Tokeh judi dapat faedah
Tokeh arak dapat faedah
Melayu banyak penagih dadah
Natijah budaya jahiliah

II

   Hari Merdeka hari Rabu
      Bersamaan dua haribulan Syawal
   Apa guna duit beratus ribu
     Jika budaya syirik tak terkawal



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Ogos2011

Selasa, 30 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432 HIJRAH



Bila 1 Syawal tiba
Hati orang mukmin hiba
Mengenangkan luput ruang mengumpul pahala
Memperbanyakkan amal soleh
Ada tersedia
Lailatulqadar
Menepati ibadat
Dari terbenam matahari
Sebelum terbitnya fajar
Kebaikannya
Lebih baik daripada 1000 bulan
Lebih kurang 83 tahun
Segala dosa pohon diampun
Allah yang susun
Kita berusaha
Kita bermohon
Bersihkan hati di Hari Raya Aidilfitri
keredhaan Allah dicari
Dengan mengikuti
Ajaran Nabi
Di akhirat syafaat menanti
Bidadari-bidadari
Sedia melayani
Warga syurga
Muda dan ceria



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1432/Ogos2011

Isnin, 29 Ogos 2011

29 RAMADHAN 1432H

Amalan puasa, mudah-mudahan kita lebih bertaqwa


I

Hari Isnin hari terakhir berpuasa
Berdasarkan taqwim yang ada
Kali ini
Puasa kita hanya
Dua puluh sembilan hari
Sebulan Ramadhan muhasabah diri
Dengar tazkirah kenal diri sendiri
Begitu juga anak-anak dan isteri
Sama-sama hadir di majlis ilmu
Baru tahu indahnya wahyu
Baru bergeliga minda orang Melayu
Setelah 53 tahun merdeka
Melalui polisi
Cakap tak serupa bikin
Sewenang-wenang berlaku zalim
Video seks lucah ditayangkan kepada umum
Jelas jahil tentang hukum
Menyesal bila nyawa di halkum
Baru suruh isteri bertudung
Baru nak ikut sunnah Nabi s.a.w
Baru nak taubat nasuha
Baru nak laksanakan ekonomi Islam
Baru nak solat malam
Baru nak bersama ulama akhirat
Inilah alamat
Puasa tahun ini penuh berkat
Bersatu dalam kerja-kerja kebajikan

II

   Harum bau kayu gerharu
      Mudah diperolehi dalam hutan
   Nabi Muhammad sebenar-benar guru
      Ikut sunnahnya lemahlah syaitan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Ahad, 28 Ogos 2011

28 RAMADHAN 1432H



I

Hari Ahad keempat
Hari kedua akhir Ramadhan
Menanggung lapar dan dahaga di setiap keadaan
Bertahan dengan izin Tuhan
Allah yang bersifat Ar Rahman
Allah yang Maha Pemurah
KepadaNya kita berserah
Menipu dalam sistem demokrasi
Membuatkan rakyat marah
Menipu rakyat tiada hadnya
Gagal pilihanraya ke jalanraya
Kecut perut buaya-buaya
Rancangan jahat mereka belum berjaya
Takut guna dakwat hitam
Takut daftar pengundi secara bersih
Takut hadir pemerhati luar negara
Berbeza pilihanraya
Di Indonesia
Di Turki
Dijemput pemerhati-pemerhati
Dari negara-negara sahabat
Semua orang boleh lihat
Bebas daripada unsur khianat
Inilah tuntutan rakyat
Negara berkebajikan
Negara makmur dan
Mendapat keampunan Tuhan
Prosesnya melalui puasa Ramadhan

II

   Hijau nampak daun pandan
      Ambil sehelai harum baunya
   Hapuskan pengkhianat di bulan Ramadhan
      Melalui puasa InsyaAllah berjaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Sabtu, 27 Ogos 2011

27 RAMADHAN 1432H



I

Hari Sabtu
27 Ramadhan
Menghadapi ujian tetap bertahan
Seperti tersergamnya Gunung Tahan
Asasnya iman
Daripada iman lahir amalan
Amalan berdasarkan niat
Niat untuk mencari keredhaan Allah
Dihalangi oleh musuh-musuh Allah
Dengan iklan-iklan mengghairahkan
Menggunakan wanita jelita
Berkali-kali terpandang mata
Hati mula berkata-kata
Kumpulkan harta
Melalui tahta
Biarkan rakyat jelata menderita
Yang penting
Gerombolan pelahab mengaut keuntungan
Ulama suk tentu membiarkan
Akaun bank boleh dipenuhkan
Lepas itu boleh buat umrah
Boleh ziarah Rasulullah
Harap-harap di akhirat dapat syafaat
Budaya ini merosakkan negara dan rakyat
Perlu disekat
Digantikan dengan pimpinan berbakat
Daripada tarbiyah Ramadhan harap-harap dapat

II

   Ikan keli ikan sepat
      Dua jenis ikan darat
   Kebajikan rakyat boleh dapat
      Bila dipimpin ulama akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Jumaat, 26 Ogos 2011

26 RAMADHAN 1432H

Hayatilah Sirah Nabi SAW


I

Dua puluh enam hari berpuasa
Berbagai keadaan kita rasa
Berdoa ketika sahur
Berbuka penuh nikmat
Lazat terasa air serbat
Kurma dijual di sana sini
Hanya belum ikut sepenuhnya
Perjuangan Nabi
Salleh Yaakob disayangi
Ke semua empat isteri
Dalam media massa diceritakan
Prestasi memuaskan
Dengan Nabi s.a.w mari bandingkan
Nabi s.a.w berjihad di siang hari
Sambil berpuasa berlaku peperangan Badar
Nabi s.a.w banyak solat malam
Nabi s.a.w banyak infakkan wang
Nabi s.a.w memang sebenar-benar pejuang
Sebelas isteri
Semuanya janda-janda
Hanya Aishah binti Abu Bakar yang dara
Ilmu sirah sangat berguna
Kepada generasi kemudian

II

   Bunga melor warna putih
      Kembang semerbak dalam taman
   Beribadat Aisyah tak letih-letih
      Namanya harum sepanjang zaman



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011


Khamis, 25 Ogos 2011

25 RAMADHAN 1432H



I

Hari Khamis
Dua puluh lima Ramadhan
Ingat kita hak-hak Tuhan
Memuliakan Al-Quran
Sayang kita dengan Al-Quran
Sedari Al-Quran memang hebat
Dituntut kita mempelajari Al-Quran
Mengandungi banyak pelajaran
Kekayaan Qarun kita tak hairan
Bill Gates juga bapak jutawan
Makan nasi hanya satu pinggan
Lebih daripada itu perkara larangan
Dilarang oleh doktor peribadi
Dituntut membaca Al-Quran
Satu ayat sebagai permulaan
Terlebih dahulu bersihkan badan
Daripada Saidina Umar Al-Khatab ambil teladan
Daripada anti-Islam kepada pro-Islam
Dituntut kita menghafal Al-Quran
Dituntut kita memahami
Isi kandungan Al-Quran
Tinggal lagi lima hari Ramadhan
Nasihat ini sangat berguna
Abu Lahab terus hina

II

   Ayam jantan ayam betina
      Berkejar-kejaran dalam hutan
   Abu Jahal juga hina
      Ikut saja nasihat syaitan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Rabu, 24 Ogos 2011

24 RAMADHAN 1432H





I

Bila suka menuntut ilmu
Ada pula tempatnya
Perlu hanya daya usaha
Ada di masjid
Ada di surau
Apa-apa halangan di atasi
Dengan bertindak penuh teliti
Ingatkan mati
Ingatkan akujanji
"sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidupku dan matiku adalah
untuk Allah; tuhan semesta alam"
Bila ini disedari pimpinan bernama Islam
Baru berjihad siang dan malam
Kesan mendalam ilmu kalam
Menyertai jemaah Islam
Mahu nasib rakyat dibela
Dengan dasar berteraskan kebajikan
Gaji buruh berpatutan
Ikut kos kehidupan
Gaji minima dilaksanakan
Harga barang-barang dikurangkan
Daripada golongan peniaga-peniaga
Menjiwai falsafah puasa
Ingin berjasa
Kepada rakyat sentiasa
Natijah berpuasa
Adil yang pegang kuasa

II

   Pergi ke hutan memburu rusa
      Dapat seekor kijang betina
   Bila beramanah para penguasa
      Negara Kebajikan boleh dibina



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011


Selasa, 23 Ogos 2011

23 RAMADHAN 1432H



I

Puasa
Bila jadi budaya
Mudah melakukannya
Perlu disuluh dengan ilmu
Daripada Al Quran
Daripada Hadis
Dinamakan ilmu pengenalan
Awal-awal agama mengenal Allah
Bila berpuasa kerana Allah
Bila solat kerana Allah
Bila bekerja kerana Allah
Bila berpolitik kerana Allah
Bila memerintah kerana Allah
Bila hidup kerana Allah
Bila mati kerana Allah
Baru minima masalah
Baru kurang jenayah
Baru penjawat-penjawat awam beramanah
Baru pemimpin-pemimpin tak rasuah
Baru hidup sederhana
Baru puasa Ramadhan bermakna
Baru Negara Berkebajikan mudah dibina
Baru bermakna raja jadi Ketua Agama
Allahuakbar jadi slogannya
Berpakaian pula sederhana
Bergaul dengan masyarakat
Dengan penuh kasih sayang
Berjemaah bila sembahyang
Rakyat jelata pun sayang

II

   Waktu petang main lelayang
      Putus tali jatuh ke tanah
   Kejelitaan bidadari jelas terbayang
      Bagi pemimpin yang beramanah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Isnin, 22 Ogos 2011

22 RAMADHAN 1432H



I

Hari Isnin minggu ke empat
Bila taqwa sudah dapat
Bila hadir di majlis ilmu
Baru tahu
Menuntut ilmu kefardhuan
Yang lain
Dengan menuntut ilmu sahajalah
Akan diperolehi hidayah Allah
Dalam kehidupan manusia
Mengabaikan majlis ilmu
Mendatangkan dosa serta
Kederhakaan yang paling
Besar kepada Allah
Menuntut ilmu menghapuskan dosa
Semasa jahil yang lalu
Wajib istiqamah menuntut ilmu
Selagi masih bernafas
Bila dilakukan dengan ikhlas
Di akhirat Allah akan balas
Nikmat syurga yang menyenangkan
Nikmat syurga yang berpanjangan

II

   Wanita Indon makan jamu
      Badan sihat muka pun cantik
   Tuntutlah ilmu jangan jemu-jemu
      Baru bijak bila berpolitik



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Ahad, 21 Ogos 2011

21 RAMADHAN 1432H



I

Hari Ahad ketiga
Akal kita kenalah jaga
Dengan agama
Bangunkanlah bersama-sama
Ramadhan masuk hari ke dua puluh satu
Mahu hidup bermutu
Fikir dulu tentang akhirat
Suruhan Allah tak ada yang berat
Yang penting buat
Bersihkan niat
Baru terasa indahnya syariat
Menunjukkan jalan selamat
Diterima yang akal sihat
Bekerja dengan tulang empat kerat
Rezeki halal sebagai matlamat
Menguruskannya dengan cermat
Baik untuk masyarakat
Bila dipentingkan kebajikan rakyat
Terasa lazat
Bila minum air serbat
Bila tiba waktu berbuka
Kanak-kanak pun suka
Bertambah satu hari lagi berpuasa

II

   Berjalan sama itik angsa
      Menuju reban setiap petang
   Dalam jemaah menabur jasa
      Rancangan mungkar kita tentang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Sabtu, 20 Ogos 2011

20 RAMADHAN 1432H



I

Hari Sabtu minggu ketiga
Umat Islam berpuasa
Betul kata Nabi s.a.w tentang masa
Masa setahun macam sebulan
Masa sebulan macam seminggu
Masa seminggu macam sehari
Masa sehari macam sejam
Masa sejam macam seminit
Mari kita renungi satu surah pendek daripada Al-Quran
Surah Al-Asr
"Demi masa
sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian"
Kecuali yang beriman
Kecuali yang beramal soleh
Serta berwasiat diatas kebenaran
Berwasiat diatas kesabaran
Daripada dua contoh di atas
Masuk syurga tidak ada jalan pintas
Mesti beramana
Yang di atas
Yang pegang kuasa
Rugi di akhirat bila menyalahguna kuasa
Muhasabahlah diri di bulan puasa
Jika tahun lalu
Puasa peringkat awam
Tahun ini capailah taraf puasa khusus
Di akhirat tentu semua lulus

II

       Orang Melayu kata wang
           Orang Arab kata fulus
        Ingat Allah disetiap ruang
            Soalan kubur mudah lulus



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Jumaat, 19 Ogos 2011

19 RAMADHAN 1432H



I

Masa beredar
Manusia ramai yang tak sedar
Kata Saidina Ali Bin Abu Talib 
"manusia itu tidur semasa di dunia
dan terjaga bila berada di dalam kubur"
Terkejutlah manusia yang takbur
Ke sana sini fitnah ditabur
Video seks lucah bertujuan supaya
Seorang manusia hancur lebur
Sedar-sedar si dia makin masyhur
Dengan maklumat boleh diukur
Dengan penulisan Imam Shafie jadi masyhur
Imam Al-Ghazali juga terkenal
Dengan ilmu dan kitab Ehya Umuluddin
Menghidupkan jiwa agama
Bertarawih kita bersama-sama
Dengan infak berkembanglah agama
Dengan tazkirah difahami agama
Oleh sebilangan rakyat jelata
Penyelewengan pengurusan
Kelihatan jelas dan nyata
Ulama akhirat berani berkata
Adalah jihad akbar
Berkata benar kepada pemerintah zalim
Akhirnya bangun jiwa-jiwa Muslim
Setelah di tarbiyah guru-guru
Yang benar-benar alim

II

      Imam Shafie terkenal alim
          Mengarang kitab duduk di kerusi
      Mari bersatu bersaudara Muslim
          Berdakwah boleh melalui puisi




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

PUISI BERGEMA DI MALAM RAMADHAN DI LEMBAH KINTA



Syukur kepada Allah s.w.t "Koleksi Puisi Ramadhan 1432H" saya sedang dideklamasikan di beberapa surau di kawasan Parlimen Tambun, Ipoh.

Surau Al-Ikhlasiah, Jalan Pemimpin tetap istiqamah dengan Tuan Haji Mat Anjang sendiri mendeklamasikan puisi saya daripada malam pertama Ramadhan lagi tahun ini.

Di Surau Nur Ar-Rahman, Halaman Meru Damai, Meru Raya, Ipoh juga mendeklamasikan saya setiap malam.

Haji Razali Omar tetap setia mendeklamasikan puisi saya di Surau Diri Jumaat At-Taufiqiyah, Taman Klebang Jaya, Chemor setiap malam sebelum Tazkirah Ramadhan.

Haji Maarof juga mendeklamasikan puisi saya di Surau Al-Falah, Taman Soon Choon, Ipoh di setiap malam Ramadhan Al Mubarak ini.

Daripada puisi-puisi ini diharap para pendengar boleh melahirkan minat kepada kesasteraan Melayu yang semakin pupus ditelan oleh gelombang Globalisasi.


Khamis, 18 Ogos 2011

18 RAMADHAN 1432H

Surah Hud 113


I

Hari Khamis
Minggu ketiga
Bangun sahur seluruh keluarga
Bunyi jam loceng terus terjaga
Empat pagi biasa saja
Allah saja dipuja
Pangkat dan jawatan
Rendah disisiNya
Penting sekali kualiti puasa
Taraf puasa awam
Perlu ditinggal jauh-jauh
Dengan zikir hati jadi teguh
Mudah buat yang disuruh
"Jangan condong kepada
Kezaliman; nanti kamu disambar api neraka"
Sumpah keramat tak bermakna
Bila masuk gerombolan hina
Tamadun Hedonis saja dibina
Hidup ini hari
Lupa hari esok
Rasuah kerja busuk
Rasullullah tetap kutuk
"pemberi dan penerima rasuah masuk neraka"
Tempat paling celaka
Hidup penuh bermuka-muka
Buat apa yang Zionis suka

II

      Pisang emas pisang nangka
         Boleh dibeli di pasar tani
      Gerombolan fasik masuk neraka
         Dasar ekonomi mengkayakan kroni



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

RAKYAT MULAI SEDAR

"Kuasa Rakyat"
Baru hari ini kita sedar mengapa pemerintah mengharamkan sesuatu yang sudah pastinya mengubah dan membawa kearah jalan tranformasi.Jawapan nya cukup mudah iaitu mereka bimbang kehilangan kuasa dan kedudukan.


Mahu kekal berkuasa
Melakukan banyak dosa
Dosa menipu rakyat jelata
Dosa mengumpul harta
Dengan cara salahguna kuasa
Bila-bila masa
Boleh guna ISA
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Mykad pula diberi
Pendatang haram dari luar negeri
Mendedah aurat para isteri
Mahu digelar First Lady
Bayar khimat Syarikat Yahudi
Diam para mufti
Ayat 120 Surah Al-Baraqah sebagai bukti
Tanda kotor hati
Warna kuning digeruni
Kayaraya kroni-kroni
Ruang udara dimonopoli
Cantuman MAS dan Air Asia
Boleh buat apa saja
Asalkan kekal pegang Putrajaya
Digasak oleh Buku Jingga
Rakyat jelata akan gembira
Bila bertukar kuasa
Kesan puasa
Kesan tazkirah Ramadhan
Rakyat dapat kebajikan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Rabu, 17 Ogos 2011

17 RAMADHAN 1432H



I

17 Ramadhan
Diingati turunnya Al-Quran
Di awal kurun tujuh masehi
Abu Lahab terus menerus memusuhi
Anak saudaranya sendiri
Muhammad bin Abdullah
Disayangi Abu Lahab hingga umur Nabi s.a.w
Empat puluh tahun
Apabila suruh Al-Masad turun
Sahkan bapa saudara Nabi s.a.w
Abu Lahab mewarisi Neraka Jahanam
Begitu juga gerombolan manusia
Yang lahir saja Islam
Batinnya memulaukan jemaah Islam
Merancang ambil kuasa masjid
Siang dan malam
Mahu sekat majlis ilmu
Mahu orang sebangsa dengannya
Jadi dungu
Jadi Islam pada nama saja
Kebudayaan Barat terus dipuja
Daripada kehidupan dipisah-pisahkan agama
Waktu solat tetap berjanji
"Sesungguhnya solatku; ibadatku;
Hidupku dan matiku adalah untuk
Allah; Tuhan semesta alam"
Janji sudah dilafazkan
Sejak 53 tahun yang lalu
Menyokong mungkar tetap tak malu

II

       Angin petang terus berlalu
           Bergoyang nampak daun kelapa
       Bila buat maksiat selalu
           Kekal dalam keadaan papa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

MENANTI REBAH

menanti rebah

I

Kapal nelayan belayar ke seberang
Sampan kolek mudik ke hulu
Melalui puisi penzalim diserang
Dengan membaca terlebih dahulu
Dengan mengikut ajaran wahyu
Dengan berubah terlebih dahulu
Ubahlah Akal
Ubahlah Hati
Ubahlah Nafsu
Jadikan akal yang waras
Jadikan hati yang bersih
Jadikan nafsu mut'mainah
Bila memimpin tentu beramanah
Membenci rasuah
Membenci perkauman sempit

II

   Terbang berkawan burung pipit
      Nampak helang terus lari
   Parti Perkauman sedang tersepit
      Kejahatan mereka tidak terperi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Selasa, 16 Ogos 2011

16 RAMADHAN 1432H


I

Hari Selasa
Puasa melepasi setengah bulan
Lima belas hari sudah selesai
Orang berilmu tidak cuai
Perintah Allah tak pernah diabai
Buat segala suruhan
Dengan penuh keyakinan
Melihat bidadari hati berkenan
Dengan segala kejelitaan
Terlebih dahulu atasi halangan syaitan
Dengan berpuasa Ramadhan
Dengan tarawih dan solat malam
Dengan sahur dan doa berterusan
Dengan ilmu baru dapat kepuasan
Melakukan suruhan
Dengan penuh keikhlasan
Dengan ulama akhirat dijadikan rujukan
Dalam teori dan amalan
Baru jelas jalan
Jalan kebenaran
Jalan keselamatan
Kepeningan gerombolan syaitan
Kemenangan masih diragukan
Walaupun
Menyalahguna kedudukan
Walaupun Mykad bertaburan
Walaupun menyalah perlembagaan
Walau .... walau.... walaupun
Lakukan berbagai kezaliman
Lakukan berbagai tekanan
Rakyat tetap mahu perubahan
Inilah kesan tarbiyah Ramadhan

II

      Wanita ada yang berdandan
           Dilihat pembalak di hutan Sarawak
      Bertaubat nasuha di bulan Ramadhan
           Dengan kebenaran terus berpihak



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

TOO SHORT A TIME



I

Life is too short
To waste in hatred
In corrupt practices
Condoning vices
Breeding racial prejudices
Directed from high places
Accepting the Devil's advices

II

Life is too short
To waste in revenge
Let friendships flourish
Through freedom of the press
Through religious tolerance
Aware of our creation
Toleration
The pillar of our Nation

III

Let us maintain peace
Peace of the soul
Peace of the mind
No axe to grind
For the brotherhood of mankind
Via
Unity in diversity
Good for the country
Good for eternity



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Isnin, 15 Ogos 2011

15 RAMADHAN 1432H



I

15 hari berpuasa
Peluang menabur jasa
Ibu dan Ayah banyak berjasa
Nabi Muhammad s.a.w banyak berjasa
Islam sampai ke negara kita
Islam tiba di China terlebih dahulu
Daripada kita
Ada sahabat Nabi berdakwah ke China
Saad ibn Waqas namanya
Jauh mengembara
Maju mindanya
Daripada Al-Quran dapat cahaya
Nilainya cukup berharga
Orang mukmin dijanjikan syurga
Lebih bernilai daripada Putrajaya
Lebih canggih daripada KLIA
Lebih semua-semuanya
Untuk mencapainya
Jihad agenda utama
Bangunkan Islam bersama-sama
Islam untuk semua
Terasa benar bila berjemaah
Sewaktu berbuka puasa

II

   Tanam serai tanam ubi
      Tanam pula di bulan puasa
   Bila berpuasa ikut Nabi
      Nikmatnya bila-bila terasa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

MINGGU KE DUA RAMADHAN

Dari 8 Ogos
Lapan hari berpuasa
Panas terik tetap terasa
Gunakan masa
Mengingat Yang Maha Kuasa
DaripadaNya manusia dapat kuasa
Lama-lama berkuasa
Gunakan media massa
Cerita yang baik saja
Rakyat perhati saja
Rakyat ada maklumat
Kuasa Mubarak tamat
Kuasa Zainal Abidin tamat
Ditangan rakyat
Ada kuasa keramat
Bila rakyat berpakat
Bila ikut syariat
Banyak manfaat
Daripada dunia hingga akhirat
Bila Lailatul Qadar dapat
Terasa nikmat
Bila beribadat
Bermula dengan niat
Kerja pun buat
Dengan penuh semangat
Di bulan Ramadhan Yang Berkat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Ahad, 14 Ogos 2011

14 RAMADHAN 1432H

 Ramadhan, Bulan tepat untuk Bertaubat


I

Hari Ahad
14 Ramadhan
14 Ogos
Masa yang ada elok diurus
Daripada Maghrib solat berjemaah
Lepas itu dengar kuliah
Ilmu pun bertambah
Kenalan baru pun bertambah
Berbincang berbagai masalah
Berat beg kanak-kanak sekolah
Terutama yang di sekolah rendah
Ada pula isteri aurat terdedah
Sedang menari poco-poco
Sedang menonton video seks lucah
Kerja ini dimurkai Allah
Daripada segi undang-undang dunia pun salah
Tangkapan boleh dibuat
Dengan kuasawan mungkin rapat
Terkejut bila datang malaikat
Lupa hendak taubat


II

      Bila sakit makan ubat
         Harap-harap lekas sihat
      Bila fitnah berani buat
         Harapan masuk syurga tersekat




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011


KESAN EKONOMI KRONI

Dawama protesters outside their closed office 


Mengenal diri sendiri
Lapar di siang hari
Dahaga disinari mentari
Air ingin dicari
Air bersih dicari
Pemimpin bersih pula dicaci
Pilihanraya bersih dinanti-nanti
Baru lahir pemimpin berkualiti
Baru puasa Ramadhan bererti
Baru perasaan perkauman mati
Baru kehidupan masyarakat penuh harmoni
Baru hapus ekonomi kroni
DAWAMA korban terkini
Majalah dewan Sastera menyembah bumi
Mengeluh peminat-peminat sastera
Ini pengundi-pengundi kena ambil kira
Buang saja yang lama
Dengan eratkan kerjasama
Baru baik hidup beragama


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Sabtu, 13 Ogos 2011

13 RAMADHAN 1432H



I

Hari Sabtu
Syukur puasa Ramadhan bermutu
Solat jemaah setiap waktu
Kematian sudah tentu
Amal ibadat perlu bermutu
Cita-cita hanya satu
Dengan bidadari ingin bertemu
Syarat utama ilmu
Hadir di majlis ilmu jangan jemu-jemu
Dengan rakan-rakan dapat bertemu
Menguatkan silaturrahim
Menguatkan tali persaudaraan
Disuruh Al-Quran
Ingat betul-betul Hari Kemudian
Sediakan banyak bekalan
Penuh keikhlasan
Berteraskan ilmu pengenalan
Kenal Allah
Kenal Rasullah
Di bulan Ramadhan ganjarannya terserlah
Kurniaan daripada Allah

II

         Ambil wuduk daripada kolah
              Berguna bila musim kemarau
         Buatlah semua suruhan Allah
              Berjemaah di masjid dan surau



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

3 TINGKATAN PUASA



Menurut Imam al- Ghazali, puasa ( dari kaca mata tasawuf ) terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu :

1. Shaum al- Umum ( Puasa Orang Kebanyakan )
- Sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syawat

2. Shaum al- Khusus ( Puasa Khusus )
- Ini merupakan puasa orang- orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut.

● Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
● Menjaga lisan daripada berdusta, menfitnah dan mengucap perkataan- perkataan yang keji.
● Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
● Menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan- perbuatan negativ
● Menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa
● Menjaga hari agar berada antara khauf ( takut ) dan raja' ( berharap ) dan sedar bahawa Allah S.W.T berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.

3. Shaum Khusus al- Khusus ( Puasa Golongan yang Khusus daripada Khusus )

- Puasa ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Puasa pada tingkatan tiga ini boleh dikatakan sebagai tingkatan ibadah puasa yang paling tinggi dari dua tingkatan di atas kerana ia Puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran keduniaan serta mencegahnya memikirkan perkara- perkara selain Allah. 

Jumaat, 12 Ogos 2011

12 RAMADAHAN 1432H



I

Hari Jumaat
Puasa minggu kedua
Teruskan usaha
Mendapat maqam taqwa
Buat suruhan Allah
Jauhi tegahan Allah
Membenci segala bentuk rasuah
Membenci puak pecahamanah
Ini perlu diubah
Dengan pimpinan beramanah
Berjiwa rakyat
Isnin dan Khamis puasa sunat
Menguatkan kebajikan kepada rakyat
Rakyat ramai dapat manfaat
Bila dilaksanakan hukum-hukum syariat
Bermula dengan niat
Betul aqidah semua jadi ibadat
Pahalanya dapat
Menanti berbagai nikmat
Di akhirat


II

        Tumbuh buluh di tepi bukit
             Hinggap burung mencari ulat
        Beramal soleh walaupun sedikit
             Jadikan usia sebagai alat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011 

ANALISA DUA BELAS HARI BERPUASA

Hampir dua minggu berpuasa
Macam-macam dirasa
Siang hari
Keredhaan Allah dicari
Tudung kepala diarahkan isteri
Tetap doakan kedua orang tua
Di alam kubur mereka berada
Menanti doa daripada keluarga
Di dunia
Dunia yang sementara
Dosa pahala ambil kira
Daripada puasa
Diharap dapat taqwa
Dengannya syaitan kecewa
Apco Worldwide bawa angkara
Dosa pahala Zionis tak ambil kira
Asalkan Goyim hidup sensara



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011



Khamis, 11 Ogos 2011

11 RAMADHAN 1432H



I

Hari Khamis 11 haribulan Ogos
Dengan ilmu amalan jadi bagus
Puasa pula bertaraf khusus-khusus
Taraf pertama puasa awam
Pengamalnya
Dapat lapar dan dahaga
Dibiarkan tak bertudung ahli keluarga
Urusan masjid mahu dikuasainya
Dengan niat menyekat majlis ilmu
Dia mahu masjid jadi tempat solat saja
Dia mahu masyarakat tempatan
Tetap jahil
Tiap-tiap tahun puasanya
Taraf puasa orang awam
Baik sedikit puasa taraf kedua
Puasa khusus
Seluruh pancainderanya turut berpuasa
Ada harapan masuk syurga


II

      Pergi ke pasar bawa raga
          Boleh diisi barang keperluan
      Balasan taqwa ialah syurga
          Kehidupannya sentiasa ikut Quran



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

THE SEED OF UNITY



A Muslim
Is a friend forever
Serving the creator
Everyone of us is an actor
Almighty Allah is the Director
The script is prepared by Almighty
The actor acts according to the script
Prayer is the pillar
The mosque is the theatre
The place for unity
The seat of knowledge
Knowledge
Leads to actions
Good deeds
With sincerety
With quality
Good of society



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432H/Ogos2011

Rabu, 10 Ogos 2011

10 RAMADHAN 1432H



I

Puasa Ramadhan hari kesepuluh
Buat apa yang Allah suruh
Baca Al-Quran kuatkan roh
Dengan ilmu pegangan agama teguh
Benda haram jangan disentuh
Dengan rasuah negara boleh runtuh
Bila ini disedari oleh pemimpin
Yang memegang kuasa
Bila sedar Allah Maha Kuasa
Bila ikut syarat dan rukun puasa
Bila ingat Allah sentiasa
Baru takut menyalahguna kuasa
Baru yang bertaqwa pegang
Jawatankuasa masjid
Majlis ilmu setiap malam
Selepas solat maghrib
Baru terasa pertolongan ghaib
Contoh terbaik
Pengembaraan Saad ibn Waqas
Sahabat Nabi s.a.w yang
Mengembangkan Islam ke negara China
Dengan hanya menaiki unta
Beribu-ribu kilometer
Mengharungi panas dan
Cuaca tak menentu
Dengan semangat yang jitu
Ada masjid Saad ibn Waqas
Di Guangzhou di China
Ada 4 masjid di Bandar Guangzhou
Berfaedah untuk pelancong-pelancong muslim
Datang dari seluruh dunia
Saad ibn Waqas yang berjasa

II

    Berterbangan malam sesetengah unggas
       Contoh terbaik ialah kalkatu
    Banyak jasa Saad ibn Waqas
       Semangat tauhid cukup jitu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011





KEBAIKAN MELANCONG



Setiap manusia
Ada keinginan
Keinginan mata
Keinginan telinga
Keinginan hati
Keinginan berbakti
Melalui parti
Baru kehidupan berkualiti
Melancong boleh menceriakan minda
Melancong boleh menghapuskan
Perasaan prasangka terhadap orang lain
Bila kita bermunasafir ke Negeri China
Kita lihat cara mereka berniaga
Bersaing sesama mereka
Jauh daripada sikap bermuka-muka
Orang Melayu lain pula
Menolak pahala
Bila tipu dalam pilihanraya
Bila amalkan politik wang
Melihat warna kuning jadi berang
Guna gas pemedih mata
Untuk menyerang
Lari peserta BERSIH lintang pukang
Gelombang BERSIH susah dikongkong
Penyalahguna kuasa pasti ditentang
Perhimpunan BERSIH 3.0 tetap datang
Sehingga penzalim jatuh terlentang
Untuk kebaikan generasi akan datang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Selasa, 9 Ogos 2011

9 RAMADHAN 1432H

pagi dapat MyPR, petang dapat MyKad


I

Hari Selasa
Minggu kedua
Umat Islam berpuasa
Menahan lapar dan dahaga
Harap-harap masuk syurga
Syaratnya jangan lupa
Iman
Allah sebagai Tuhan kita
Infaklah harta
Beri kebajikan kepada
Rakyat yang menderita
Gaji minima belum ada
Nasib kaum buruh
Di negara yang telah 53 tahun merdeka
Merdeka daripada penjajah Inggeris
Berteraskan Perlembagaan
Perlembagaan jadi undang-undang
Tertinggi dalam negara
Kebajikan warga diambil kira
Mykad hak mutlak rakyat kita
Boleh juga beri kepada warga asing
Yang sah datang ke Malaysia
Dan didapati melalui proses undang-undang
Diberi kerakyatan dan seterusnya diberi Mykad
Perlu ingat
Bila Mykad diberi kepada
Warga asing yang belum
Cukup syaratnya adalah
Khianat kepada negara
Semoga di bulan Ramadhan 1432 Hijrah ini
Isu ini diambil kira

II

     Dalam kolam ada kura-kura
         Tenggelam timbul mengambil nafas
     Dosa pahala diambil kira
          Bertaubat bagi yang ikhlas



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

MENGEMBARA MENCERIAKAN



Melancong
Mengembara
Merantau
Menceriakan minda
Meluaskan pemandangan
Melebarkan pemikiran
Memasarkan perasaan
Menghapuskan prasangka perkauman
Menambahkan ilmu pengetahuan
Menyuburkan setiakawan
Membersihkan jiwa insan
Melahirkan perasaan penuh ehsan
Membenarkan kebenaran
Menyokong perubahan
Menyokong keadilan
Menceriakan rakyat sekelian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Isnin, 8 Ogos 2011

8 RAMADHAN 1432H



I

Hari Isnin
Minggu kedua berpuasa
Masih ada tenaga
Perlu ingat budaya ahli syurga
Iman mesti mantap
Taqwa mesti di kemuncaknya
Dengan membaca Al-Quran
Datang cahaya
Dapat membezakan hak dan batil
Kebudayaan Barat memang batil
Melahirkan kapitalisma
Sosialisma
Komunisma
Liberalisma
Sekularlisma
Mengenepikan agama
Serangan utama
Islam terutamanya
Dirosakkan remaja-remaja
Melalui hiburan berlebihan
Buat segala larangan
Berlakulah kepincangan
Bila ulama dan umarak
Mementingkan jawatan
Senyumlah syaitan
Di penjara sebulan Ramadhan

II

     Harum baunya daun pandan
         Kelihatan hijau sepanjang masa
     Peribadi Nabi jadikan teladan
         Baru bermakna ibadat puasa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011
 

AMBIL KIRA



Senyum
Sentiasa senyum
Baik
Sentiasa baik
Sihat
Sentiasa sihat
Ceria
Sentiasa ceria
Gembira
Sentiasa gembira
Pahala ambil kira
Dosa pun ambil kira
Nasib rakyat ambil kira
Kebajikan rakyat ambil kira
Rakyat pasti gembira



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Ahad, 7 Ogos 2011

7 RAMADHAN 1432H

Siapa yang suka duduk dengan orang fasiq, maka akan bertambah berani berbuat dosa


I

Puasa hari ketujuh
Jatuh pada hari Ahad
Bangunlah berjihad
Berjuang bersungguh-sungguh
Melalui puasa
Capailah maqam taqwa
Bila bertaqwa
Hilang perasaan Ketuanan Bangsa
Sedar Allah saja Maha Berkuasa
Sedar mati esok atau lusa
Oleh itu taburlah jasa
Boleh melalui musafir
Boleh melalui melancong
Boleh melalui mengembara
Perintah Allah buatlah segera
Dosa pahala ambillah kira
Halal-haram ambillah kira
Rasuah itu dosa
Menyokong pimpinan fasik berdosa
Boleh ubah di bulan puasa
Banyakkanlah membaca

II

    Rumah kedai bertingkap kaca
       Datang pelanggan setiap hari
    Kitab Al-Quran elok dibaca
       Lepas itu muhasabah diri



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

MASJID PERKAUMAN

orang yg diterima solatnya oleh Allah benci kepada kezaliman


Masjid tempat mulia
Tempat berkumpul pecinta agama
Bersolat jemaah lima kali sehari semalam
Maghrib
Isyak
Subuh
Zohor dan Asar
Diketuai seorang imam
Diikuti makmum yang setia
Mengakui Allah Maha Besar
Memperbaharui akujanji
Taat kepada perintah Ilahi
Semua yang kotor dijauhi
Politik wang dijauhi
Rasuah dijauhi
Pemimpin khianat dijauhi
Ulama Su' dijauhi
Sunnah Nabi diikuti
Membanyakkan bekalan untuk mati
Baru kehidupan berkualiti
Tapi ada kumpulan
Perkauman tegar
Mahu kuasai masjid
Diarah oleh pimpinan Bahagian Tugas Utama
Memantau majlis ilmu
Biar masjid jadi tempat solat saja
Jangan sentuh isu semasa
Isu beli cincin
Berharga berjuta-juta ringgit
Lepas daripada cukai kastam
Hilang pendapatan Perbendaharaan Negara
Dibiarkan saja
Terlibat keluarga pihak berkuasa
Inilah penyalahguna kuasa
Didiamkan saja pengurusan masjid
Yang dikuasai oleh gerembolan perkauman
Inilah masjid perkauman
Banyak di akhir zaman
Disebabkan ketandusan iman



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Sabtu, 6 Ogos 2011

6 RAMADHAN 1432H



I

Hari Sabtu
Dengan iman orang Melayu boleh bersatu
Dengan iman dan istiqamah
Baru hidup orang Melayu bermutu
Dengan ilmu baru luput
Minda otak kalkatu
Dengan bermusafir minda
Orang Melayu akan maju
Tahu apa yang dituju
Syurga itulah tempatnya
Perlu ingat
Jalan ke syurga
Dikelilingi oleh
Kesusahan dan kepayahan
Lapar di siang hari
Di bulan Ramadhan
Kena pula banyak baca Al-Quran
Baca juga terjemahan
Perlu sabar dalam setiap keadaan
Bila lulus ujian
Menanti kebahagiaan
Di Hari Kemudian

II

   Buah rambai buah nenam
      Dua jenis buah tempatan
   Semangat jihad perlu ditanam
      Semoga gagal rancangan syaitan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

PANTUN PENTINGNYA PENDIDIKAN

Jasa pendidik sentiasa dikenang


Ada berbagai jenis ikan
   Ikan darat ikan laut
Asas tamadun ialah pendidikan
   Dengan kemajuan hati terpaut


Dalam laut kapal berlayar
   Membawa muatan ke seluruh dunia
Budi pendidik susah dibayar
   Menjadikan manusia hidup mulia


Bunga melor warna putih
   Waktu pagi semerbak baunya
Mengajar murid tak letih-letih
   Sehingga banyak yang berjaya


Tanam ubi tanam keladi
   Tanam pula di bulan puasa
Para pendidik banyak berbudi
   Menabur jasa setiap masa


Puasa ada dua jenis
   Puasa wajib dan sunat
Bila pendidik berwajah manis
   Orang kampung pun menaruh minat


Harum bau kayu gerhana
   Boleh didapati dalam hutan
Mulia sungguh "profesion" guru
   Dengan ilmu kecewakan syaitan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Jumaat, 5 Ogos 2011

5 RAMADHAN 1432H

Melayu tanpa Islam


I

Hari Jumaat
Hri penuh berkat
Hari membanyakkan ibadat
Banyak pahala boleh dapat
Perlu iman dan istiqamah
Bila pemimpin berhemah
Bila ulama beramanah
Bila ingat nasib dalam tanah
Baru tolak pimpinan rasuah
Baru membantu orang bawah
Boleh rajin berdakwah
Lihat saja
Saad ibn Waqas
Salah seorang sahabat Nabi s.a.w
Ke China mengembangkan Islam
Di Guangzhou ada makamnya
Saad ibn Waqas berjaya
Berjuta-juta umat Islam di Negara China
Tanpa Islam Melayu tetap hina


II

     One, two, three, four
           Tolak Islam di akhirat mengelupur




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

PENDIDIKAN ZAMAN SEKARANG

pertahankan bahasa


Di era Globalisasi
Dititik berat mata pelajaran Sains
Diketepikan soalan Sastera
Dikatakan asal usul manusia daripada kera
Ini ide Charles Darwin
Inilah teori evolusi
Fikir hanya makan nasi
Fikir hanya kehidupan
Hanya bagi yang kuat
Diketepikan ibadat
Diketepikan karangan
Tun Sri Lanang
"Sejarah Melayu" dikarang
Ditegakkan Raja dengan sokongan hulubalang
Mahir bersilat
Pandai menggunakan keris
Keris jadi pusaka Ketuanan Melayu
Bila lupa wahyu
Budaya pun layu
DBP pun nampak layu
Ini diketahui oleh guru-guru
Sarjana-sarjana pun merayu
Mata pelajaran Sastera hendaklah
Dinaik tarafkan
Galakkanlah pembacaan
Baca dan baca
Baru pelajar -pelajar dapat cahaya
Cahaya daripada minda
Dengan mengembara
Minda jadi ceria
Minda jadi geliga
Ini patut jadi asas pendidikan kita
Sains dan Sastera diletakkan sama rata
Baru celek mata rakyat jelata


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Khamis, 4 Ogos 2011

4 RAMADHAN 1432H

Makam Saad Abi Waqqas di Guangzhou.


I

Hari Khamis
Hari ke empat berpuasa 
Waktu tengahari memang terasa lapar
Perlulah sabar
Sabar dalam ujian
Menghadapi kezaliman
Perlu  iman
Daripada iman datangnya taqwa
Mesej Islam ke mana-mana dibawa
Ke Guangzhou di China
Saad Ibn Waqas memahat nama
Mengembara dari tanah Arab
Ke benua China
Mencerahkan minda
Bila bermusafir
Bertemu berbagai jenis manusia
Boleh bermersa
Boleh berbicara
Kebaikan hidup bersama
Makmur melalui berniaga
Contohlah bangsa Cina
Islam mereka lebih awal daripada kita
Di Guangzhou saja
Ada 4 masjid
Ada 10,000 umat Islam
Pelancong Muslim datang setiap hari

II

Ikan keli ikan sepat
   Dua jenis ikan darat
Harap taqwa kita dapat
   Semoga selamat di hari akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

DARI SEKOLAHKU

I

Sekolahku
Tempatku belajar 3M
Membaca
Menulis
Mengira
Bilaku faham ibubapa gembira
Suruhan guruku buat segera
Rakan-rakan sedarjah berlumba-lumba
Mempamerkan kebolehan membaca
A = Allah
B = Beribadat
Ini yang ku minat
Solat mesti berniat
Niat membantu masyarakat
Bagi guru-guru tugas ini bukanlah berat
Mahu taraf anak bangsa meningkat
Berkhidmat kepada masyarakat
Baik di dunia
Baik di akhirat


II

Bila di sekolah diajar
A = Ayam
B = Beranak
Timbullah perbahasan mana dulu
Ayam atau telur
Telur atau ayam
Jadilah manusia bermacam ragam
Ini ibubapaku faham
Tetapku beragama Islam
Ilmu Tauhidku mendalam
Sekolahku punca terangnya alam



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Rabu, 3 Ogos 2011

3 RAMADHAN 1432H



I

Hari Rabu
Teringat kasih sayang ibu
Ayah tetap membantu
Membina keluarga di zaman penjajah Inggeris
Bersawah di bendang
Menanam pokok buah-buahan
Manggis dan durian
Rambai dan langsat
Tinggal berhampiran sungai
Itulah
Sungai Perak
Dari Ulu Gerik mengalir
Ke Bagan Datok
Kampungku
Sudah ada peniaga Cina
Sudah ada kedai kopi mamak
Intergerasi kaum sudah lama
Elok teruskan kerjasama
Dengan niat yang sama
Memakmurkan Negara
Pasti rakyat dapat kebajikan

II

Pergi ke kebun mengutip pegaga
   Semasa makan dijadikan ulam
Ajak berpuasa seluruh keluarga
   Baru meningkat syiar Islam





HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

PENGALAMAN DI DUNIA



Mulai daripada bayi
Membesar dari hari ke hari
Memasuki sekolah
Memasuki peperiksaan
Memasuki bidang pekerjaan
Mendapat gaji
Memperolehi rezeki
Mendirikan rumahtangga
Membesarkan keluarga
Melibatkan diri dalam jemaah
Disuruh Sunnah
Bila memimpin beramanah
Memberi kebajikan kepada rakyat jelata
Pimpinan sekular hanya kumpul harta
Membolehkan kroni-kroni jadi kaya-raya
Melalui tipudaya
Tipu pula pilihanraya
Berkuasa penuh di PutraJaya
Warna kuning dianggap bahaya
9 Julai ada yang hilang nyawa
Semasa demonstrasi
BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur
One, two, three, four
Dalam kubur pasti mengelupur
Hadiah bagi gerombolan perkauman
Kuasai masjid untuk berhentikan majlis pengajian
Biar rakyat kekal dalam kejahilan
Inilah hasrat pejuang kebangsaan
Biar orang kampung terus dibodohkan
Ini perlu dibetulkan
Melalui majlis keagamaan
Baru celik rakyat sekelian
Baru luput parti-parti perkauman
Baru tertegak kebenaran
Baru ada perubahan
Baru hidup harmoni rakyat sekelian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Selasa, 2 Ogos 2011

2 RAMADHAN 1432H



I

Hari Selasa
Hari kedua berpuasa
Nikmat berbuka betul-betul terasa
Dimulai dengan doa
Dengan makanan yang halal
Daripada sumber yang halal
Dasar ekonomi perlu dikawal
Daripada sistem ekonomi kroni
Kepada ekonomi kebajikan
Diperlukan
Oleh rakyat sekelian
Daripada berbagai keturunan
Mahu keadilan
Mahu ketelusan
Dalam pemerintahan
Baru wujud Negara Berkebajikan


II


Bersarang rendah burung tempua
   Ditiup angin sarang bergoyang
Puasa kita hari kedua
   Semoga hidup berkasih sayang


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011

Isnin, 1 Ogos 2011

1 RAMADHAN 1432 HIJRAH



I

Satu Ramadhan
Bersamaan 1 Ogos
Persiapan berpuasa nampak semuanya bagus
Rakyat marhaen kurang fulus
Gaji minima belum lulus
Kaum buruh mengeluh
Desakan kesatuan mereka berterusan
Mogok bukannya jalan
Puasa tetap diteruskan
Mohon kekuatan
Daripada Tuhan
Supaya dikuatkan iman
Supaya membanyakkan amalan
Supaya lurus jalan
Supaya berlaku kebajikan
Di antara rakyat bawahan

II

Ikan pelata ikan gelama
   Dua jenis ikan laut
Mari jayakan Ramadhan bersama
   Dengan Al-Quran hati terpaut


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1432/Ogos2011