Isnin, 14 Mei 2012

LIMA GOLONGAN DI MAHSYAR



Golongan pertama
Firaun
Di Mesir ramai rakyat gerun
Ikut Suka Aku @ ISA
Penuh kuasa
Kuasai legislatif
Atau Parlimen
Kuasai eksekutif
Atau kementerian-kementerian
Kuasai judikatif
Atau kehakiman
Dengan menguasai
Ketiga-tiga cabang pemerintahan
Firaun buat apa dia suka
Dia suka
"Wanita, arak dan hiburan"
Di sana sini berlaku suasana
"Ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Golongan kedua
Qarun
Orang kaya luar biasa
Seluruh ekonomi dikuasainya
Boleh buat apa saja
Nafsu syahwat dipuja
Dimusuhinya Nabi Musa
Sekarang menderita sepanjang masa
Golongan ketiga
Haman
Penjawat awam
Setaraf dengan KSN
Arahan Firaun dibuat segera
Dosa pahala belakang kira
Yang penting "Boss" suka
Sekarang menerima muqadimah neraka
Golongan keempat
Abdullah bin Ubai
Bapak munafik di Madinah
Mahu agama Islam musnah
Menjadi duri dalam daging
Kepada perjuangan Nabi di Madinah
Cita-cita jahatnya musnah
Menerima azab yang tak sudah-sudah
Golongan kelima
Nabi Muhammad s.a.w
Benar-benar Islam
Berjihad siang dan malam
Kuat ilmu kalam
Membesarkan Allah di waktu malam
Melaksanakan akujanji dengan penuh azam
Kuat azam
Allah sebagai Tuhan
Nabi Muhammad sebagai pemimpin


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Ahad, 13 Mei 2012

PERSIAPAN UNTUK AKHIRAT

sudahkah anda membuat persiapan untuk akhirat?


Perlu ada iman
Perlu ada taqwa
Cinta kepada Allah
Pencipta segala-gala kejadian
Diterima pakai yang waras fikiran
Yang ada ilmu pengetahuan
Ilmu mengenal Allah
Ilmu tentang Sunnah
Baru hidup beramanah
Baru hidup bermaruah
Menjauhi rasuah
Manjauhi jenis-jenis kotoran
Kotor minda
Kotor hati
Jiwa mati
Lupa akan mati
Tiba-tiba mati
Dalam keadaan belum taubat
Dahsyat
Bawa dosa mengelat
Bawa dosa menipu
Bawa dosa menzalimi rakyat
Ini hanya ingat-mengingat
"Agama itu nasihat"
Disuruh umat berjihad
Jihad utama
Melawan nafsu
Dengan ikut ajaran wahyu
Inilah saja ubat orang Melayu
Mulai menuntut ilmu
Jangan jemu-jemu
Dengan ilmu
Banyakkanlah amalan
Ada ujian sepanjang jalan
Ada ranjau sepanjang jalan
Teruskan
Tunaikan akujanji
"Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku dan matiku
adalah untuk Allah, Tuhan
semesta alam"
Laksanakan hai umat Islam
Lakukan siang dan malam
Baru sedar indahnya Islam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Sabtu, 12 Mei 2012

PANTUN MATI DALAM IMAN

'mati dalam iman'


Sri Rama raja di tasik
   Pandai tempa puan cerana
Jiwa kotor suka berbisik
   Tolak Sunnah tentulah hina

Mahkota Ratna bertatah urai
   Bunga tapak untuk bidadari
Selagi nyawa belum bercerai
   Keredhaan Allah tetap dicari

Balai panjang sembilan tingkat
   Selasih mayang elok dihimpunkan
Bila berjuang kerana pangkat
   Biasanya orang bawah dikorbankan

Kirim surat kepada kekanda
   Sampailah pada hari Selasa
Dengan melancong cerialah minda
   Hilanglah prasangka di antara bangsa

Selasih kebun orang Belanda
   Tanam oleh anak serani
Jika ada ilmu di dada
   Baru menentang penzalim berani

Dewa Mandu raja sakti
   Tujuh tasik boleh diharungnya
Bila iman sudah sejati
   Sanggup hadapi segala bahaya

Kain hitam baru diseka
   Buah keras mudah dilurutkan
Orang fasik masuk neraka
   Arahan Allah suka dilamat-lamatkan

Tanam batang bawa bertumbuh
   Daunnya melampai ke negeri seberang
Baik hadir di kuliah subuh
   InsyaAllah hati bertambah terang

Kalau tuan ke Teluk Pandan
   Masuk hutan mencari jati
Daripada Nabi ambillah teladan
   Baru beriman sampai mati

Pergi ke kebun mencari buah
   Dapat sebiji buah durian
Orang beriman hidup bermaruah
   Sabar pula menghadapi ujian

Dari Apung ke pekan Pariaman
   Sayang selasih dalam cerana
Untung berkawan orang beriman
   Dengan ilmu tamadun dibina

Buluh batu di atas atap
   Hendak dibuat bambu joran
Hak dan batil mesti berentap
   Mestilah ikut ajaran Quran


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Jumaat, 11 Mei 2012

FAEDAH KULIAH MAGHRIB

Para jemaah Masjid Daerah Kinabatangan, Sabah sedang
khusyuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan
oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi (5Mei2012)


Ilmu
Perlu dicari di mana-mana
Boleh di masjid
Boleh di surau
Boleh di mana-mana saja
Penting Allah saja
Dipuja
Daripada Allah semua makhluk dicipta
Gunakanlah mata
Gunakanlah telinga
Bersama-sama keluarga
Aqidah Sunnah Wal Jamaah perlu dijaga
Dengan ilmu di dada
Dengan terbuka minda
Cerah melalui membaca
Cerah melalui mengembara
Bila manusia
Mengembara
Melancong
Menceriakan pemikiran manusia
Menceriakaan manusia
Menghapuskan perasaan prasangka
Menyedari manusia ada berbagai bangsa
Tujuaan ciptaan Allah ini
Supaya berkenal-kenalan
Di anatara kaum-kaum
Dengan mengikut hukum
Tentulah
Hukum-hukum Allah
Menyelesaikan masalah
Bila mengingkari
Lupalah diri sendiri
Lupalah juga akujanji sewaktu solat
Kita berjanji
'Sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidup dan mati ku adalah untuk untuk Allah,
Tuhan semesta alam'
Inilah kewajipan umat Islam
Daripada Kuliah Maghrib
Semua ini diketahui
Dengannya semua maksiat dijauhi
Bila maksiat dijauhi
Terpeliharanlah diri
Selamatlah anak isteri
Selamatlah anak negeri



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012
*telah didekamasikan selepas Kuliah Maghrib Ustaz Wan Ahmad Tarmizi di Masjid Kinabatangan,Sabah.(5Mei2012)

Khamis, 10 Mei 2012

PARTI SYAITAN

Syaitan pengasas 'ketuanan bangsa' pertama dengan merasakan
keturunan mereka hebat sehingga ingkar tunduk kepada keturunan
Nabi Adam..


Parti Syaitan
Parti keduniaan
Menolak kebenaran
Menolak Al-Quran
Menggunakan pula teori Machivelli
Matlamat menghalalkan cara
Maksiat pula di buat segera
Dosa pahala tak ambil kira
Inilah jalan-jalan
Kebendaan
Disediakan oleh Parti Syaitan
Ketuanan bangsa
Merasakan bangsanya saja yang hebat
Lupa demi masa
Manusia berada di dalam kerugian
Lupa ada hari kemudian
Lupa ada hisab
Lupa ada sirat
Lupa ada neraka
Lupa hanya yang taqwa disisi Allah
Inilah budaya Parti Syaitan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Rabu, 9 Mei 2012

BUDAYA KEPIMPINAN KOTOR



Manusia
Ada minda
Ada hati
Ada nafsu
Jadi kotor
Bila
Mindanya bertaraf kalkatu
Bila
Hatinya berpenyakit
Cinta dunia takut mati
Bila nafsunya nafsu amarah
Bila berkuasa mengamalkan rasuah
Kuasai mahkamah
Kuasai penjawat-penjawat awam
Seperti
PDRM
SPRM
SPR
Bila rakyat dapat pilihanraya tidak telus
Wujudlah
BERSIH 1.0
BERSIH 2.0
BERSIH 3.0
Sepatutnya laksanakanlah
Tuntutan BERSIH
Hanya 8 sahaja
Biar rakyat jadi raja
Undi yang menawarkan harapan
Menawarkan perpaduan kaum
Memerintah ikut hukum
Bila yang jiwa kotor
Seperti yang ada sekarang ini
Takutkan masyarakat madani
Pada 28 April 2012
Berhimpun 300,00 rakyat berani
Disebabkan provokasi
Disebabkan ledakan gas pemedih mata
Kacau bilaulah suasana seketika
Kezaliman polis rakyat cerita
Dibiarkan saja
Pimpinan yang buta mata
Yang buta hati
Perlu sangat diganti
Dengan pimpinan berkualiti
Daripada Pakatan Rakyat
Yang anti rasuah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Selasa, 8 Mei 2012

HANYA MELALUI BERSIH



Pengalaman
Di Himpunan BERSIH 3.0
Di Kuala Lumpur
Di Stesyen Masjid Jamek
Jalan Tun Perak
28 April 2012
hari sabtu
Sekitar jam 2 tengahari
Piliharaya bersih dicari
Dengan kesusahan
Ditembak gas pemedih mata
Oleh FRU
Majoriti keturunan Melayu
Mangsa pun majoriti orang Melayu
Yang majoriti ikut ajaran wahyu
Dipimpin oleh Tuan Guru
Dipimpin oleh Tok Guru
Golongan bangsawan keliru
Projek ekonomi diburu
Masa mereka dah berlalu
Masa kebenaran menunggu
Zaman keadilan yang bermutu
Betul aqidah jalan bersatu
Dengan kaum lain boleh juga bersatu
Inilah Tahalul siyasi
Ada kerjasama
Dalam kebaikan Islam
Melalui BERSIH 3.0
Boleh cita-cita ini tercapai
InsyaAllah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Isnin, 7 Mei 2012

PANTUN MISI DAKWAH KE SANDAKAN

'klik di sini..' untuk Galeri Foto


Dalam laut ada ikan
Ikan yu dan pari
Ikut misi dakwah ke Sandakan
Keredhaan Allah saja dicari

Ikan di laut berbagai warna
Ada putih ada merah
Ceramah Ustaz Wan membina
Segelintir kecil saja yang marah

Musim hujan padi disemai
Taruh baja cepatlah tumbuh
Di setengah tempat pendengarnya ramai
Termasuk di suatu kuliah subuh

Sebelum ke sawah biasanya makan
Pencuci mulut pisang berangan
Tumpuan dakwah ialah di Sandakan
Ada juga di daerah Kinabatangan

Makan nasi dalam talam
Dilakukan di waktu berbuka puasa
Berada di Sabah dua malam
Dakwah diadakan di sepanjang masa

Menanam padi dalam sawah
Sebelum zohor biasanya makan
Datang ke Sabah untuk berdakwah
Tumpuan utama di sekitar Sandakan

Pagi hari mengajar di sekolah
Rumit bila air bah
Slogan keramat " Ini kalilah"
Tujuannya kuasa politik berubah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Ahad, 6 Mei 2012

PANTUN AQIDAH ASAS BERSATU




          Banyak lalat menghurung bangkai
                   Ada semut menggonggong gula
          Politik perkauman tak terpakai
                   Disokong manusia separuh gila


          Gantang berisi padi bukit
                   Singgah mari minum kopi
          Sambutan rakyat bukan sedikit
                   Tipu undi tetap dihadapi


          Kuda berlari di tanah rata
                   Lari dihadap Bukit Piatu
          Berdolak dalik Bapak Pendusta
                   Politiknya pula politik kematu


          Makan tebu di luar serambi
                   Anak terkukur atas bumbungan
          Mari ikut perjuangan Nabi
                   Buat suruhan tinggalkan larangan


          Buah durian masak merekah
                   Masak dikopek perawan sari
          Calon Pakatan kita pangkah
                   Inilah kewajipan suami dan isteri


          Putus tali ikatan manjung
                   Pokok cempedak condong ke paya
          Hukum Allah kita junjung
                   Bila Pakatan kuasai Putrajaya


          Tinggi pucuk menyapu awan
                   Condong ke laut sebelum senja
          Bila Putrajaya kita tawan
                   Diberi keadilan setiap pekerja


          Sayang kerakap di atas kota
                   Dipetik boleh secara perlahan-lahan
          Bersyukur beratus-ratus peserta
                   Berseh Tiga mendapat kejayaan


          Masak buah bacang kuini
                   Jatuh sebiji di atas atap
          Peserta Berseh cukup berani
                   Dengan Polis sanggup berentap


          Ayam denak pandai terbang
                   Singgah berkokok di pintu istana
          Lepas perhimpunan rakyat bersembang
                   Dapat pengalaman cukup berguna


          Waktu senja pasang pelita
                   Semua ayam masuk ke reban
          Bila pimpinan selalu berdusta
                   Rakyat marhaen menjadi korban


          Ikan duri di celah batu
                   Ikan sepat dalam sawah
          Betul aqidah asas bersatu
                   Gunakan puisi untuk berdakwah


          Gerak sampan dari seberang
                   Singgahlah muat serkam padi
          Tugas sasterawan ialah mengarang
                   Memotivasi remaja untuk berbudi


          Bunga tanjung di atas kota
                   Harum bau sampai petang
          Orang fasik pandai berkata
                   Hukum Hudud mereka tentang


          Mahkota raja cantik sekali
                   Boleh ditatang sepuluh jari
          Hebat tulisan Imam Ghazali
                   Dengan membaca kenallah diri


          Ada satu penglima bukit
                   Pantas bertikam bagai pelasit
          Kejayaan Berseh bukan sedikit
                   Pimpinan korup nampak tersepit


          Pukul gendang tiup serunai
                   Anak India mandi petang
          Hak rakyat kenalah tunai
                   Perhimpunan BERSIH tetap datang


          Pecah buyung nama tembikar
                   Limau sebiji dikerat-kerat
          Tujuan BERSIH menentang mungkar
                   Supaya lupa bangsawan keparat


          Pecah buyung berisi buah
                   Rumput ditimbun bunga lalang
          Mari laksanakan kehendak Sunnah
                   Nescaya di akhirat tidak malang


          Anak Dayak anak Palembang
                   Mari  berkampung dari seberang
          Nampaknya penzalim akan tumbang
                   BERSIH 3.0 sebagai peransang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012

Sabtu, 5 Mei 2012

PANTUN INDAHNYA MASYARAKAT MAJMUK




          Anak sepat di dalam tempayan
                   Jadi mainan anak petani
          Pakatan Rakyat ada keupayaan
                   Menghapuskan sistem ekonomi kroni

          Tali benang kusangka rambut
                   Sirih pinang dalam tepak
          Tawaran Jingga rakyat sambut
                   Negara Berkebajikan akan betapak

          Makan sirih sekapor petang
                   Kapuran anak datuk penghulu
          Fahaman asobiyah kita tentang
                   Kebaikan rakyat dibuat dulu

          Buah jeruk masak berempah
                   Lebih bawang terasa wangi
          Remaja samseng sanggup diupah
                   Jiwa kotor di akhirat rugi

          Telepuk bagai bunga teratai
                   Pecah enam akan kelopaknya
          Berseh Tiga himpunan santai
                   Diserang tapi tetap berjaya

          Timba buruk diberi tali
                   Sambar budak bawa berlari
          Dimana mana pengkhianat mudah dibeli
                   Tanda tak kenal diri sendiri

          Tempa kapak dengan beliung
                   Tetak mari nibung berduri
          Dasar asobiyah jelas terpesung
                   Khazanah Negara berani curi

          Buah bacang setangkai lebat
                   Lebat bunga  gugur dipaya
          Berseh Tiga himpunan hebat
                   Membolehkan Pakatan kuasai Putrajaya

          Pisang emas masak digoyang
                   Jatuh sebiji di dalam baldi
          Semasa demonstrasi tetap sembahyang
                   Dilakukan oleh muda mudi

          Kapal belayar dari Palembang
                   Angkat sauh putar kemudi
          Parti perkaumamn hampir tumbang
                   Bawa orang luar mengundi

          Raden Mas dalam perahu
                   Kerbau berlaga dengan kuda
          Bila agama tidak tahu
                   Mudah terima unsur propaganda

          Ada satu siburung hantu
                   Hinggap mari dipohon kayu
          Masyarakat majmuk boleh bersatu
                   Bila adil pimpinan Melayu

          Pantun dikarang anak Melaka
                   Rumput manis bergantung tali
          Menipu undi kerja celaka
                   Penyokong  BERSIH susah dibeli

          Rumput manis bergantung tali
                   Tumbuh temu didalam hutan
          Disembur gas berkali-kali
                   Tetap yakin dengan Pakatan

          Dapat seutas sandang melati
                   Bunga angsana dalam jambangan
          Peserta BERSIH 3.0 berkualiti
                   Datang walaupun banyak halangan

          Merah kesumba tepi kuali
                   Melati kudap di balik kota
          Walaupun disembur berkali-kali
                   Sabar walaupun berair mata

          Unggas kedidi burung kayangan
                   Terbang merak dari angkasa
          Buatlah suruhan tinggalkan larangan
                   Ingat Allah Maha Esa


          Anak enggang terbang merapat
                   Terbang mari ditepi kolam
          Menembak gas apa dapat
                   Barisan Nasional akan tenggelam

          Raja hantu turun menjelma
                   Menjadi seekor burung nuri
          Berseh Tiga usaha bersama
                   Keelokan negara yang dicari

          Anak Cina pergi berdagang
                   Jual mari di tepi laut
          Bila sembur suasana pun tegang
                   Disiplin penganjur tetap diikut

          Pisau kecil tanggal batang
                   Batang dua penggal tiga
          Apa-apa penyelewengan tetap ditentang
                   Keharmonian kaum tetap dijaga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
JAkhir1433/Mei2012