Rabu, 20 Jun 2012

PENGIKUT TOLOL




Nasib orang Melayu di akhirat
Majoriti melarat
Menyokong pimpinan kaparat
Mengkayakan sukusakat
Menonton K-Pop itu maksiat
Menerima Islam sekerat-sekerat
Menolak hukum hudud
Menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran
Sudah 55 kali berlaku
Terakhir di Johor Bahru
Datang dengar saja
Balik ke rumah lupa semua
Depan TV habiskan masa
Merestui penyalahguna kuasa
Zina berleluasa
Judi berleluasa
Perasuah daripada anak ketuanan bangsa
Mat Rempit daripada ketuanan Melayu
Penagih dadah daripada gerombolan parti asobiyah
Bersongkok hitam tinggi
Menari punggung sengaja ditaja
Daripada pesara-pesara tentera
Berkopiah putih ada juga
Gelap jalan ke syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Selasa, 19 Jun 2012

PANTUN ELOKNYA TAHALUF SIYASI




          Terbang berkawan burung helang
                   Nampak macam sampai ke angkasa
          Tolak pimpinan budaya jembalang
                   Melakukan kezaliman semasa berkuasa


          Terbang tinggi burung helang
                   Turun ke bumi meratah mangsa
          Gelombang hijau susah dihalang
                   Risau puak penyalahguna kuasa


          Hari Isnin hari Selasa
                   Dua hari di awal minggu
          Rakyat inginkan kehidupan selesa
                   Pemerintah adil sedang menunggu

          Satu, dua, tiga empat
                   Lima, enam,tujuh lapan
          Bila Putrajaya Pakatan dapat
                   Negara boleh maju kehadapan


          Bunga Tanjung putih berseri
                   Biasa gugur sepanjang malam
          Kerajaan adil rakyat cari
                   Inilah teras perjuangan Islam


          Terbang rendah burung balam
                   Nampak ulat terus dimakan
          Tahaluf siyasi menguntungkan Islam
                   Masyarakat majmuk dapat kebajikan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Isnin, 18 Jun 2012

BACALAH AL-AMIN




Membaca
Kali kedua
Buku “Al-Amin”
Riwayat terindah sang kekasih Allah
Terasa indah
Mengocak nafsu amarah
Abu Jahal cukup marah
Kepada Rasulullah
Tiga belas tahun di Mekah
Dakwah Nabi dipersalah
Katanya ”pemecah belah’
Lupa ia ”itu kalam Allah’
Di Badar tentera Quraish kalah
Abu Jahal musnah
Bercerai kepala ke atas tanah
Dipancung oleh Abdullah bin Mas’ud
Di Uhud tentera Muslim kalah
Disebabkan ghanimah
Disebabkan 3 perajurit pemanah
Ada hikmah
Berhati-hati Nabi sehingga bertemu Allah
Dipangkuan Aishah
Isteri penuh berhemah
Kesan tarbiyah
Dari Rasulullah
Ikutilah Sunnah
Semestinya jadi beramanah
Modal di dalam tanah
Iman dan istiqamah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Ahad, 17 Jun 2012

SELAMAT TINGGAL PARTI ASOBIYAH


4 Penceramah di Kg Kuchai .. Sila Klik


Guru-guru mengucapkan
“Selamat Tinggal UMNO”
Tema ceramah
Di Markas PAS
Di Kampung Kuchai
Di Bota
Di Parit
Di Perak
Disampaikan oleh empat penceramah
Dato Adnan Ibrahim
Tarmizi Mohd Jam
Ustaz Mohd Ismi Md. Taib
HMS Abu Bakar
Mendengarnya hati orang-orang UMNO terbakar
Disebabkan mereka menyokong perkara-perkara mungkar
Berpolitik ikut Macviavelli
Pemikir bangsa Itali

Ikan puyu ikan keli
Mudah membiak dalam sawah
Melakukan maksiat bukan sekali
Menzalimi rakyat dan rasuah

Memandangkan ramai guru memiliki ijazah
Suka pula dengar ceramah
Suka dengar tazkirah
Memahami pula sejarah
Tinggalkan UMNO perkara mudah
Isteri pemimpin UMNO aurat terdedah
Kepada warga Felda dikata ”haram jadah”
Ucapan yang tak berfaedah
Di Paris cerita rasuah terdedah
Diberitahu dalam Mahkamah
Di Putrajaya hati gelisah
Mencari ganti Altantuya sangat susah
Pegangannya begitu indah
Cerita asmara diketahui guru-guru
Wujud suasana haru biru
Disebabkan menolak wahyu
Cari bomoh budaya kalkatu
Orang kampung terus ditipu
Sejak 54 Tahun yang lalu
Kekusutan terus berlaku
Dendam penzalim semacam hantu
Biar pisang jadi abu
Mat Indera wira Mat Sabu
Menentang penjajah bertalu-talu
Di Bukit Kepong ramai yang kaku
Terkena tembakan peluru
Dari setiap penjuru
Ini semua Mat Indera tahu
Ini juga diketahui para guru
Mat Indera wira orang Melayu
Dia beramal dengan ilmu
Kelentong UMNO sudah tak laku
Ini Dato Adnan Ibrahim tahu
Seorang yang berilmu
Ustaz Ismi perniagaannya bertambah maju
Tulisan Tarmizi Mat Jam bermutu
Puisi Pak Salleh membawa makna tertentu
Mendengarnya membawa semangat baru
Di dalamnya ada unsur wahyu
Bila ini dimiliki orang Melayu
Menumbangkan UMNO tak pernah jemu
Modalnya ilmu
Hadir di Majlis Ilmu
Dengar dulu
Dengar dan tulis
Dengar, tulis dan baca
Dengar, tulis, baca & faham
Dengar, tulis, baca, faham dan amal
Bila ini dilakukan
UMNO mudah ditalqinkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Sabtu, 16 Jun 2012

KITA PERLU KUASA



Dengar
Di dalam masjid
Khutbah Jumaat
Tentang berita yang didengar
Penguasaan asobiyah tegar
Membawa budaya mungkar
Dari Korea dibawa K-Pop
Kumpulan muda jelita
Berlagu dan menyanyi
Bergelora nafsu berahi
Bila bergaul bebas muda mudi
Lahir anak zina
Berleluasa di sana sini
Juga judi
Hilang budaya berbudi
Senyum Yahudi
Rosak akhlak muda mudi
Menyediakan pelapis tak menjadi
Menyedari hal ini
Perlu dilakukan perubahan
Ubahlah pemikiran
Bersihkan perkataan
Lakukan tindakan membenci kemaksiatan
Inilah hasrat Pakatan
Boleh laksanakan
Bila kuasai Kerajaan Persekutuan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Jumaat, 15 Jun 2012

JIWA SENGSARA



Negara kita
Berbagai cerita
Daripada pegang kuasa kumpul harta
Biarpun rakyat menderita
Orang Felda mulai bercerita
Orang Felcra mulai bercerita
Baik bila berubah pemegang kuasa
Lihat saja
Di Kelantan, di Kedah
Di Pulau Pinang, di Selangor
Gerombolan 'OKU' menganggur
Himpunan Bersih dikata kotor
Gelombang Hijau dikata diupah datang
Diam bila K-Pop datang
14 mufti tidak pula tentang
Tidak pula keluar fatwa
Diam melihat tarian punggung
Diam melihat biadapnya samseng-samseng
Daripada Ketuanan Melayu
Pertandingan Quran ke 55 di Johor Bahru
Sunnah Nabi tidak mahu tiru
Politik Nabi tidak mahu tiru
Politik Machiavelli mahu tiru
Matlamat menghalalkan cara
Biar di akhirat sengsara
Asal kekal pegang Putrajaya
Biar Idon, Bangla, Myanmar
Gurkha dapat hak mengundi
Yang penting 'ana' berkuasa
Dengan ana boleh ISA
Ikut Suka Aku
PRU-13 ini tak laku
Berubah
Rakyat Sarawak dan Sabah
Berubah pemikiran
Perkataan dan tindakan
Dihajati rakyat sekelian
Keadilan dan kesederhanaan
Tolak yang lama pilih yang baru

   Tanjung katong airnya biru
      Tempat tarikan orang Singapura
   Hantu Altantuya sedang memburu
      Jiwa pembunuh-pembunuh tetap sengsara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Khamis, 14 Jun 2012

K - POP



Didatangi K-Pop
Kumpulan penghibur dari Korea
Menghibur remaja-remaja
Menghibur belia-belia
Menghibur juga yang tua-tua
Yang cetek ilmu agama
Pimpinan sekular juga sama
Ilmu agama di paras minima
Islam hanya pada nama
Pertandingan Quran diadakan setiap tahun
Sudah selesai 55 kali
Qari
Qariah ada yang mati
Sejak PM pertama
Setiap tahun umat Islam
Didendangkan bacaan Al-Quran
Pimpinan besar di peringkat pusat
Tetap tolak hukum-hukum Tuhan
Serupa dengan penganjur K-Pop
Penting hanya duit
Bila hati penontot tercuit
Wanita pun menyongkit
Terbukalah skirt
Timbul penyakit
Cinta dunia takut mati
Takut disebabkan dosa
Disebabkan menyalahguna kuasa
Dosa menipu anak bangsa
Sementara ada usia
Berhiburlah dengan K-Pop
Jadilah orang keduniaan
Papa kedana di Hari Kemudian


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Rabu, 13 Jun 2012

TAK BERERTI SLOGAN

cara "Hidup Melayu"


Manusia
Menggunakan slogan
Menggunakan cogankata
Untuk mencapai cita-cita
Biarpun rakyat tetap menderita
Asalkan slogan selalu dikata
"Hidup Melayu"
Hakikatnya Melayu dah layu
Ditipu setiap penjuru
Disuruh lempar batu
Disuruh goyang punggung
Tanda orang bengong
Lihat slogan berikut
"Ketuanan Melayu"
Realitinya bangsawan Melayu
Yang hidup mewah
Bernafsu amarah
Aurat para isteri terdedah
Tuduh warga Felda "Haram Jadah"
Ucapan yang tak berfaedah
Gentar melihat gelombang hijau di Kedah
Oh! mereka itu diupah
Rakyak bertambah menyampah
Melihat gelagat
Manusia tolak syariat
Manusia lupa akhirat
Macam pelanduk lupakan jerat
Konsert K-Pop memikat
Para kapitalis terus berpakat
Biar merebak maksiat
Biar pemimpin terus jahat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Selasa, 12 Jun 2012

USAHA KESIHATAN



Cuba gunakan 3M
M pertama
Mencari penyakit
M kedua
Merawat penyakit
M ketiga
Mencegah penyakit
Permulaannya sakit
Mulai sedikit-sedikit
Lama-lama jadi bukit
Bukan Bukit Aman
Tapi suasana aman
Kurniaan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012

Isnin, 11 Jun 2012

DOAKAN ARWAH



Bila Ramadhan tiba
Orang mukmin gembira
Perintah Allah buat segera
Golongan 'Kuasawan' gembira
Dapat melahirkan jutawan
' Mi segera '
Dosa pahala tak ambil kira
Halal haram belakang kira
Yang penting hidup selesa
Bila Ramadhan nampak puasa
Biarpun menyalahguna kuasa
Biarpun kumpul harta daripada salahguna kuasa
Biarpun tipu pilihanraya
Satu Syawal tetap berhari raya
Songkok hitam di atas kepala
Ziarah juga saudara mara
Beri juga 'duit raya'
Kubur ziarah juga
Harap-harap 'arwah' masuk syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1433/Jun2012