Isnin, 31 Januari 2011

FIKIRLAH TUAN DAN PUAN

"Lencun di Tenang"
Berita depan Sinar harian
Di akhirat menanti seksaan
Bagi yang menentang kebenaran
Bagi yang menyokong kezaliman
Bagi yang menyokong parti perkauman
Bagi yang kebendaan
Bagi yang cinta keduniaan
Bagi yang mengenepikan sebahagian ayat-ayat Al-Quran
Oleh itu terimalah balasan
'Ulat bulu panjat durian
Menang dulu rugi kemudian'


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

TAHNIAH CIKGU MALA



Tahniah Cikgu Mala
Berjuang dapat pahala
Keluar rumah bertudung kepala
Bertanding dalam PRK DUN Tenang
Belum lagi menang
Jiwa tetap tenang
Undi hanya kurang
Lebih kepada pihak temberang
Ditabur wang...wang...wang
Cikgu Mala tetap sembahyang
Tetap dalam jemaah Islamiah
Tetap aqidah Ahi Sunnah Wal Jamaah
Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
Di setiap keadaan beramanah
Hadirkan diri dalam usrah
Hadir dalam ceramah
Sedarkan warga Felda tentang kuasa Allah
Allah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu
Hasil kerja kena bermutu
Solat setiap lima waktu
Niat tetap bersatu
Bersatu dalam kepelbagaian
Bersatu menegakkan yang makruf
Bersatu mencegah yang mungkar
Bila ini dilakukan
Dalam satu pasukan
Kuat pula semangat setiakawan
Mudah mendapat kejayaan
Tentu dapat kepuasan
Kepuasan dalam kegagalan
Bila SPR umumkan keputusan
Sabar dalam kesedihan
Cikgu Mala bukan keseorangan
Lebih 2,992 mengundi Bulan Purnama
Daripada kalangan Melayu, Cina dan India
Kaum lain pun ada
Semua mahu keadilan sosial
Semua mahu perubahan kepimpinan
Di peringkat Negeri dan Persekutuan
Melalui Revolusi Jingga
Menguasai Putrajaya
dari DUN Tenang bermula
Di atas pengorbanan Cikgu Mala
Tahniah Cikgu Mala
Daripada kami terimalah sejambak bunga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Ahad, 30 Januari 2011

MALAM MINGGU DI SURAU MADAH

Sabtu, malam minggu 29 Jan 2011 saya bersama Ustaz Wan Ahmad Tarmizi pergi ke Surau Madah, Fasa 1A, Sri Manjung, Perak menyampaikan kuliah Maghrib mengenai ayat-ayat Al-Quran "wahai orang beriman". Dianggarkan 220 orang muslimin dan muslimat yang hadir.


Selesai saja kuliah Ustaz Wan saya mendendangkan dua rangkap pantun sebelum mendeklamasi "Pantun Corgankata" dan dua sajak "Membebankan Rakyat" & "Bila Menteri Dituduh Merogol".

Hari hujan air ditadah
Letak baldi di tepi atap
Mendengar kuliah di Surau Madah
Keyakinan hadirin semakin mantap

Air sungai mengalir tenang
Berenang ikan berbagai jenis
Orang beriman tetap menang
Setiap ujian dianggap manis


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

CERAMAH HUKUM HUDUD DAN QISAS DI MASJID KG DEW


Sabtu malam 28 Jan 2011, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi memberi ceramah di Masjid Kg Dew, Simpang Empat, Semanggol, Perak bertajuk Hukum Hudud dan Qisas di hadapan lebih kurang 150 muslimin dan muslimat.



Selepas ceramah, saya dijemput untuk mendeklamasi "Pantun Hati Terpaut" dan sajak "Memahami Hukum Allah" dan saya mulakan dengan dua rangkap pantun yang berbunyi :

Burung pipit terbang sekawan
Turun ke tanah makan nasi
Hati pendengar boleh ditawan
Gunakan dakwah melalui puisi

Ada petani meminati kartun
Lepas itu mengasah tajak
Malam ini saya berpantun
Lepas itu satu sajak



Saya akhiri dengan membawa pantun terkenal

"Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Di lain masa berpuisi lagi"


HMS ABU BAKAR
paksaleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

HARI MENGUNDI DI DUN TENANG



I

30 Januari 2011
Hari mengundi
PRK DUN Tenang
Semoga yang bertaqwa menang
Semoga yang ikut jemaah Islam menang
Semoga yang bersama P.R menang
Semoga yang tak perkauman sempit menang
Semoga yang tak rasuah menang
Semoga yang berjuang kerana Allah menang
Semoga hati aktivis-aktivis tetap tenang
Bertakbir bila Cikgu Mala diistihar menang
Allah Maha Pemurah dan Penyayang
Allah dan rasul kita sayang

II

Bila mandi pakai tuala
Ambil wuduk selepas itu
Menyokong kebenaran dapat pahala
Baru hidup manusia bermutu

III

Ikan kembong ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Dalam Pakatan kita bersama
Gerombolan perkauman cukup takut


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Sabtu, 29 Januari 2011

TERBELIAK MATA


Muka depan berita
"Lelaki Lawan Wanita"
Sedap dipandang mata
Banyak orang bercerita
Petah Cikgu Mala bila berkata-kata
Ada tiga cahaya mata
Nampak bulan menggunakan mata
Wajahnya manis dipandang mata
Di akhirat Abdullah Ubai menderita
Memperalatkan bangsa pasti menderita
Terbeliaklah biji mata


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Jumaat, 28 Januari 2011

Berbalas Pantun Di antara HMS Abu Bakar dan Jaafar Rahim 1

Berbalas pantun ini melalui SMS pada 21 Jan 2011 mengenai PRK DUN Tenang.

HMS:

Dalam sungai ikan berenang
Ada seluang ada baung
Cikgu Mala boleh menang
Pasti orang UMNO meraung

Jaafar Rahim:

Cikgu Daud sakit lelah
Sambil naik kereta perodua
Kalah menang kuasa Allah
Kita hanya boleh berdoa

HMS:

Bersarang rendah burung tempua
Nampak padi turun ke sawah
Parti UMNO dah tua
Pimpinannya kaya dengan rasuah

Jaafar Rahim:

Hari-hari berenang-renang
Berenang-renang di sungai tepu
Kalau pun BN menang
PAS masih anggap UMNO tipu

Menulis puisi berjela-jela
Baca puisi di tepi sawah
Jangan puji jangan dibela
Di Kelantan pun ada rasuah

HMS:

Menangkap ikan menggunakan jala
Dapat ikan terus dijual
Puji PAS dapat pahala
Cari rezeki cara halal

Habib Noh dianggap keramat
Makamnya ada di pulau Singapura
Dakwah Islam tidak tamat
Di akhirat Allah ambil kira


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Khamis, 27 Januari 2011

KITA BERSAUDARA


I

Kita
Boleh melihat boleh berkata-kata
Dengan mulut dan mata
Semuanya Allah yang cipta

II

Kita
Boleh mendengar dengan telinga
Binalah keluarga
Dengan mengikuti ajaran agama
Membangunkannya bersama
Mulai dengan senyum saja
Lepas itu terus bekerja
Membina negara
Perlu hanya kerjasama
Hidup di dunia bukanlah lama
Nabi Adam a.s yang pertama
Allah yang cipta
Daripada tak ada kepada ada
Siti Hawa jadi teman setia
Daripada Adam dan Hawa lahirnya keturunan kita

III

Qarun banyak harta
Lupa jasa Nabi Musa
Ditelan bumi harta Qarun semuanya binasa
" Demi masa
sesungguhnya manusia benar-benar
dalam kerugian"


IV

Qabil pembunuh pertama
Habil saja mangsanya
Dua watak yang berbeza
Diwarisi kita
Di semua benua
Asia
Eropah
Amerika
Selatan dan Utara
Begitu juga Australia
Ada yang hina ada yang mulia
Tentu yang ikut agama
Tamadun dibina
Tamadun India dan Cina
Kebudayaan Barat berasakan sangsara
Mengikut Darwin asal manusia daripada kera
Mengikut Karl Marx agama itu hanya candu saja
Yang penting kebendaan saja
Nafsu saja dipuja
Biar jadi ulat bulu
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Sedang menderita keazaban
Diketuai Qabil
Dikuti manusia yang jahil-jahil
Namrud
Firaun
Haman
Abu Lahab
Abu Jahal
Masuk neraka dengan bayaran yang mahal
Puncanya
Cinta dunia dan takut mati
Cara hidup Hedonis
Hidup hari ini lupakan pada esoknya
Bila pemimpin berhati busuk
Bila pemimpin cakap tak serupa bikin
Rakyat sudah tak yakin
Ramai rakyat miskin
Reformasi pun jadi pemangkin
Sistem dua parti tercetus kemudian
Bersatu dalam kepelbagaian
Berteraskan keadilan
Bersatu, berubah dan berkat
Lahirlah Pakatan Rakyat
Tempat bergantung rakyat
Daripada hidup melarat
Daripada kepimpinan keparat
Daripada gerombolan pengkhianat-pengkhianat
Altantuya ditembak dari jarak dekat
Dari Mongolia bersih niat
Mahu tuntut komisyen
Mahu jumpa kekasih-kekasih
Ambil santan hampas dibuang
" oh abang... oh abang
Ingatlah semasa kita bersenang-senang
Dalam perut saya ada lagi seorang "
Belum habis ucapan kedengaran
bang.. bang.. bang..
Altantuya jatuh terlentang
Mayat dibawa ke pinggir hutan di Shah Alam
Diletupkan dengan bom C4 di waktu malam
Kejam...kejam...kejam
Bila ini kita faham
Kena ubahlah sistem
Kenalah
Selamatkan Malaysia
Inilah tugas kita
Inilah tugas saudara
Kita bersaudara
Kita bersaudara
Kita bersaudara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Rabu, 26 Januari 2011

BAKAL Y.B



"Cikgu Mala"
Mengundinya dapat pahala
Ke sana ke mari bertudung kepala
Ada suami dan anak tiga
Menentang penzalim balasannya syurga
Mengakui "Perkasa" hanya di dunia
Habis masa habislah usia
Perjuangan perkauman hanya sia-sia
Sanggup menyokong yang berdosa
Amah Indon diperkosa
Laporan WikiLeaks ada namanya
Akhbar-akhbar di Indonesia terus melaporkannya
Yang "terkorban" mahu diam saja
Akaun " bank " penuh agaknya
Inilah adat dunia
Yang berkuasa boleh buat apa saja
Terhapus " kekebalan Raja-raja "
Rujuk "Hansard" Parlimen 1993
PM ke 4 punya kerja
Tahun 2011 masih bernyawa
Terus kumpul dosa
Malaikat-malaikat catit saja
Dalam kubur seorang diri saja
Terimalah apa saja
Menyedari ini semua
Bila tiba hari mengundi
Kepada Normala Sudirman berilah undi
Kepada orang Felda, " Cikgu Mala " banyak berbudi
Elok jadi Ahli Dewan Undangan Negeri
Dalam Dewan membawa seri
Bertudung kepala dan mukanya berseri
Lepas 30 Januari
InsyaAllah bergelarlah " Cikgu Mala " Y.B
Berkat kerjasama tiga parti
PAS, PKR dan DAP
Cina, India dan Melayu bersatu hati
Dalam Pakatan Rakyat
Janji 100 hari pegang Putrajaya
Membantu nasib rakyat dengan sedaya-upaya
Tolonglah P.R wahai ALLAH
Menangkanlah P.R di PRK DUN Tenang
Menangkanlah P.R di PRU-13
Puisi ini puisi jelas
Puisi dikarang dengan ikhlas
Berkat selalu baca surah Al-Ikhlas


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Selasa, 25 Januari 2011

ABU TALHAH

Di antara wira Islam di Uhud
Tersohor nama Abu Talhah
Di seluruh badannya ada 70 kesan luka-luka
Di kedua tangannya saja ada 24 luka
Dikatakan juga Abu Talhah hilang satu tangan
Terputus tangan kerana melindungi Nabi s.a.w
Di sini Nabi menggelarkan
Abu Talhah sebagai " Talhatul Khair"
Talhah yang baik
Di lain masa yang aman Nabi pernah berkata
"Sesiapa yang ingin melihat ahli syurga
yang berjalan di bumi ini
Lihatlah muka Abu Talhah"
Abu Talhah juga terlibat dalam Peperangan Hunain
Abu Talhah syahid di Peperangan Jamal
Mati yang penuh bermakna
Balasannya syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011