Selasa, 13 Oktober 2015

MERUBAH BANGSA: MENGISLAH NEGARA

Sejak manusia pertama
Perlu bekerjasama
Mulanya hanya berdua
Adam dan Hawa
Dari keduanya berkembanglah berbagai bangsa
Dari keturunan Qabil
Adiknya Habil dibunuhnya dengan sengaja
Budaya ini hendak diubah melalui merubah bangsa
Sudah tentu dengan Teras Pengupayaan Melayu:-
            Ikan sepat ikan puyu
            Boleh dijala diwaktu malam
            Perlu diubah bangsa Melayu
            Dengan mengikuti ajaran Islam
Menyedari pentingnya ilmu
Hadirlah di majlis-majlis ilmu
Tanpa jemu-jemu
Beramal pula dengan ilmu
Ubah hanya tiga perkara:-
Fikiran
Perkataan
Tindakan
Bila setiap individu berubah
Dimulai dengan yang di atas
Yang di bawah bertindak dengan pantas
Pencetus 1MDB perlu dicantas
Majlis Raja-Raja Melayu menyatakan 1MDB segera diselesaikan
Masalah jerebu diatasi dengan hujan lebat berterusan
Dari Allah yang belas ihsan
Di akhirat menerima balasan
Bersama bidadari yang memberikan kepuasan
Sedarilah hai ahli Teras sekalian
Masuk 18 tahun kita dipanjangkan umur oleh Tuhan
Buatlah suruhan
Jauhilah semua tegahan
Di Sungai Petani ini dijanjikan
Hanya kita perlu amalkan


HMS ABU BAKAR



Isnin, 12 Oktober 2015

PANTUN MENYIMPAN HASRAT

Waktu pagi ayam berkokok
Menandakan hari nak siang
Elok berhenti menghisap rokok
Nescaya malaikat akan sayang

Menandakan hari nak siang
Matahari terbit dari timur
Nescaya malaikat akan sayang
Baru bermakna panjang umur

Matahari terbit dari timur
Embun dirumput jadi kering
Baru bermakna panjang umur
Bebas dari batuk kering

Embun dirumput jadi kering
Keluar ayam dari reban
Bebas dari batuk kering
Kerana Islam sanggup terkorban

Keluar ayam dari reban
Mencari makanan diluar pagar
Kerana Islam sanggup terkorban
Tanda pengikut yang tegar

Mencari makanan diluar pagar
Cara hidup ayam kampung
Tanda pengikut yang tegar
Mudah pengaruh Yahudi dikepung

Cara hidup ayam kampung
Bila membesar terus disembelih
Mudah pengaruh Yahudi dikepung
Dengar ramainya orang solih

Bila membesar terus disembelih
Dagingnya boleh masak kari
Dengar ramainya orang solih
Mudah keredhaan Allah dicari

Dagingnya boleh masak kari
Makan tengahari bersama keluarga
Mudah keredhaan Allah dicari
Menanti bidadari dipintu syurga

Makan tengahari bersama keluarga
Selepas itu solat zohor
Menanti bidadari dipintu syurga
Saidina Hamzah pejuang tersohor

Selepas itu solat zohor
Berdoa untuk kebaikan semua
Saidina Hamzah pejuang tersohor
Mati syahid bukannya kecewa

Berdoa untuk kebaikan semua
Kebaikan dunia dan akhirat
Mati syahid bukannya kecewa
Ramai yang menyimpan hasrat


HMS ABU BAKAR



Ahad, 11 Oktober 2015

PANTUN MENUJU SYURGA

Pokok rambutan buahnya lebat
Setiap hari dapat merasa
Bila syaitan menjadi sahabat
Mengundang diri dengan dosa

Setiap hari dapat merasa
Bila semua pokok berbuah
Mengundang diri dengan dosa
Mengumpul harta puak perasuah

Bila semua pokok berbuah
Dimakan keluang di waktu malam
Mengumpul harta puak perasuah
Kerja ini dikutuk Islam

Dimakan keluang diwaktu malam
Di siang hari dimakan babi
Kerja ini dikutuk Islam
Yahudi tetap menyerang bertubi-tubi

Di siang hari dimakan babi
Datang petani terus menembak
Yahudi tetap menyerang bertubi-tubi
Di sana sini maksiat merebak

Datang petani terus menembak
Bangkai babi diambil Cina
Di sana sini maksiat merebak
Hiduplah bangsa itu hina

Bangkai babi diambil Cina
Seronok dapat secara percuma
Hiduplah bangsa itu hina
Dengan perasuah beri kerjasama

Seronok dapat secara percuma
Syaratnya memakai baju merah
Dengan perasuah beri kerjasama
Kecuali yang sudah berhijrah

Syaratnya memakai baju merah
Disuruh berkumpul ikut saja
Kecuali yang sudah berhijrah
Allah sahaja yang dipuja

Disuruh berkumpul ikut saja
Duit poket ada disediakan
Allah sahaja yang dipuja
Banyak pahala terus dikumpulkan

Duit poket ada disediakan
Boleh gunakan untuk keluarga
Banyak pahala terus dikumpulkan
Mudah pula menuju syurga

Boleh gunakan untuk keluarga
Di samping itu berikan nasihat
Mudah pula menuju syurga
Kejelitaan bidadari saja dilihat


HMS ABU BAKAR



Sabtu, 10 Oktober 2015

BERBEZA-BEZA KEINGINAN

Berdakwah melalui puisi
Boleh pantun:-
            Satu, dua, tiga, empat
            Kanak-kanak mulai mengira
            Dengan membaca ilmu pun dapat
            Beramal pula secara segera
Boleh melalui sajak:-
            Pagi-pagi membawa tajak
            Ke sawah tempat dituju
            Negara boleh maju
            Bila yang diatas berilmu
            Beramal ibadat tidak jemu-jemu
Kebenaran Islam akan ditemu
Cat Stevens
Contoh terkenal
Penyanyi Pop Inggeris
Berbaju merah penyokong keris
Hati Cina mahu diguris
Tapi tak jadi kudis
Orang Cina fikir hanya perniagaan
Pihak ketuanan bangsa mahu pergeseran
Dua set minda yang berlainan
Kedua-dua ada keinginan
Mahu kepuasan hidup
Melayu ultra dengan angan-angan
Cina pula dengan perancangan
Sudah tentu melalui perniagaan
Disedari oleh kerajaan
Diperingkat Persekutuan
Perlu dasar berkebajikan
Berbaik-baik sesama insane sekalian
Tentulah:-
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan
Semoga diperkenankan Tuhan


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 9 Oktober 2015

PEMIMPIN PERLU AMANAH

“Amanah” sifat Nabi Muhammad s.a.w
Dengan sifat amanah dakwah Nabi berjaya
Walaupun bersusah payah selama 13 tahun di Mekah
Pengikut-pengikut setia Nabi bertambah-tambah
Abu Jahal gelisah
Abu Lahab bertambah marah
Bertambah kuat iman Bilal Bin Rabah
Diseksa pun keyakinannya tak berubah
Akhirnya Peperangan Badar Abu Jahal pun rebah
Bersyukur Nabi kepada Allah
Selamat berhijrah
Dari Mekah ke Madinah
Disebabkan Nabi dan pengikut-pengikut beramanah
Berkembanglah dakwah
Boleh tumbangkan golongan rasuah
Dengan kerjasama berbagai jemaah
Kena kuat hubungan dengan Allah
Baru rejim rasuah kalah
Baru fahaman asobiyah musnah


HMS ABU BAKAR


Khamis, 8 Oktober 2015

PANTUN MERENDAH DIRI

Depan pelamin ramai yang hadir
Ada yang duduk di kanan kiri
Orang mukmin menerima takdir
Dengan tawaduk merendah diri

Ada yang duduk di kanan kiri
Di suatu majlis akad nikah
Dengan tawaduk merendah diri
Semua menghadap ke arah Mekah

Di suatu majlis akad nikah
Anak orang besar tempatan
Semua menghadap ke arah Mekah
Gagal yang dirancang syaitan

Anak orang besar tempatan
Dipotong pula seekor lembu
Gagal yang dirancang syaitan
Dalam filem tiada cumbu mencumbu

Dipotong pula seekor lembu
Beberapa kambing turut disembelih
Dalam filem tiada cumbu mencumbu
Boleh ditonton orang solih

Beberapa kambing turut disembelih
Masak kari dalam kawah
Boleh ditonton orang solih
Heronya berlaku sebagai pendakwah

Masak kari dalam kawah
Daun pegaga dijadikan ulam
Heronya berlaku sebagai pendakwah
Dengannya tersebar budaya Islam

Daun pegaga dijadikan ulam
Disediakan juga sambal tempoyak
Dengannya tersebar budaya Islam
Dipimpin ulama yang layak

Disediakan juga sambal tempoyak
Berselera semua yang makan
Dipimpin ulama yang layak
Kehendak ilmu semua diamalkan

Berselera semua yang makan
Termasuk tetamu pihak lelaki
Kehendak ilmu semua diamalkan
Jauh pula berhasrat dengki

Termasuk tetamu pihak lelaki
Waktu pula hampir zohor
Jauh pula berhasad dengki
Imam Al-Ghazali contoh tersohor

Waktu pula hampir zohor
Memang perut sedang keroncong
Imam Al-Ghazali contoh tersohor
Hujah falsafah Yunani dipancung


HMS ABU BAKAR


Rabu, 7 Oktober 2015

PANTUN TERPAKSA BERHUTANG

Pucuk ulam sayur keladi
Lemak turi ulam pudina
Kepada kroni-kroni terus berbudi
Nasib orang kampung hina

Lemak turi ulam pudina
Makan di dangau di tepi sawah
Nasib orang kampung hina
Golongan korporat hidup mewah

Makan di dangau di tepi sawah
Masuk zohor terus sembahyang
Golongan korporat hidup mewah
Pimpinan rasuah mereka sayang

Masuk zohor terus sembahyang
Berdoa supaya padi menjadi
Pimpinan rasuah mereka sayang
Semasa pilihanraya beri undi

Berdoa supaya padi menjadi
Bila dijual dapat duit
Semasa pilihanraya beri undi
Dalam T.V kebaikan diungkit

Bila dijual dapat duit
Boleh beli keperluan hidup
Dalam T.V kebaikan diungkit
Hisap rokok yang diseludup

Boleh beli keperluan hidup
Bila kurang kena berhutang
Hisap rokok yang diseludup
Sakit jantung mudah datang

Bila kurang kena berhutang
Biasa bagi penanam padi
Sakit jantung mudah datang
Mengharapkan dermawan akan berbudi

Biasa bagi penanam padi
Kais pagi makan pagi
Mengharapkan dermawan akan berbudi
Nasib rakyat sentiasa rugi

Kais pagi makan pagi
Kos kehidupan terus meningkat
Nasib rakyat sentiasa rugi
Mahu berubah kenalah berpakat

Kos kehidupan terus meningkat
Kroni pemerintah dapat kemudahan
Mahu berubah kenalah berpakat
Buat suruhan tinggalkan tegahan

Kroni pemerintah dapat kemudahan
Rakyat bawahan dijadikan alat
Buat suruhan tinggalkan tegahan
Berjemaah pula bila bersolat


HMS ABU BAKAR



Selasa, 6 Oktober 2015

KEBANGKITAN MARUAH MELAYU

Ini adalah satu kenyataan
Perlu dibuat kajian
Asasnya ilmu pengetahuan
Kurniaan dari Tuhan
Dijadikan manusia berbagai bangsa dan keturunan
Semua ada keinginan
Supaya hidup bermaruah
Bila disebut “Melayu”
Kita kena rujuk kepada Perlembagaan Negara
Tentunya perkara 160
Iaitu taarif “Melayu”
Ada 3 ciri:-
1)      Melayu itu beragama Islam
2)      Bercakap Bahasa Melayu
3)      Mengikut adat istiadat Melayu
Ada pun sumber utamanya Budaya Melayu:-
Ialah Al-Quran
Kedua As-Sunnah
Ketiga Ijmak Ulama
Keempat qias
Kemudian hendak diamalkan segala ajaran suci ini
Buat segala suruhan
Tinggal semua larangan
Ketepikan fahaman perkauman
Wujudkan kasih sayang sesama insan
Wujudkan perasaan kemanusiaan
Diantara rakyat sekalian
Samaada:-
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan
Semuanya rakyat dalam Negara Persekutuan
Perlu makanan, pakaian dan tempat tinggal
Dari sumber yang halal
Duit 1MDB ramai menyoal
Berbilion-bilion ringgit sangat berguna bagi rakyat jelata
Ramai tiada rumah dikota-kota
Kasihan rakyat kita
Mana maruah mereka
Diam pimpinan yang bermuka-muka
Bercuti ke luar negara bersama keluarga
Boleh kahwin dengan jelita muda
Kerana kedudukan ayahanda
Suatu hari akan masuk keranda
Menuju tanah perkuburan
Mat Rempit jangan hairan
Mati ditengah-tengah jalan
Dilihat rakan-rakan
Maruah Melayu diutamakan
Baju Merah tanda persediaan
Bersedia berlaku pertempuran
Inilah apa yang dikatakan
“Kebangkitan Maruah Melayu”
Semuanya layu
Bila tolak ajaran wahyu


HMS ABU BAKAR



Isnin, 5 Oktober 2015

PANTUN KURNIAAN ALLAH

Pohon berangan ditepi tasik
Pokok peria di hujung desa
Bersahabat dengan orang fasik
Mudah saja membuat dosa

Pokok peria di hujung desa
Sawah padi terbentang luas
Mudah saja membuat dosa
Ubatnya beribadat dengan ikhlas

Sawah padi terbentang luas
Menuai dua kali setahun
Ubatnya beribadat dengan ikhlas
Kepada Allah kebaikan dipohon

Menuai dua kali setahun
Hasil padi sangat memuaskan
Kepada Allah kebaikan dipohon
Rezeki halal saja dimakan

Hasil padi sangat memuaskan
Gunakan baja buatan tempatan
Rezeki halal saja dimakan
Diakhir tahun bertambah pendapatan

Gunakan baja buatan tempatan
Hasil tanaman berlipat ganda
Diakhir tahun bertambah pendapatan
Menanti ramai golongan janda

Hasil tanaman berlipat ganda
Simpan duit di Tabung Haji
Menanti ramai golongan janda
Malam pertama suami pun dipuji

Simpan duit di Tabung Haji
Duit selamat dividen pun dapat
Malam pertama suami pun dipuji
Solat subuh juga sempat

Duit selamat dividen pun dapat
Giliran ke Mekah menanti masa
Solat subuh juga sempat
Kebaikannya pula sama-sama rasa

Giliran ke Mekah menanti masa
Biasanya kurang dari sepuluh tahun
Kebaikannya pula sama-sama rasa
Kepada Allah cahayamata dipohon

Biasanya kurang dari sepuluh tahun
Giliran menunaikan Rukun Haji
Kepada Allah cahayamata dipohon
Kejantanan lelaki sedang diuji

Giliran menunaikan Rukun Haji
Kemuncaknya sembilan bulan Zulhijjah
Kejantanan lelaki sedang diuji
Isteri mengandung kurniaan Allah


HMS ABU BAKAR


Ahad, 4 Oktober 2015

PANTUN ASAS BERSATU

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Yang merah itu saga
Jatuh ke bumi waktu malam
Yang Indah itu bahasa
Yang benar itu Islam

Jatuh ke bumi waktu malam
Harum bau dibawah pokok
Yang benar itu Islam
Dilarang pula menghisap rokok

Harum bau di bawah pokok
Bunga tanjung berwarna putih
Dilarang pula menghisap rokok
Diserang jantung badan pun letih

Bunga tanjung berwarna putih
Bunga ros warna merah
Diserang jantung badan pun letih
Kepada Allah saja berserah

Bunga ros warna merah
Tumbuh subur dengan baja
Kepada Allah saja berserah
Mencari rezeki dengan bekerja

Tumbuh subur dengan baja
Baja diimport dari Siam
Mencari rezeki dengan bekerja
Melihat mungkar tidaklah diam

Baja diimport dari Siam
Bidang pertanian sangat maju
Melihat mungkar tidaklah diam
Mudah keredhaan Allah dituju

Bidang pertanian sangat maju
Buah mango manis rasanya
Mudah keredhaan Allah dituju
Membaca Quran dapat cahaya

Buang mango manis rasanya
Buah anggur juga ditanam
Membaca Quran dapat cahaya
Dengannya sifat jahiliah terbenam

Buah anggur juga ditanam
Setanding anggur dari Barat
Dengannya sifat jahiliah terbenam
Berbahagia hidup dihari khiarat

Setanding anggur dari Barat
Buah-buah lain juga bermutu
Berbahagia hidup dihari khiarat
Betul aqidah asas bersatu


HMS ABU BAKAR