Rabu, 14 Ogos 2013

“INILAH SAYA, ANDA PULA SIAPA?”



Inilah saya
Masih bernyawa
Dosa-dosa ku bawa
Dah banyak pula
Sekarang ku mahu cari pahala
Dengan membetulkan niat
Niat hanya kerana Allah
Mahu laksanakan akujanji
Diulangi sekurang-kurangnya lima kali sehari
Tanda kenal diri sendiri
Baru keredhaan Allah dicari
Sesungguhnya solatku
Hanya untuk Allah
Tuhan semesta alam
Keyakinan umat Islam
Berjihad siang dan malam
Dengan iman dan istiqamah
Betulkan yang di rumah
Awal awal agama mengenal Allah
Dengan mengikut Al Quran dan As Sunnah
Tolak dasar assobiyah
Tolak pimpinan rasuah
Negara bermasalah
Didik kanak kanak di sekolah
Asasnya amanah
Guru pula lebih lebih lagi perlu amanah
Pimpinan negara mesti juga beramanah
Ini hanya harapan
Sebenarnya
Negaraku dipimpin manusia
Berjiwa nafsu amarah
Ini yang hendak diubah
Dengan banyakkan usaha
Dengan banyak berfikir
Dengan banyak membaca
Ini yang ku lakukan sekarang
Puisi terusku karang
Dengannya musuhku serang
”Anda pula siapa?”
Penzalim biasanya lupa
Pengkhianat biasanya lupa
Penipu biasanya lupa
Di akhirat akan papa
Firaun sedang mengalaminya
Qarun begitu juga
Haman begitu juga
Gandingan trio yang celaka
Menderita di neraka
Padan muka





HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013


 

Selasa, 13 Ogos 2013

PANTUN PERIHAL MUNAFIQ




Kalau pala hilangkan dahaga
Serai serumpun dimakan api
Bekalan akhirat ialah pahala
Orang munafiq berbekalkan mimpi


Buah sentul serangkai tiga
Jatuh sebiji pecah di tanah
Orang beriman mudah ke syurga
Bila memimpin cukup amanah


Cepat cepat mencari ubat
Supaya penyakit jangan melarat
Mencintai Nabi para sahabat
Hidup bahagia di alam akhirat


Duduk duduk terkenang kenang
Air mata jatuh berlinang
Tidak bermakna diisytihar menang
Manakala hati tidak tenang


Kerat kerat kerapu kayu
Mari masak gulai lemak
Mudah sangat Melayu ditipu
Sepanjang sejarah ditipu mamak


Burung merpati dari hulu
Buah pauh dari seberang
Bila menipu tidak malu
Mudah syaitan hendak menyerang


Kelip kelip kusangka api
Kalau api mana baranya
Orang munafiq hanya bermimpi
Di akhirat pula ingin berjaya


Nyiur tumbang di tepi laman
Datang banjir buat titi
Negara hanya boleh aman
Dengan iman dan amal bakti


Limau purut limau lelang
Dibawa kelaut oleh nelayan
Kebangkitan rakyat susah dihalang
Hak demokrasi tidak dilayan


Limau nipis di dalam perigi
Lada segenggam di dalam sumpit
Nasib Melayu sentiasa rugi
Dalam kubur tanah mengepit


Batang berduri di tepi kebun
Tanam ubi di tepi sawah
Orang munafiq hatinya rabun
Hidup di dunia mahu mewah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Isnin, 12 Ogos 2013

BERPEGANG DENGAN KEBENARAN




Segala amalan
Dalam bulan Ramadhan
Boleh digunakan
Dalam perjuangan
Menentang penipuan
Menentang kepura-puraan
Dari kalangan orang-orang atasan
Dari kalangan gerombolan perkauman
Membangkitkan api-api permusuhan
Di antara rakyat dalam negara persekutuan
Baik berkenal-kenalan
Dengan iman dan persaudaraan
Disuruh Al-Quran
Berjuang menegakkan kebenaran
Lahir kesedaran
Kesan tazkirah Ramadhan
Semoga dirahmati Allah
Berenang ikan dalam kolah
Kolah diperbuat dari simen
Bersyukur kita kepada Allah
Mengekalkan kita tetap beriman
Istiqamah setiap amalan
Inilah jalan
Disediakan dalam aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Pimpinan beramanah
Selepas Rasulullah
Ada
Abu Bakar
Umar Al Khattab
Uthman Affan
Ali Abi Talib
Ketegasan mereka memantapkan Islam
Syiah cuba memecahbelahkan Islam
Tertipu yang otak kalkatu
Tertipu yang bernafsu amarah
Bermasalah bila masuk tanah
Berbahagialah
Pengikut-pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

Ahad, 11 Ogos 2013

AQIDAH KITA




Aqidah
Hingga ke sudah
Berfaedah
Bila ikut Ahli Sunnah Wal Jamaah
Pertama Quran
Kedua Sunnah
Sentiasa beramanah
Ingat nasib dalam tanah
Semuanya musnah
Kecuali betul aqidah
Ikut juga Ijma’ dan Qias
Lakukan kerja dengan ikhlas
Abdullah bin Saba berlainan pula
Buat kerja tanpa memikirkan pahala
Di akhirat menanti bala
Syiah berlainan pula
Saidina Ali didewa dewa
Ahli Bait segala galanya
Lupa intisari Surah Al-Asr
”Demi masa”
”Sesunguhnya manusia dalam kerugian”
”Kecuali yang beriman dan beramal soleh”
”Serta berwasiat atas kebenaran dan di atas kesabaran”
Ini orang Syiah tak ambil pengajaran
Orang Sunni dijadikan sasaran
Lupa ada 6236 ayat ayat Quran
Lupa Al-Quran mengandungi pengajaran
Dinyatakan ada 3 golongan
Mukmin
Kafir
Munafiq
Abu Bakar dapat taufiq
Umar Al Khattab dapat taufiq
Uthman Affan dapat taufiq
Ali Abi Talib dapat taufiq
Mereka digelar Khulafah Ar Rashidin
Pembela Ad-Din
Pembela agama
Abdullah Bin Saba peruntuh agama
Pengikut pengikutnya terus terpedaya
Inilah Syiah di depan kita
Dengan ilmu kenallah dusta
Dengan iman dan istiqamah
Di akhirat kita bersuka cita
Inilah keyakinan kita
Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Dikenali juga sebagai Sunni
Juga Ahli Sunnah
Beramal untuk dibawa ke dalam tanah
Sebenar-benar rumah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Sabtu, 10 Ogos 2013

INGATAN UNTUK RAKAN


Wahai saudara sekelian
Wahai saudari sekelian
Di hariraya kita bermaaf-maafan
Betul aqidah membawa harapan
Betul niat dan amalan
Depan kita ada dua jalan
Betulkanlah pilihan
Di akhirat menanti kebahagiaan
Abu Bakar As Sidiq betul-betul rakan
Umar Al Khatab cekap dalam pemerintahan
Usman Affan membukukan Al-Quran
Ali Abi Talib betul-betul seorang pahlawan
Keempat-empat manusia ini betul-betul wirawan
sekarang menikmati nikmat berkekalan
Ikut mereka betullah jalan
Inilah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Disahkan ulama-ulama beramanah
Imam Abu Hanifa
Imam Malik
Imam Shafie
Imam Ahmad Hanbal
Diikuti Imam Al Ghazali
Ikan puyu ikan keli
Dua jenis ikan darat
Iblis mengoda bukan sekali
Penyelamat sebenar ialah ulama akhirat
Ikut mereka dapat berkat
Dunia dan akhirat selamat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013


Jumaat, 9 Ogos 2013

PANTUN HARIRAYA IDUL FITRI 1434H


Berenang ikan dalam paya
Sambil menyelam mencari makanan
Bergembira kita menyambut hariraya
Jadilah penyokong sebelah kanan

Bergerak perlahan seekor kura-kura
Mencari makanan di siang hari
Satu Syawal semua gembira
Duit raya mudah dicari

Air sungai mengalir tenang
Dari hulu menuju muara
Pengorbanan Nabi kita kenang
Kebajikan umat saja dikira

Air sungai arusnya deras
Bila hujan turun lebat
Perjuangan asobiyah tanpa teras
Dengan rasuah mudah terlibat

Ikan keli ikan limbat
Dua-duanya ada sengat
Kerja maksiat jangan terlibat
Seksa neraka amatlah sangat

Bunga ros warna merah
Bunga tanjung putih berseri
Kepada Allah hendaklah berserah
Mudah keredhaanNya kita cari

Ikan kembong ikan pelata
Di antara jenis ikan laut
Orang mukmin menaruh cita-cita
Dengan jihad hati terpaut



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013