Sabtu, 24 Ogos 2013

PANTUN MEMBAWA PAHALA




Pisang emas masak sebiji
Datang burung terus dimakan
Bertambah ilmu dengan mengaji
Selepas itu terus diamalkan

Buah langsat buah rambutan
Buah kegemaran orang Malaysia
Dengan membaca kuatlah ingatan
Beramal soleh bermaknalah usia

Pokok rambutan berbuah lebat
Mudah tumbuh di tepi rumah
Bila pemimpin takut berdebat
Ini tanda jiwanya lemah

Tanam serai di tepi pagar
Boleh tumbuh tanpa baja
Bila perintah Allah dilanggar
Arahan syaitan ikut sahaja

Pokok pulasan pokok rambutan
Bila masak berwarna merah
Bila ramai pengikut syaitan
Nyawa manusia jadi murah

Kecil kecil bermain api
Bila besar bermain saham
Masuk syurga hanya mimpi
Bila perkara yang haram dibaham

Air laut terasa masin
Membiak ikan pelbagai jenis
Bila hafal surah Yaasin
Beramal ibadat terasa manis

Air kabung air nira
Bila dimasak jadilah gula
Kebajikan rakyat ambillah kira
Baru berpolitik mendatangkan pahala



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Jumaat, 23 Ogos 2013

PEMBUNUHAN DI SANA SINI



Bila negara maju
Dari segi kebendaan
Tapi kosong kerohanian
Kesan penjajahan bangsa-bangsa beragama Kristian
Di Tanah Melayu berbangsa Inggeris
Diterus langkah pejuang-pejuang keris tanpa sarung
Berpolitik secara serong
Fikir hanya untung
Di kampung-kampung pandai kelentong
Dituduhnya pihak lawan membawa sistem republikan
Tentulah binasa orang Melayu
Tentulah pupus sistem Raja-Raja Melayu
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Bila Melayu tolak wahyu
Menanti kepanasan di hari akhirat
Wanita Mongolia datang mengorat
Pandai bertutur pelbagai bahasa
Lupa janji setelah mendarat
Inilah budaya korporat-korporat
Dapat didikan dari Barat
Fikir hanya keseronokan jasad
Lupa menanti liang lahad
Seksanya amat sangat
Buah rambai buah langsat
Buah kegemaran orang Melayu
Pembunuhan belum sempat disiasat
Ditembak pula usahawan berketurunan Parsi
Disebabkan membela Tokong Cina
Berbuat tidak berguna
Buatlah duit dengan apa cara
Upah pembunuh secara segera
Negaraku yang maju jaya
Diam yang berada di Putrajaya
Nampaknya tak berupaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Khamis, 22 Ogos 2013

MATI DITEMBAK DI KL



Hussain Ahmad Najadi
Mati ditembak
Dipercayai mempertahankan
Sebuah Tokong Cina dari dirobohkan
Oleh satu kumpulan keduniaan
Tokong bernama ”Goddess of Mercy Temple”
Di mana isteri Hussain
Berketurunan Cina
Menjadi AJK Tokong tersebut
Juga ditembak bersama suami tercinta
Pengasas Arab-Malaysian Bank
Lahir di Bahrain
Berketurunan Parsi
Belajar di Jerman
Menjadi usahawan terkemuka
Sebelum berhijrah ke Malaysia
Hussain Ahmad Najadi
Banyak berbudi di negara Malaysia
Membantu menubuhkan UIAM
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Jasanya tetap dikenang
Kerana tokong Cina nyawanya melayang
Mudah sangat dapat senjata api
Di negara Malaysia
Dipimpin oleh ketuanan Melayu
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Bila tolak ajaran wahyu
Di akhirat kehidupan tentu melarat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013


Rabu, 21 Ogos 2013

HIDUP DENGAN BERKASIH-KASIHAN



Kasihkan Allah dengan zikir
Kekal berfikir
Dermawan lawannya kikir
Menanti soalan Munkar Nakir
Kasihkan Rasullallah SAW dengan selawat
Solat fardu janganlah lewat
Jasa Nabi SAW kita ingat
Jiwa jadi sihat
Kasihkan badan dengan solat
Solat lima waktu berjemaah
Diimamkan orang yang beramanah
Datang perasaan mutmainah
Kasihkan kata-kata dengan nasihat
Agama itu nasihat
Dengan mata boleh melihat
Kejahatan penzalim terus meningkat
Jenayah bunuh terus meningkat
Diam yang berpangkat
Keluarga sendiri tak terlibat
Pokok rambutan berbuah lebat
Bila masak buahnya merah
Melawan perlu berjiwa Jebat
Melihat kezaliman terus marah
Tinggal yang lama dengan berhijrah
Lepas Ramadhan bulan tarbiah
MashaAllah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Selasa, 20 Ogos 2013

DOA UNTUK ERDOGAN



Recep Teyyep Erdogan
Perdana Menteri Turki
Ketua Utama
Parti Keadilan dan Pembangunan
Seorang pemimpin yang popular
Seorang pemimpin berkaliber
Seorang pemimpin Islam moderat
Kedua ibubapanya minat agama
Agama Islam
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Pernah mencium tangan Said Nursi
Ulama terkenal di Turki
Ulama mati di tali gantung
Nasib di akhirat beruntung
Mustafa Kamal Ataturk rentung
Dengan Firaun nanti bertembung
Nama Erdogan naik melambung
Pembela rakyat
Pembangun pemerintahan bersih
Peruntuh sekularism Turki
MOSSAD, perisik Zionis amat dengki
Erdogan takutkan Ilahi
Melawan Israel Erdogan cukup berani
Semoga terus memakmurkan Turki
Semoga kehidupan Erdogan dirahmati Ilahi




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013