“Kebenaran, seperti emas dalam tanah;
Tidak boleh dinyatakan tanpa
diusahakan”
Inilah kenyataan
Ada kebenaran
Diketahui yang berpelajaran
Di atas sekali Al-Quran
Dipenuhi berbagai pengajaran
Dipraktikkan semasa hidup
Semasa nyawa berdenyut
Bila mati menanti beberapa soalan
Menanti penjelasan
Bagi pejuang-pejuang kebangsaan
Berbeza Za’aba
Pejuang bahasa Melayu
Ikut juga wahyu
Ini Melayu dulu
Kuat menentang Inggeris
Bukan dengan keris
Tapi dengan ilmu
Tapi dengan ajaran wahyu
Ini patut kita tiru
Terutama ulama-ulama dahulu
Contoh terbaik Imam Syafie
Pengasas Mahzab Syafie
Contohi juga Imam Al-Ghazali
Bermahzab Syafie juga
Kedua-duanya ahli syurga
Mewariskan kepada generasi kemudian
Ilmu yang bermanfaat
Menguatkan syariat
Jasa-jasa mereka kita ingat
Dari
pisang buat pengat
Makan
sewaktu berbuka puasa
Jasa
ulama kena ingatBerani menentang pihak berkuasa
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan