Selasa, 27 Ogos 2013

JENERAL YANG TAK BERVISI



Jatuh di bilik air selalu berlaku
Ada yang koma dan kaku
Mata terpejam berjam-jam
Keluarga datang hanya diam
Berdoa siang dan malam
Jika mati
Matilah dalam Islam
Jika sihat semula
Boleh berjihad kumpulkan pahala
Usaha yang berguna
Masyarakat berkebajikan dibina
Ilmu pengetahuan perlu ada
Elok jika penuh di dada
Beramal sedaya upaya
”Inilah saya”
Terus ditanya pula
“Anda pula siapa?”
Dengan Ikhwan membantu kerja-kerja
Allah saja dipuja
Nabi Muhammad menjadi rujukan
Yang halal saja dimakan
Yang maaruf diserukan
Bertambah rakan rakan
Yang lemah diterima juga
Sekarang menikmati pendahuluan syurga
Mati Sumaiyah di padang pasir di Mekah
Turut diseksa dan dibunuh Yasir
Suami isteri mati bersama
Kerana cintakan agama
Dr Morsi digulingkan di Mesir
Kerana berkhidmat untuk agama
Kafir-Munafiq bekerjasama
Ditembak kumpulan manusia
Di Dataran Rabaaah Adawiyah
Syahid bukannnya payah
Ikuti perintah Allah
Ikuti sunnah Rasullallah
Jeneral As-Sisi bermasalah
Tentera Mesir bermasalah
Bila menembak hamba-hamba Allah
Berkumpul dan berzikrullah
Pengikut iblis pasti kalah
Pengikut syaitan pasti kalah
Bila masuk tanah
Kepada Allah Dr Morsi berserah
Kepada Allah Ikhwanul Muslimin berserah
Dengan darah
Menyerah kepada penjenayah demokrasi tidak sekali-kali
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Dengan darah syurga dibeli
Jeneral As-Sisi pula melarat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013


 

Isnin, 26 Ogos 2013

DOA UNTUK DR MUHAMMAD MORSI




Doktor Morsi
Seorang Ikhwan yang bervisi
Menjadi Presiden Mesir melalui sistem demokrasi
Lain pula Jeneral As-Sisi
Dia tolak arahan Ilahi
Terima nasihat pro-Yahudi
Disokong pula Arab Saudi
Penjaga dua kota suci
Hati pula tak suci
Sanggup buat tuduhan
”Ikhwan Muslimin” pemberontak
Tanda tak berotak
Orang orang Ikhwan Muslimin tak makan gertak
Mereka diajar mengejar mati syahid
Pengasasnya
Hassan Al-Bana syahid
Mati ditembak dari jarak dekat
Syed Qutb juga syahid
Mati di tali gantung
Mati syahid sebenar benarnya untung
Yang berkumpul di Dataran Rabaah Adawiyah juga beruntung
3000 orang mati ditembak
Mati dalam mempertahankan kebenaran
Ada yang sedang membaca Al-Quran
Ada yang sedang berzikir
Jeneral As-Sisi hanya berfikir
Bila tentera Mesir akan berpaling tadah
Bila polis Mesir bersama berhimpun di Rabaah Adawiyah
Bila Dr Morsi diletakkan semula sebagai Presiden Mesir
Wahai Allah kekalkan iman Dr Morsi
Wahai Allah tolonglah
Ikhwan Muslimin yang berhimpun di Rabaah Adawiyah
Tolonglah wahai Allah
Biar tentera Mesir berpecah belah
Biar Ikhwanul Muslimin memerintah Mesir
Wahai Allah selamatkan Dr Morsi
Wahai Allah perkenankanlah doa kami
Tolonglah Dr Morsi
Lindungilah Dr Morsi



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Ahad, 25 Ogos 2013

PANTUN BULAN SYAWAL




Ikan pelata ikan bawal
Antara jenis ikan di laut
Jenayah bersenjata perlu dikawal
Dengan memikirkan soalan maut


Air di laut biasanya masin
Banyak ikan membiak di dalamnya
Berjihadlah golongan orang pencen
Betul aqidah InsyaAllah berjaya


Ambil rotan terus diraut
Mudah untuk dibuat raga
Dengan jihad hadapi maut
Semoga mudah masuk syurga


Pergi ke hutan memasang jerat
Dapat seekor ayam hutan
As Sisi lupa adanya akhirat
Dalam neraka berkumpul syaitan


Mencari gaharu sehingga petang
Dapat sedikit bawa ke rumah
Setiap kezaliman wajib ditentang
Dengan iman juga istiqamah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Sabtu, 24 Ogos 2013

PANTUN MEMBAWA PAHALA




Pisang emas masak sebiji
Datang burung terus dimakan
Bertambah ilmu dengan mengaji
Selepas itu terus diamalkan

Buah langsat buah rambutan
Buah kegemaran orang Malaysia
Dengan membaca kuatlah ingatan
Beramal soleh bermaknalah usia

Pokok rambutan berbuah lebat
Mudah tumbuh di tepi rumah
Bila pemimpin takut berdebat
Ini tanda jiwanya lemah

Tanam serai di tepi pagar
Boleh tumbuh tanpa baja
Bila perintah Allah dilanggar
Arahan syaitan ikut sahaja

Pokok pulasan pokok rambutan
Bila masak berwarna merah
Bila ramai pengikut syaitan
Nyawa manusia jadi murah

Kecil kecil bermain api
Bila besar bermain saham
Masuk syurga hanya mimpi
Bila perkara yang haram dibaham

Air laut terasa masin
Membiak ikan pelbagai jenis
Bila hafal surah Yaasin
Beramal ibadat terasa manis

Air kabung air nira
Bila dimasak jadilah gula
Kebajikan rakyat ambillah kira
Baru berpolitik mendatangkan pahala



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Jumaat, 23 Ogos 2013

PEMBUNUHAN DI SANA SINI



Bila negara maju
Dari segi kebendaan
Tapi kosong kerohanian
Kesan penjajahan bangsa-bangsa beragama Kristian
Di Tanah Melayu berbangsa Inggeris
Diterus langkah pejuang-pejuang keris tanpa sarung
Berpolitik secara serong
Fikir hanya untung
Di kampung-kampung pandai kelentong
Dituduhnya pihak lawan membawa sistem republikan
Tentulah binasa orang Melayu
Tentulah pupus sistem Raja-Raja Melayu
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Bila Melayu tolak wahyu
Menanti kepanasan di hari akhirat
Wanita Mongolia datang mengorat
Pandai bertutur pelbagai bahasa
Lupa janji setelah mendarat
Inilah budaya korporat-korporat
Dapat didikan dari Barat
Fikir hanya keseronokan jasad
Lupa menanti liang lahad
Seksanya amat sangat
Buah rambai buah langsat
Buah kegemaran orang Melayu
Pembunuhan belum sempat disiasat
Ditembak pula usahawan berketurunan Parsi
Disebabkan membela Tokong Cina
Berbuat tidak berguna
Buatlah duit dengan apa cara
Upah pembunuh secara segera
Negaraku yang maju jaya
Diam yang berada di Putrajaya
Nampaknya tak berupaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013